Daisypath Anniversary tickers Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
♥ A humble servant of Allah SWT ♥ Devoting to be a good Muslims ♥ Blessed with a wonderful husband & daughter ♥

December 22, 2012

Meet my lil Hero



Masya Allah, lama nya tak update blog..
Last entri, masa tu I tak cuti bersalin lagi..
It's been more than a month!

Kehadiran orang baru ni membuatkan my life bertambah pack..
Dengan cik DD lagi..
But then, I still owe a post for the little one..
Kakak dulu ada, adik pun mesti la kena ada, kan..

I dapat mc awal seminggu from my gynae memandangkan my history dengan cik DD dulu yang keluar awal dari due date..
Lagipun masa tu doc check bukaan dah 1 cm, & laluan dah lembut..

Oh, by the way I bersalin dekat Hospital Pantai Puteri Ipoh & my gynae is Dr. Mimin..
The only Malay + Femaly gynae dekat hospital pantai..
Doc cakap we just wait..
Selalu nya second child maybe lagi awal dari yang first.

But our expectation sangat la meleset..
Budak kecik ni sukaa sangat duduk dalam perut ummi dia sampai on the due date pun tak nak keluar..
So a day after the due date (my EDD is on 25/11/2012) which is on Monday, we decide to induce..
Mr.Hubby pun dah siap-siap amek paternity leave..

Memandangkan I tak ada tanda-tanda nak bersalin, hari Isnin tu I lewat-lewatkan pergi hospital..
Makan dulu puas-puas, haha!
Around 2pm something baru pergi..

Dekat hospital, I tunjuk surat yang Dr. Mimin bagi & terus dibawa ke labour room..
Kitorang bawak cik DD sekali but dia tido dalam stroller, so Mr. Hubby kena tunggu luar sebab budak tak boleh masuk..
Nurse pasang some device kat perut I untuk check baby nyer heart beat..
Sejam lebih la jugak, when Mr.Hubby masuk nak ambik bag susu dekat I..
Cik DD nampak I terus nak mintak I dukung tapi disebabkan alat kat my tummy tu, tak dapat la nak angkat dia..
Masa tu terfikir, macam mana la cik DD nanti tengok-tengok ada baby baru..hmm..
Mr. Hubby balik hantar cik DD..

Around 5pm ++, Dr. Mimin datang and check, masih 1 cm..
Doc cakap, tunggu dalam 4 hours, kalau dah bukak at least 3cm, then boleh pecah ketuban..
Sementara tu I pun berjalan-jalan dengan Mr. Hubby melawat hospital pantai tu (bersenang lenang tul time tu, huhu~)
Then around 9pm++, doc datang lagi & check, dah bukak 4cm..
So doc pecahkan ketuban & I kena masuk air..
Doc estimate deliver mid night..

Lepas pecah ketuban itu baru lah I start rasa contraction every 5 minutes..
Sangat sengsara time itu okeh..
Alhamdulillah, macam yang delivery yang first, Mr. Hubby sentiasa berada di sisi semasa kesakitan yang amat sangat itu..
Bezanya, kali ni Mr.Hubby lebih relax..
Siap buat-buat lawak lagi..
Kononnya nak bagi I distract dari rasa sakit..
Lagi rasa nak dush dush Mr.Hubby time tu lagi ade laa..huhu~ (jangan marah aa sayang)
 But he's been helping so much.. 
Bila datang contraction tu, Mr. Hubby gosok kat bahagian pinggang tu kuat-kuat..
Memang rasa lega sikit..

Tepat kul 11pm, tiba-tiba je I rasa dah nak  terberanak..waaa!!
Terus I direct jerit nurse..
Nurse pun kelam kabut datang & check.. & nurse pun jerit kat kawan dia suruh panggil doc cepat..
Masa nak keluar baby tu tak silap sampai 3 orang pegang I..
Doc suruh breathing, I macam konfius.. 
Cane eh nak breathing???
Boleh lak time tu teringat drama yang tayang cerita orang beranak.. haha~
Tu la, sapa tak suruh pergi antenatal class before delivery, kalau tak dah tau dah cane nak breathing, huhu~
So I pun belasah je la ikut drama yang I ingat tu..
Hmm, actually memang sangat membantu..
Kalau laah I tau teknik breathing tu dari awal, mesti I tak terjerit-jerit dalam labour room tu (ye kerrr??)
Setelah beberapa kali meneran (yes, I memang tak ingat berapa kali I teran)
keluar la putera ku yang garing, hehehe~
Alhamdulillah...

My lil hero

Nak bagi nama kat hero kecik ni takes time jugak..
Ala-ala nak sama initial macam kak dia, TDD, hehe.. 
Pilih punya pilih, jadilah
jeng jeng jeng...
TENGKU DARIS DANIYAL
Daris tu maksudnya pelajar/orang yang suka membaca
Daniyal tu nama nabi/bijak
So harapan nya my lil hero ni akan jadi seorang yang suka membaca, berilmu bukan sahaja ilmu dunia, yang lagi penting ialah ilmu akhirat..
AMIN..
Bam bam..

Cik Dalili??
She's taking it quite well..
Sangat sayang adik nya..
But maybe masih belum boleh terima yang apa yang di mintak tak boleh dapat on the spot..
Kena beralah sikit la..
Kalau dulu nak susu, on the spot ummi boleh buat, sekarang kalau ummi tengah susukan adik,  so tunggu je lah eh..huhu~
My precious..

On my side, bermula lah my breastfeeding journey yang hampir-hampir kantoi..
Nanti la I cerita lain, banyak sangat nak cerita,
tapi tak boleh nak cerita dalam entri ni sebab nampak Daris dah terkiat-kiat..
Nak bangun la tu..

OK, insyaallah, nanti I update dengan cerita I dalam pantang (seksass woo),etc etc..
Erk, Daris dah nangiss..
Byee..
Tabarakallah everyone!!!








November 14, 2012

On.Menunggu detik.to.Sopping Barang Baby.to.Peti Ais.to.Cik DD.to.Kerisauanku..



Hari ni tak ramai yang bekerja..
Traffic pun smooth je, i loike...
Kalau lah hari-hari KL macam ni kan best.. (berangan!)

I masih lagi bekerja..
Semua orang dekat office tanya bila nak start cuti..
This week kira last la kerja sebab doctor dah janji nak bagi MC seminggu, hehe~
Dengan due date tak sampai 2 minggu, I masih lagi tak nampak tanda-tanda nak bersalin..
In fact, semalam masih bersuka ria berjalan-jalan bersama Mr.Hubby & cik DD dekat Pyramid..
Malam sebelum tu pergi Ikea..
Orang pun tak sangka I ni tunggu masa je..
Ada yang ingat I preggy 6 months lagi, hehe~
Jumpa my sis, my sis cakap perut still tinggi..
"Macam ada harapan nak overdue je", kata my sis..
Kalau boleh memang nak baby keluar cepat..
So that I ada masa yang lama untuk bersama dengan baby before I start kerja balik..
But kalau dah ditakdirkan keluar lambat pun nak buat macam mana..
Redha je..
Asalkan selamat semuanya..

I still tak complete lagi nak sopping barang-barang baby..
Nasib baik this week banyak cuti..
So plannya esok nak pergi Little Whiz cari barang baby..
I survey online tengok Little Whiz yang paling murah antara semua..
Saja buat last minute sebab tak rushing pun..
Worse come to worst, boleh order online, hehe..

Satu benda yang I tak jumpa lagi - daily maid during my confinement...
Just untuk tolong-tolong my mom..
My mom pun bukannya kuat sangat..
Kesian tengok my mom buat semua kerja..
Ni tambah-tabmah lagi ada cik DD..
Takut my mom tak terkejar buat semua kerja..
At least kalau ada daily maid ni boleh la tolong basuh baju ke, masak makanan ke apa..
Tapi still tak jumpa lagi..
Dear Allah, please help me yer..

Oh ya, dan tengah actively mensurvey peti ais jugak..
Peti ais sekarang ni macam dah nak kaput..
Every week kena defrost, kalo tak, freezer penuh dengan ais..
Lagipun peti ais sekarang ni kecik sikit..
since I plan nak fully breastfeed, I kena ada freezer yang agak besar untuk simpan stok susu..
Dah buat survey & macam interested dengan brand Sharp..
Sebab ada plasmacluster technology & energy saver..
Still lagi surveying.. dari segi performance, size & costing..
Ada apa-apa suggestion tak?
Ingat nak decide dulu, nanti suruh Mr.Hubby beli masa je masa sale end of year..
tunggu diskaun, hehe~

Cerita klakar pasal cik DD..
Mr.Hubby dengan I selalu cakap kat cik DD,
"Ni adik" sambil tunjuk my tummy..
Pastu cik DD akan kiss my tummy..
So bila kitorang suruh cik DD kiss adik, dia akan kiss my tummy..
Then one day my cuzzy datang temankan I dekat rumah sebab Mr.Hubby kena overnight dekat client side..
My cousin tanya, "aDik mana?"
Then i pun suruh cik DD kiss adik..
Cik DD pergi kiss tummy my cousin..
Terkejut cousin ku itew!
Orang tu dah laa anak dara lagi, sampai blushing dia..
Nasib baik Mr.Hubby tak ada di semasa kejadian itu, hehe~

Macam mana la cik DD nanti dengan adik baru..
Cik DD sekarang pun sangat cengeng dengan Mr.hubby dengan I 
(Eventhough sangat garang dengan kitorang jugak)
Hopefully tak ada incident memukul adik dengan botol susu..huhu~

I pun tak sure macam mana nak handle cik DD & little adik both masa dalam pantang nanti..
Especially di waktu malam..
Hopefully I boleh mengawal situasi dengan baik..

Tabarakallah everyone..

November 05, 2012

On.37th weeks.Dah nak dekat-dekat due.huhu~



Alhamdulillah, this week is my 37th pregnancy week..
Last 2 weeks, masa I tengah 35 weeks, 
We had our first check up dengan Dr. Mimin dari hospital Pantai Ipoh..
Sebabnya like cik DD, our second baby pun plan nak deliver dekat Pantai Ipoh..
Before this check up dekat klinik biasa kat Puchong je..
So cerita nya, masa scan, Dr. Mimin cakap baby still breech, kepala kat atas..
Sepatutnya kepala dah dekat bawah dah..
But then Dr.Mimin cakap tunggu lagi 2 minggu..
Kalau breech jugak, kena plan for czer, huhu~

From that day hari-hari I cakap dengan baby, mintak tolong pusing before next check up..
Suruh Mr.Hubby cakap dengan baby jugak..
Alhamdulillah, Sabtu lepas scan, baby dah pusing..
Good baby, dengar cakap ummi & abah..

Since my EDD will be on 23/11, 
So doc dah set untuk bagi MC another 2 weeks i.e. on 19/11.. 
So sekarang ni dok pujuk baby keluar after I dah start cuti..
Harap dapat settlekan semua kerja before cuti..


Bila dah sarat ni, jalan pun dah rasa macam penguin dah..
Tidur malam pun rasa sakit badan..

Even sarat-sarat, I tetap menjalankan kewajipan sebagai Herbalife Coach yang commited..
This week ingat nak follow up beberapa customer, last session before my delivery..
So to my beloved customer, get ready okay.. :D
Sepanjang peninggalan I ni, jaga la diri u ols baik-baik..
Jangan nanti I jumpa korang lepas confinement, I lagi slim dari u ols pulak, hahahaha~

Juga time sarat-sarat ni, hobi I i.e. shopping masih lagi dilaksanakan.. ngeh ngeh ngeh..
Semalam pergi baby fair dekat PWTC..

Tapi tak best & besar sangat macam yang dekat Mid Valley..
But dapat la beli a few things untuk preparation nak deliver ni
(dah nak deliver baru nak beli barang, boleh tak camtu? huhu~)
Still ada lagi barang nak beli, insya Allah next week pulak shopping..


Tiba-tiba teringat masa preggy kan cik DD, Mr.Hubby jalan memang tak lepas tangan I..
Jaga baekk punya..kuikui..
Dah ada anak ni, Mr.Hubby kena pegang anak la pulak..
Tambah-tambah lagi cik DD ni suka nor berdukung..
So, automatically, I need to be independant..
& sometimes I still carry heavy things..
Takut jugak la pape jadi, tapi tawakaltu 'alallah..
Bukan apa, sian gak dengan Mr.Hubby nak bawak semua barang..
So mana-mana yang I boleh angkat, I angkat je la..
Kena la give & take, kan...
Pape pun TQ to Mr.Hubby kerana banyak berkorban semasa saya preggy ini..
& thumbs up kerana memandikan cik DD sepanjang masa saya yang sarat ini!

Muchas Gracias!!

November 02, 2012

Cerita dalam tren - review our moral value



Last 2 days hujan lebat..
Biasanya Mr.Hubby akan datang ambik I kat office..
Tapi I know, hujan-hujan lebat macam ni jalan mesti jammed gila..
Malas nak tunggu, I decide nak balik naik LRT..

Dekat LRT, macam biasa la sesak dengan orang..
Time masuk LRT, tak ada tempat kosong & tak ada pulak orang nak offer tempat duduk..
So, terpaksa la berdiri ajer..
Alhamdulillah, next station, ada seorang auntie ni offer tempat duduk dia..
Sebelum tu dia tak perasan sebab dia tido..
Auntie ni mengomel-ngomel kat I,
kata auntie tu,
"Nowadays youngster doesn't care. It's the upbringing"
Aku sengih je sambil cakap "It's okay auntie, I'm used to it"
Agak kuat, kalau ada yang dengar, gasak la, haha~

To me, budak-budak sekarang ni terlalu asyik dengan hal sendiri sampaikan tak pedulikan apa yang berlaku di sekeliling..
Either terlalu asyik dengan handphone, baca buku atau pun tido dalam tren..
Atau pun terlalu lambat buat keputusan,
"Nak bagi ke tak nak, nak bagi ke tak nak"
Punya la lambat nak decide sampai kan orang yang nak diberi seat tu turun atau pun diorang turun dulu, huhu~
Atau pun if diorang punya seat a bit far dari tempat I berdiri, susah untuk diorang call me out to offer their place..
Maybe diorang fikir, "Biarlah orang yang dekat-dekat pregnant lady tu offer"
Bila I dah pergi dekat dengan diorang baru diorang offer..
Lagi satu, from my observation, selalunya kaum HAWA yang akan offer tempat duduk..
Yang GUYS mostly akan buat dek..
A sign that gentlemen in Malaysia semakin pupus..
(But maybe all the gentlemen tak naik tren kot, huhuhu~)

Kalau tak ada orang offer, takkan I nak suruh diorang bangun kot..
Bila I berdiri, some of the passangers (yang berdiri) akan tengok I (dengan pandangan kesian) then tengok orang-orang yang duduk (yang tak offer tempat duduk diorang)
Actually I tak suka keadaan yang macam ni.. rase tak selesa pulak..
Tapi bukan nak mintak simpati, kalau lah kaki ni tak kebas bila berdiri lama, tak berdenyut-denyut, I tak kisah nak berdiri pung..

But eventually this experience will be a lesson to me as well..
I pun before this kalau naik tren, memang tak memandang sekeliling..
Mungkin ada pregnant woman yang memerlukan tempat duduk, tapi I tak offer sebab tak perasan..
Huhu~




October 15, 2012

Happy 3rd Anniversary Dear Mr.Hubby!



Last week, tanggal 9/10/2012, genap 3 tahun I & Mr.Hubby di ijab kabulkan..
Dengan perkahwinan ni Alhamdulillah Allah anugerahkan rezeki yang tak ternilai bandingan nya..
Seorang anak perempuan & Insya Allah seorang lagi akan menyusul..
I feel so blessed and contented with my life now, syukran Allah..

Sepanjang 3 tahun perkahwinan ni, banyak juga la benda yang I belajar..
Belajar untuk mematangkan diri, belajar untuk memikul tanggung jawab sebagai seorang isteri & ibu, belajar untuk bersedia menerima kekurangan & mensyukuri kelebihan my other half..
I have to admit that I have too many flaws...
Alhamdulillah, Mr. Hubby 'manage to accept it very well' and complements it..

Though there are times yang kitorang bergaduh (hari-hari actually)..
Tapi to me itu la yang mengeratkan hubungan kitorang suami isteri...
Dari gaduh tu la I discover apa yang Mr.Hubby tak suka
& dari gaduh jugak la slowly I belajar macam mana nak control emotion I yang tak suka nak mengalah ni...
(yes, I memang suka melawan cakap Mr.Hubby I)
Sabo je la kan?? huhu~
But then, to me bila I melawan tu habis kat situ jugak, tak de la pendam-pendam dalam hati..

3 tahun perkahwinan boleh dikatakan masih terlalu awal untuk kita judge our partner..
As for now I am grateful to have a hubby macam Mr.Hubby..
He might not be the Mr.Perfect, but to me, he's the perfect one for me..



Dear Allah, please blessed our marriage with your barakah & let us be together until Jannah..
As there is no better ending other than Jannah..

To Mr.Hubby, happy third anniversary..
Thank you for being a wonderful husband..
I love you forever Insya Allah..
Sorry kalau I ada buat silap / menyakitkan hati u yeh, jangan marah-marah... :)

Let us straighten our ties with Allah to get His blessing..
And may we able to raise our childs to be a pious person.. 
Amin...




September 21, 2012

On.Me.Pregnant & Herbalife



Baru-baru ni I ada pergi to one of Mr.Hubby punya friends house..
Pergi sebab wife dia nak order Herbalife dengan kitorang..
So seperti kebiasaan customer-customer yang lain, kitorang akan pergi ke rumah diorang untuk scan body..
Mainly wife dia nak kuruskan badan, sebab tu nak consume Herbalife..
Bila dah scan body semua, kitorang pun chit chat laa..
Mostly pasal Herbalife la sebab I pun baru first time jumpa dengan wife member Mr.Hubby ni..

Let me introduce the wife as May (bukan nama sebenar.. :P)
So I tanya May dah lama ke tau pasal Herbalife, and she say yes..
May kata ni pun dia baru nak start sebab dah tak breastfeed baby dia..
Baby dia dah 10 bulan..
Oke, then I pun bagitau yang even I'm pregnant, I still consume Herbalife..
Bulat mata dia sambil tanya, "Can aa?"
I pun gelak je sambil jawap, "Of course la can"

Actually I dah biasa dah dengan statement yang mengatakan pregnant woman tak sesuai minum Herbalife..
Mostly akan cakap "Pregnant buat apa nak diet-diet?"
But I nak stress kan dekat sini yang 
HERBALIFE IS NOT A LOOSE WEIGHT MEDICINE, BUT IT IS A NUTRITION DRINK
So bila kita sebut nutrition drink, ia adalah selamat untuk diminum oleh sesiapa sahaja, pada setiap peringkat umur & in any condition...
Especially untuk ibu mengandung, lagi la banyak kena consume nutrition kan?
Kalau tak, takkan la la sekali pergi check up macam-macam doc bagi ubat untuk kita makan daily..


For my second pregnancy ni, memang I mintak doc exclude kan vitamin sebab i tau i ni PEMALAS makan ubat..
Vitamins & ubat yang doc bagi masa I first check check up dulu still tak luak sampai sekarang (after 6 months.. +__+')
Lagipun bila I makan ubat yang doc bagi tu I rasa nak muntah + pening-pening all day long..

Nutrition in Herbalife~
In Herbalife ni ada 21 vitamins, minerals and essential nutrients.
Nutrients including calcium yang sangat bagus untuk pregnant mom..
Kalau you all subsribe babycenter, mesti every week ada dapat email pasal pregnancy..

According to baby center, third trimester, penting untuk kita consume calcium sebab this is the stage baby developed all the bone rapidly..

Baby takkan kurang calcium, tapi kalau kita tak sediakan calcium yang cukup untuk badan kita, takut kita pulak kurang calcium, boleh dapat osteoporosis bila dah tua nanti..

Other than that Herbalife ada protein and healthy fiber - sangat bagus untuk memudahkan penghadaman makanan..


Alhamdulillah, one thing yang I notice bila ambik Herbalife masa pregnant ni obviously is ENERGY la..
Takde la daily life rase lemau..
Hari-hari pergi balik kerja naik tren, kadang-kadang tu tak dapat tempat duduk pun...
Penat tu of course la tapi dah nak masuk 8 bulan pregnant ni, alhamdulillah, masih boleh bergerak aktif..
Selain tu I notice pregnant kali ni boleh dikatakan jarang ada morning sickness..
Opposite gila compare masa pregnant kan cik DD dulu..
But then, lain pregnancy lain symptom dia, so i tak berani nak cakap laa whether Herbalife lessen my morning sickness..


Yang bestnya, minum Herbalife shake ni sebab rasa dia sedap..
Boleh mixed up dengan fruits, yogurt, etc..
So takde la minum sebab terpaksa kan..
Everyday looking forward nak minum Herbalife shake..
Kalau Mr.Hubby yang preparekan lagi best, hehehehe~...

Satu lagi best minum Herbalife bila mengandung ni, you don't have to bother things that you eat..
Belasah je la nak makan apa sebab I bukan nak diet pun, tak pe la naik badan pun, hehe..
But of course laa, I'm excluding fast food in my daily meals..
After my experience yang tak menjaga pemakanan during my pregnancy, resulted cik DD kena eczema..
I selalu terfikir, kalau lah i jaga pemakanan masa i pregnantkan cik DD dulu, maybe she won't get this bad..
sigh :'(

Other than that I jugak ambik Herbalife Omega 3 fish oil..

Yang ni I amek extra sebab omega 3 kan bagus untuk baby's brain development..
Masa pregnant yang first dulu i ada amek supplement, kalau tak silap nama dia nutrigain (kena check balik)..
Untuk function yang sama..
Omega 3 ni cik DD pun makan - siap kunyah macam tu je.. (@__@)
I kena telan pakai air jugak, huhu~...

So hopes this entry will clarify on the Herbalife intake during pregnancy..
I'm sure semua ibu-ibu nak yang terbaik untuk anak dia..
So cari la yang terbaik & bekalkan la yang terbaik untuk your future baby..
Selebihnya, tawakkal lah pada Allah SWT.. 
Insya Allah, these combination will bring benefits to you and the baby..

Kalau u ols berminat nak consume Herbalife during pregnant, boleh la PM i okeh..
Insya Allah, will share anything that I know.. :)

Tabarakallah everyone!

September 18, 2012

I'm a 7 month old preggy woman and i'm not a terrorist...



Muahahaha!
Tajuk gempak tak?
Hehe, saje je... ngade..

I sebenarnya tadi sleepy giler..
As a result of jamuan perpisahan & late hari raya lunch tadi..
Alhamdulillah, nasib baik ada tea mix herbalife..
For pregnant woman like me, kena minum lite tea je..
Eventhough it is a lite tea, it is enough to give you energy & hilangkan rasa mengantuk..
Satu je la yang tea ni tak boleh buat..
Hilangkan my sakit pinggang..
Duduk pun serba tak kena.. hadoi...

Maybe sebab tu Allah bagi pahala berganda dekat ibu mengandung ni..
Especially bila dah 3rd trimester, perut semakin membesar, buat apa pun serba nak kena..
Kalau solat, dari duduk nak berdiri ke rakaat yang seterusnya, masya allah, payah nyer la..
Tidur pun serba tak kena..

I ingat dulu, masa pregnantkan cik DD, i think symptom ni appear masa nak masuk bulan ke-9..
Tapi kali ni, baru 7 bulan lebih, I dah rasa penat & lelah..
Maybe of the age factor..haihh..
Rasa nak cepat-cepat get over this phase & delivered... huhu~

But then despite of the kepenatan & ketidak selesaan yang melanda, I think I become stronger than before..
Maybe sebab terpaksa..
Ada another child yang depends on you..
Compare to my first prengnancy, i think i terlebih manja sikit..
That's why keluar anak pun cengeng je, huhuhu~

Apa-apa pun, i am grateful ada Mr.Hubby yang sentiasa berada di sisi i..
Special salute to women yang tak ada choice, kena membesarkan anak alone..
Especially kalau pregnant, huhu~ Memang kena bertabah..

Perhaps maybe itu lah dilema perempuan-perempuan yang buang anak..
Nak buat abortion, tak ada duit..
Terpaksa la melalui fasa-fasa pregnancy yang menyeksakan (especially yang alah teruk tu)..
ALONE...
Then sakit masa nak deliver lagi..
Bila anak lahir fikir macam mana nak raise anak tu..
Maybe kurang upaya dari segi kewangan,
or simply tak sanggup nak menghadapi kesukaran hidup untuk membela anak tu..
Maybe sebab tak ada satu benda pun yang diorang rasa menggembirakan dengan kehadiran baby tu..
Sebab tu sanggup & sampai hati nak buang anak sendiri..
Yang baling anak sampai mati agaknya geram dengan ayah budak tu (bf dia jugak)..
Or takut parent tau (kira nak lupuskan bukti la ni)..

This is something yang I terfikir la kenapa diorang sanggup buang anak sendiri..
Sometimes we as a human tend to judge people according to our situation..
Tapi kita tak berada di situasi yang sama macam diorang..
If they are normal people like us, they won't have a heart to do that to their own baby..
They maybe came from broken family..
Or they simply have no motivation to keep the baby..
Yes, what they've done is wrong and humanless..
Tapi sapa la kita nak judge orang, kan?

To me, orang-orang macam ni la yang memberi kita gambaran apa akan jadi kalau kita tak didik anak kita sepatutnya..
Allah tunjuk example kat kita bukan untuk senang-senang kita mengutuk, tapi more to learn and relate it to our live..
Sebab tu la kita ni kena didik anak-anak kita to be a strong person..
Strong person to me is orang yang menghadapi hidup dengan tabah walau apa pun ujian yang Allah beri..
Didikan agama yang kukuh will help them to live and survive the life..

I pun tak sure if I'll be a good parent to my child..
Tapi kerana anak lah I determined to upgrade myself, so that I can give the best eample to them..
I guess semua parent pun macam tu kan?

Ok, cukup-cukup la bebelan dari mak buyung ni..

Tabarakallah!



September 14, 2012

Kisah Ashabul Kahfi



Kalau dulu, especially dekat my sekolah asrama..
Malam jumaat mesti akan baca surah Yaseen..

Sekarang, dapat ilmu baru, elok jugak baca surah Al-Kahfi pada malam jumaat..
Bila baca surah ni, I nak sangat tau actual story pasal Ashabul Kahfi ni..
As usual, tanya Mr. Google laa..
U ols boleh pergi this site untk baca kisah Ashabul Kahfi ni..
Complete story, best!

Tabarakallah!

September 13, 2012

On.Sick.Lil.DD.&.Check.up



Hari ni baru ada masa yang tenang sikit nak update blog..
Crutial task dah pun disiapkan..
Kalau tak nak update blog pun tak senang..

Hari Isnin hari tu I masuk office half day..
Lil DD high fever, 40degrees, siap kena masuk tiub kat bontot lagi..
Another thing tapak kaki dia kena infection, teruk sangat, bernanah-nanah..
Kesian lil DD, jalan terjongket-jongket..
Selasa I ambik leave, nak jaga lil DD, tapi seems like demam dia dah surut..

Selasa tu dah janji dengan cousin I nak pergi scan baby dekat PPUM..
So lepas mandi kan lil DD & bagi makan ubat semua, I drop off lil DD dekat nursery sekejap..
Mr.Hubby tak dapat nak ikut sebab Isnin dia dah EL jaga lil DD
So I drive pergi PPUM sensorang..

Sampai PPUM, cousin I suruh headed to bangunan baru, Bangunan Wanita & Kanak-kanak..
Sangat cantik oke, different sangat dengan time I datang masa pregnantkan lil DD dulu..
Tak sempat nak round lama-lama, cousin I dah datang & we both terus pergi scan room..

Result of the scanning, alhamdulillah, baby sihat..
Betul jugak instinct I, hehe..
Gender baby? Biar lah rahsia..
Nanti dah keluar betul-betul baru I bagitau u ols, hehehe~...

So my lil DD dah kena tukar title sebab nak jadi kakak dah..
So, lepas ni kena panggil Cik DD pulak, hehe~...

Lepas check up terus ambik Cik DD kat nursery..
Demam dah kebah..
My Hubby kata ni mesti demam sebab sakit sangat kaki dia yang bernanah itu..
Sian Cik DD..
Lepas apply ubat yang doc bagi, alhamdulillah, kaki dia dah ok..
& as per yesterday dah tak jalan henjut-henjut..
Alhamdulillah!

Tu je..
Tabarakallah everyone!





September 07, 2012

Entri pantas dalam tren.. :D


I'm currently inside lrt going back to KJ..

I sekarang sangatlah busy menyiapkan project yang due date nya bertindih-tindih..

Lagipun insya Allah, lagi 2 bulan deliver..

So semua nak kene settle before my maternity leave...

Harap-harap semua job dapat disettlekan dengan jayanya..

Baru la senang hati ku nak beranak, kan huhu...

Baby Alhamdulillah,  ok..

Semakin active...

Especially kalau aku tengah main-main dengan lil DD (owh, maybe sekarang dah kena tukar title kakak DD.. :p)

masa tu memang dengan dia sibuk nak main sekali..

Lil DD pn alhamdulillah, kulit semakin menunjukkan good progress...

Semakin pot pet pot pet..

Tergelak-gelak i dengan mr.hubby dengar dia membebel..

Alhamdulillah..

Bila dah lepas raya selalunya akan kering sikit la..

Mane tak nye, gaji masuk awal, then bln dpn cam biasa pulak.. sakit..huhu~

But Alhamdulillah,  ada buat side income with Herbalife, dapat la cover sikit time sesak-sesak..

Erk, dah sampai destinasi..

Tabarakallah everyone!!

Location : Jalan SS 4c/1, Ss 4, 47301 Petaling Jaya, Selangor,
Posted via Blogaway

August 28, 2012

My Syawal Story..



Walaupun hari ni dah Shawal ke-9, tapi rasanya tak terlambat kalau I nak ucap 
Salam Aidilfitri pada semua yang mengenali diri ini..

Since I am pregnant, activity shopping adalah terhad sebab tak larat nak redah umat-umat manusia yang ramai..
So, this year ala kadar je..
Kuih raya semua beli dari office mate..
Baju online..
Baju lil DD & Mr.Hubby je keluar shopping physically..


Syawal this year beraya kat rumah I (walaupun sebenarnya every year pun rumah I jugak, hehe~)
Tapi this year Mr. Hubby sembahyang raya dekat Ipoh, last year dekat Bt.3, Tapah..
So consider beraya dekat rumah I la tahun ni..
Lepas semayang raya, I dengan family I pergi rumah baru uncle I..



Second raya adalah family day belah abah I..
Buat dekat rumah atok I di Bagan Serai, Perak..
Lama tak balik kampung..
Teringat masa kecik-kecik, raya je mesti berkumpul kat rumah ni..
But eventually, bila masing-masing dah besar, rumah parent la tempat berkumpul..
Atok pun dah jarang duduk rumah ni..



Haa, ni la gambar family I though abah I & pakteh I takde dalam ni.. sob sob..
diorang pergi solat zohor..
Ramai tak? 
Hehe..
Family day kitorang buat 2 hari, sampai raya ketiga..

Raya ketiga, petang sikit kitorang terus push off ke Penang..
Ziarah sedara-mara belah mama pulak..
Selalunya kitorang memang akan booked hotel kat Seri Malaysia Kepala Batas untuk 1 malam..
Tak sempat nak cover semua ruma dalam masa 1 hari..
Bukan tak nak dok rumah sedara, tapi tak nak menyusahkan diorang..
Kitorang ni datang segerombolan (& will be incresing soon, hehe~)
Memang itu la activity each year time raya.. 
I memang sangat suka activity raya kitorang ni..
Even though penat travel, tapi time ni la kitorang dapat melawat sedara mara belah mama..
Once a year..

Tok abah & the cucus..
Gambar kat atas tu masa kat rumah Mak Teh..
Tengok la anak I tu, posing maut tak hengat, huhu~

Raya kelima, Kak Dina sefamily dah balik JB..
I & family balik KL hari Sabtu sebab member kitorang kawen kat Tapah..
Sempat nyibuk amek gamba lagi, hehe~

So, itu je la my syawal story..
Nanti kalau rajin I upload lagi gamba-gamba, oke..

Eid Mubarak everyone!!








July 25, 2012

Salam Ramadhan..



Salam ramadhan semua..
This is my first entry on this holy Ramadhan month..
Sekejap je dah Ramadhan, kan?
Kang tup tup dah nak raya, huhu~


For today entry nak start dengan cerita my lil DD..
First day I test bawak lil DD pergi terawih kat surau apartment I..
Masya Allah, ramai gila!
Aircond dalam surau pun sampai dah tak terasa dah..
I dah 'bekalkan' her favourite drinks (Herbalife vanilla) & her selimut busuk so that dia tak merengek time I solat..
Lil DD bertahan sampai la solat teraweh rakaat ke-7, dia start merengek..
Probably sebab panas kot..
But yang tak tahannya, time orang solat dia berjalan sampai ke hujung saf..
Then siap ruku' depan orang solat, time orang ruku' dia pergi main kepala orang!
Disaster sungguh..
I terpaksa mintak mahap dengan akak sebelah tu sebab lil DD siap baring terlentang time akak tu nak sujud! Howaaa!!
Itu je la I bawak lil DD pergi teraweh..
Mama kata kecik sangat lagi.. kacau jemaah, tak baik..
Tunggu besar sikit, I beli mini telekung untuk lil DD, ajak dia solat jemaah sama, hmm, macam kiut je kan??
(perasan)


Ok, that it about lil DD..
Now nak share pasal kuliah zohor yang I pergi semalam..
Penceramah dia Ustaz Zul Ramli, selalu keluar dekat rancangan Tanyalah Ustaz & radio IKIM..
Ustaz ni memang kelakar gila la..
First masa masuk I lemau je sebab tengah hari, mengantuk..
Habis je ceramah, segar bugar mata ni, hehe~ Alhamdulillah...
Sessi ceramat ni organize by my company..
Ada 5 sessi semuanya..
Semua pasal solat..
So yang semalam more towards introduction la..
So I just nak share some of the things yang perhaps useful untuk kita, Insya Allah..


Seorang ibu/ayah masih berdosa sekiranya menyuruh anak mereka solat tetapi tidak memastikan wudu', solat & bacaan dalam solat itu dibuat dengan betul


Jangan naik tannga yang tidak ada sandaran, kelak, bila terjatuh lagi teruk dari orang yang tidak pernah menaiki tangga..
Jika ingin mengejar kejayaan/kekayaan, kejarlah tetapi pastikan kejayaan itu ada sandaran i.e bersandarkan ajaran Islam


Untuk memastikan hati kita baik, letak tangan pada dada & baca:
"Allahumma Solli Wassallim 'Ala Qalbi Saiyidina Muhammad"
Pegang ubun-ubun anak & baca selawat di atas, sangat bagus untuk mendidik jiwa

Islam ni seperti pokok tamar.
Korang tahu tak pokok tamar boleh hidup sehingga 1000 tahun?
Lama gila!



Ignore drawing yang tahapahapa tu, ambik message nya sahaja oke.. hehe~



Hari tu nampak ada sorang auntie foreigner ni baca Quran dalam tren..
Membangkitkan semangat I nak buat perkara yang sama..
Selalunya dalam tren I ber'fb' or twitter.. tak pun tidur!
Alhamdulillah, pagi tadi naik tren dapat baca sikit..
Mana la tau boleh khatam Quran bulan puasa ni, ngeh3x..



Sempena bulan puasa tahun ni, I harap ia akan jadi bulan puasa yang terbaik untuk I..
Kalau haji ada istilah haji mabrur, kalau nak sebut puasa mabrur boleh ke ha??


Jom kita sama-sama memperbanyakkan amalan & hopefully Allah will granted His blessed to us in this fasting month!


Tabarakallah everybody!

July 16, 2012

Tipah Tertipu ~ Roset ~ AMD Italy ~ Star Live Living Trading




Hari ni share pasal I yang nyaris-nyaris nak kena tipu dengan syarikat gores & menang..
Peristiwa hampeh ni berlaku 2 minggu yang lepas di Giant, Puchong..


Masa tu pergi Giant sebab nak borong susu Lil DD..
(Isomil 1-10 tahun RM55 - biasa beli RM60++)
Then lepas bayar tu Mr. Hubby pun call laa member dia nak mewar-warkan harga susu yang murah itu..
Masa tu la I kena..


Ada sorang mamat cina ni datang kat I offer cawan free, tak yah sign up apa-apa pun..
I pun buta-buta ikut la mamat ni..
(Sebab kan nak cawan free tu la I terkena tau, huhu~)
Mamat ni start la bagitau company diorang baru bukak, ada jual electrical item..
Lepas tu dia bagitau la ada induction cooker which cost RM3k+ and then microwave yang anti panas RM3k+ jugak..
(Macam menarik je masa dia terangkan tu)
Then mamat ni bagitau diorang buat promotion..
Kena koyak coupun & akan dapat barang dalam coupon tu..
Barang-barang dalam coupon tu barang-barang biase yang harga dalam RM500-RM1K..


Then bila I koyak, tengok-tengok I dapat induction cooker, water-based vacuum & RM100 discount for every purchase of their product..
Mamat chinese ni punya la pandai berlakon, siap tak percaya i boleh dapat coupun tu..
I pun happy la dapat barang free, kan...
Dia siap telefon management lagi tanya kesahihan coupon tuh..
Yang management diorang pulak konon-konon suruh I baca bar code dekat coupon tu..
I pun baca la & dia kata memang betul dapat, sempena ulang tahun company diorang
(Tadi masa awal-awal kata company baru bukak?? - Ok, masa tu I tak dapat detect lagi..)
Muka promoter masing-masing excited gila..
I pun terdetik gak, takkan la budak-budak promoter ni tak tau kot company dia ada nak buat special coupon sempena ulang tahun.. 
(Kalau ingat balik muka sekor-sekor promoter kat situ, sakit hati ku okeh!)


Then tiba-tiba diorang mintak credit card..
I tanya nak wat apa?
Then diorang kata coupon tu dapat free tapi you kena beli salah satu daripada barang diorang..
I pun bodoh-bodoh bagi la credit card I..
Sekali tak boleh swipe sbb tak cukup kredit..
Boleh pulak tanya kalau i ada cash.. 
hah, mengarut dah ni!
Then diorang cakap diorang boleh pulak nak tolong applykan loan CIMB..
Memang sangat mengarut..
(Masa tu baru perasan muka hubby dah macam jeruk amra..)
Cepat-cepat settlekan & balik..
Masuk kereta kena marah kaw-kaw dengan Mr.Hubby, huhu..
So kawan-kawan, jangan jadi macam I yeh..
(Ke I sorang je yang terlalu lurus untuk mempercayai benda-benda ni???)
Some of the link yang I Google yang terkena macam I:
http://www.complain.com.my/showthread.php/18-STAR-LIFE-LIVING-TRADING-SELLING-ELECTRICAL-items-IN-GIANT-PUCHONG-(KIOSK)-cheat
http://welleywatch.heritage-tech.net/32/new-welley-corporation-scam-proxy-worldwide-freshway-sdn-bhd/
http://bukitmertajam.olx.com.my/itc/comment-about-roset-germany-induction-cooker-id-39224394-c-14

Moral of the story: Jangan terlalu excited nak dapat cawan free.... +__+'

June 14, 2012

Sorry..




I'm writing in regards of my previous entry Mode Happy: Dilema Mak-Mak yang Bekerja.. Part 2
Here, I would like to express my deepest apologies should my entry offended anyone..
Especially part 'bagi parent jaga anak'
I still dengan pandangan I but perhaps I should mention more..
Last enty I malas nak tulis panjang-panjang sangat pasal hal ni..


Firstly, why I wrote that?
Sebab I dah dengar several nenek, even my mom pun ada cerita pasal her friends mengeluh pasal hal ni..
Diorang tak boleh pergi ke surau sebab kena jaga cucu..
Some of them, anak-anak dekat KL, but then tinggal anak dengan mak kat kampung..
Seminggu sekali baru jumpa anak..
End up anak tu lebih rapat dengan nenek..


Some people saja-saja hantar anak diorang dekat parent untuk melepaskan diri..
 Suruh mak ayah jaga anak diorang, and then diorang pergi enjoy keluar dengan kawan-kawan..
Yang nak cut cost pun ada jugak, tapi boleh pulak barang-barang branded every month..
Apa salahnya spend sikit hantar anak dekat nursery or kalau ada rezeki lebih hire maid..
At least kita boleh jumpa anak kita hari-hari.. 


I understand some people don't have choice that they have to send their child to their parent..
Maybe health condition anak tu or tight income..


Macam lil DD pun tak macam budak-budak lain, severe eczema..
Pantang lepa je, tengok muka, kaki habis berdarah digarunya..
Ikutkan hati I pun nak suruh my parent jaga lil DD, tapi since my parent kat Ipoh, tak sanggup nak berpisah dengan anak..
Lagipun my parent ni direct je - dah cakap awal-awal, nak jaga cucu kejap-kejap boleh - nak suruh jaga terus, harap maaf..
Alhamdulillah, berkat hari-hari doa mintak yang terbaik untuk lil DD & tawakkal, Allah berikan yang terbaik..
Nursery yang lil DD pergi sekarang sangat concern dengan lil DD.. 
Siap bagi makan spirulina lagi.. Alhamdulillah..


Most parent memang willingly nak jaga cucu dia..
Kalau condition parent kita mengizinkan & diorang sendiri insist nak jaga, then itu lagi bagus..
Tak dinafikan kebajikan anak lagi terjaga kalau parent jaga..
Maybe we should discuss from heart-to heart dengan parent kita (especially mom) whether diorang ok nak jaga anak kita..
Problem here bila parent mengadu belakang anak..
Nak cakap dengan anak tak sampai hati..


My point main here is:
Tak ada salahnya mintak tolong parent kita jaga anak provided that kita jangan la lepas tangan terus biarkan parent kita yang handle anak kita..
We are the parent, so kita lah yang kena ambik tau anak kita..
& bila kita dah mintak tolong parent jaga anak kita tu, jaga la kebajikan diorang pulak..
Menjaga kebajikan parent bukan je dengan duit atau material je..
But dengan menjaga & menggembirakan hati mereka..
Just remember that redha Allah terletak pada redha ibu bapa, kalau kita buat parent kita kecik hati, hidup kita akan susah..

Again, I mintak maaf sekali lagi kalau ada yang terasa dengan entri I ni..
Tak ada niat nak mengata atau pangkah orang, tapi sekadar berkongsi pemikiran..
Mana yang baik boleh la di ambik, yang tak baik, ignorekan je la k..


Tabarakallah

A token from Korea




My colleague baru balik dari staff outing from Korea..
I ada pesan few goodies from them


SOCKS!


Cute-cute socks diorang..
1 sock tak sampai RM10, very cheap..
Kain dia pun from good quality, tebal but yet tak panas..
Boleh la kalau nak disamakan dengan socks dekat Socks World (sock world kan mahal!)
Socks yang ada misai tu untuk Mr.Hubby, hehehe~



This is shoe sock.. (please ignore the keburukan kaki saya, saya just nak tunjuk socks tu je.. :p) 



Yang ni socks untuk baby.. 



Lil DD suka gila pakai..
Semalam dah pakai tight pun suruh pagi I pakaikan socks tu..
Sampaikan socks abah dia pun nak pakai, haha~



Ini my colleague hadiahkan untuk I, fridge magnet.. :D 



This is dry seaweed..
Insya Allah boleh dimakan sebab diorang just kering kan natural seaweed laut tu & letak garam..
Ada seaweed yang ada perasa BBQ la ape la, itu memang tak berani nak makan la.. 
Macam nak cari beras sushi & buat sushi pulak, hehehe~


I'm going to pesan again socks from my colleague yang nak pergi Korea trip bulan 9 ni, lalalala~





June 12, 2012

My Company Sports Day & Jalan-jalan @ Penang




My company organizing sports day aka family day dekat Penang last weekend..
Initially I nak join netball, but since dah preggy ni, tak nak laa rough-rough sangat kan..
So end up Mr. Hubby je join paintball (jari berbalut-balut pun nak main jugak +_+')
So we push off Khamis malam lepas I habis kerja caused Jumaat company bagi cuti to all staff sempena the family day..
Stay dekat hotel B-Suite (refer to my previous post for the review)
Lil DD yang tak sabar nak berjalan


Paintball Mr.Hubby hari Sabtu, so Jumaat it's time for us to jalan-jalan around Penang!!
Since Mr. Hubby pernah stay kat Penang before this, so ada banyak la tempat yang dia tau..
Pagi tu kitorang masuk USM, tinjau-tinjau game yang berlangsung kat situ..
Tengah hari, kitorang makan dekat food court dalam USM..
SANGAT MURAH!
I amek ikan bakar, sayur ulam, tempe, sup ayam, then Mr. Hubby amek nasi ayam - tak sampai RM10 ye..
Sangat heaven..
Lauk pun macam-macam jenis..
Mr. Hubby kata dia dulu kalau nak cut kos masuk USM makan, huhu~


Petang lepas solat jumaat we all pergi Gurney Plaza - berjaya jugak I pujuk Mr. hubby nak sopping baju..
Tak ada baju nak pakai untuk dinner malam sabtu.. ;D
Sangat gembira dapat beli baju untuk I & lil DD walaupun beli kat reject shop je.. (macam la KL tak de reject shop, huhu~)


Petang tu kitorang singgah makan dekat Padang Kota Lama
Pekena coconut shake & mee sotong, makanan specialities kat Penang ni..
Preggy mom sesuai minum air kelapa, nanti bersalin baby bersih je, hehe..



Then malam kitorang spend masa pergi rumah sedara Mr. Hubby..
Ingat kan nak pergi Batu Feringgi, sekali jammed gila daaa, so cancel..


The next day pagi lepas breakfast lepak-lepak kat hotel, tengah hari terus gerak pergi War Museum
War Museum ni letak dekat Batu Maung..
Macam menarik tapi kitorang tak masuk betul-betul sebab pergi situ nak main paintball je..
But it is a very nice experience la caused if you play paintball kat situ, you all kena main dalam hutan..
Macam perang real je..
Tapi yang tak best just ada 100 bullet je, no reload-reload..
*Sorry, tak banyak gambar ambik sebab hubby main paintball & lil DD mengamuk sebab panas.. At last, I & lil DD duduk je dalam kereta pasang aircond sambil tunggu Mr.Hubby habis main paintball.. +__+'


After paintball game (which Mr.Hubby nyer group kalah, kui kui..)
Headed back to hotel..
Ready nak pergi dinner dekat Berjaya Hotel pulak..
Disebabkan jammed & tak berapa tau tempat, kitorang lambat sampai..
Kul 8.30pm baru sampai..
Food okay la though sume macam segan-segan nak makan, huhu~


Lil DD naik ferry


After dinner, percaya ke tak, Mr.Hubby nak makan char kueytiow
Sempat amek last ferry pergi seberang, saje nak bawak lil DD..
Naik ferry waktu malam best, angin sejuk je..
Kalau naik siang, panas..
We're heading to Permatang Pauh..
Mai pekena char kueytiow..
Kat Penang kan glamer char kuewtiow ni, mana boleh miss..
Yang glamer sebenarnya char kueytiow Sungai Dua..
Tapi Mr.Hubby cakap dia suka lagi yang kat Permatang Pauh ni..
Dengan udang terlengkok-lengkok, memang sodap..
Yummeh!!


Esoknya checked out hotel dalam kul 10 camtu, pastu kitorang pergi rumah Pak Teh & Mak Teh I dekat Bayan Lepas
Mak Teh masak steam boat, terbaekkk...

Lama jugak dekat rumah Mak Teh, sampai terjual 1 set Herbalife kat diorang.. :D
Alhamdulillah, rezeki Allah..

Balik dari rumah Mak Teh, singgah borong jeruk..
(Datang Penang kena beli ni, kira macam Penang punya signature, hehe)
Macam-macam jeruk ada, jeruk buah pala, jeruk mangga, jeruk betik, jeruk amra..
Drooolinnggg....

Kitorang gerak masuk highway ingat jammed gila, Alhamdulillah, tak sangat..
Singgah Ipoh dulu, dinner dekat De' Polo dengan my parent..
Makan kat De' Polo ni pun best, but I'll review this later la, k..

Sampai KL kul 3am..
Sangat penat tapi best..
Esoknya nak kerja lak, lemau..

Lil DD pun penat sampaikan makan rocky until tertidur-tidur.. (owh anak ku.. +__+') 


Semua colored-colored words is the attraction you can find if you were to travel to Penang..
Banyak lagi tempat yang kitorang tak sempat pergi, macam Nasi Kandar Line Clear, Nasi Kandar Beratoq..
& kalau boleh datang la time bukan cuti sekolah sebab kalau time cuti sekolah, confirm packed!

Next week pergi Langkawi pulak, nanti I update post on the trip..

Tabarakallah! :)