Hari ni share pasal I yang nyaris-nyaris nak kena tipu dengan syarikat gores & menang..
Peristiwa hampeh ni berlaku 2 minggu yang lepas di Giant, Puchong..
Masa tu pergi Giant sebab nak borong susu Lil DD..
(Isomil 1-10 tahun RM55 - biasa beli RM60++)
Then lepas bayar tu Mr. Hubby pun call laa member dia nak mewar-warkan harga susu yang murah itu..
Masa tu la I kena..
Ada sorang mamat cina ni datang kat I offer cawan free, tak yah sign up apa-apa pun..
I pun buta-buta ikut la mamat ni..
(Sebab kan nak cawan free tu la I terkena tau, huhu~)
Mamat ni start la bagitau company diorang baru bukak, ada jual electrical item..
Lepas tu dia bagitau la ada induction cooker which cost RM3k+ and then microwave yang anti panas RM3k+ jugak..
(Macam menarik je masa dia terangkan tu)
Then mamat ni bagitau diorang buat promotion..
Kena koyak coupun & akan dapat barang dalam coupon tu..
Barang-barang dalam coupon tu barang-barang biase yang harga dalam RM500-RM1K..
Then bila I koyak, tengok-tengok I dapat induction cooker, water-based vacuum & RM100 discount for every purchase of their product..
Mamat chinese ni punya la pandai berlakon, siap tak percaya i boleh dapat coupun tu..
I pun happy la dapat barang free, kan...
Dia siap telefon management lagi tanya kesahihan coupon tuh..
Yang management diorang pulak konon-konon suruh I baca bar code dekat coupon tu..
I pun baca la & dia kata memang betul dapat, sempena ulang tahun company diorang
(Tadi masa awal-awal kata company baru bukak?? - Ok, masa tu I tak dapat detect lagi..)
Muka promoter masing-masing excited gila..
I pun terdetik gak, takkan la budak-budak promoter ni tak tau kot company dia ada nak buat special coupon sempena ulang tahun..
(Kalau ingat balik muka sekor-sekor promoter kat situ, sakit hati ku okeh!)
Then tiba-tiba diorang mintak credit card..
I tanya nak wat apa?
Then diorang kata coupon tu dapat free tapi you kena beli salah satu daripada barang diorang..
I pun bodoh-bodoh bagi la credit card I..
Sekali tak boleh swipe sbb tak cukup kredit..
Boleh pulak tanya kalau i ada cash..
hah, mengarut dah ni!
Then diorang cakap diorang boleh pulak nak tolong applykan loan CIMB..
Memang sangat mengarut..
(Masa tu baru perasan muka hubby dah macam jeruk amra..)
Cepat-cepat settlekan & balik..
Masuk kereta kena marah kaw-kaw dengan Mr.Hubby, huhu..
(Ke I sorang je yang terlalu lurus untuk mempercayai benda-benda ni???)
Some of the link yang I Google yang terkena macam I:
http://www.complain.com.my/showthread.php/18-STAR-LIFE-LIVING-TRADING-SELLING-ELECTRICAL-items-IN-GIANT-PUCHONG-(KIOSK)-cheat
http://welleywatch.heritage-tech.net/32/new-welley-corporation-scam-proxy-worldwide-freshway-sdn-bhd/
http://bukitmertajam.olx.com.my/itc/comment-about-roset-germany-induction-cooker-id-39224394-c-14
Moral of the story: Jangan terlalu excited nak dapat cawan free.... +__+'
No comments:
Post a Comment