Daisypath Anniversary tickers Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
♥ A humble servant of Allah SWT ♥ Devoting to be a good Muslims ♥ Blessed with a wonderful husband & daughter ♥

December 29, 2011

Tentang Dhia

Bismillah.&.Assalamualaikum..


Aku sangat suka cerita ni
Hari-hari kat office mesti layan cerita Tentang Dhia kat tonton.com.my since tak sempat nak balik tengok kat rumah..

Kenapa aku suka drama ni?
Sebab aku sangat suka tengok Nora Danish bawak watak Dhia..
Aku sebenarnya tak suka Nora Danish, rasa macam mengada-ngada je dia berlakon dalam sitkom Puteri tuh & macam tak pandai berlakon..
Tapi dalam cerita ni, Nora Danish memang terbaek..

Boleh feel kesedihan Dhia masa mak dia meninggal, 
Nampak Dhia bahagia sangat masa dia berborak dengan Zikir dekat rumah kampung Dhia..
& boleh bayangkan macam mana geram nya Dhia masa dia gaduh dengan mak mertua dia kat dalam kereta sampai accident..
She really represent Dhia as a virtuous woman..

Satu lagi yang aku suka, director cerita ni mengambil berat small-small thing such as masa Dhia kena admit kat hospital, Dhia still pakai tudung, tutup leher.
Then Nora Danish dengan Adi Putra even berlakon as husband & wife, tak ade lah peluk over-over sampai kadang-kadang tu malu aku nak tengok, huhu..

Then this story pun takde la macam cerita drama Indonesia tu, heroin terlampau baik sampai menyampah lak tengok asyik kena buli jer.. 
Dhia ni at least ada la jugak melawan mak mentua dia tu..

Yang aku tak suka cerita ni..
Of course la mak mentua dia yang kepoh tu..
By the way Liza Abdullah is put on weight giler..
Kalau la jumpa dia, mesti aku dah suggest suruh dia amek herbalife so that dia boleh slim melim macam dulu balik..
Har har har..

Lagu tema cerita ni.. 
Dia Untuk Ku - sing by Adi Putra himself..
Boleh nyanyi jugak encik Adi Putra ni, not bad..

Other song yang aku suka dalam cerita ni..
Opick - Cahaya Hati
Opick - Dengan Mu Aku Hidup
Opick - Rapuh

Ayat yang paling aku suka dalam cerita ni..
"Azmi cinta pertama ku, tapi Abang Zikir cinta terakhirku. Aku milik Abang Zikir pada saat akad dilafazkan"
Mak aii.. memang power laa.. Ehem-ehem, boleh bagi kat Mr.Hubby ni, kasi cair sket, hahahaha~
So today will be Tentang Dhia final episode
Nak balik awal & tengok tentang Dhia kat rumah

Okay, off solat Asar first.
Bye~


December 28, 2011

KKDM Family Day at Felda Residence Tanjung Leman

This Christmas holiday I spent with my abah side family day..

Our Family Day this year was held at Felda Residence Resort, Tg Leman, Mersing, Johor. It is our 10th family day..

The journey from KL was around 4 hours. Kalau nak datang sini disarankan untuk datang during day time cause jalan nak ke resort ni is secluded & bila malam jalan gelap gila.


Resort ni memang agak complete laa.  Bilik siap ada sejadah. Nak iron? Macam biasa la, request kat room service. Ape laa.. -__-'

Facilities including hall, karaoke room, surau. First night, our family gala dinner, buat dekat hall resort.. Hall dia besar, ada stage & boleh request for projector.. Memang sesuai untuk function.. Gambar di sebelah ialah Abah saya yang merasmikan majlis (macam formal je ada rasmi-rasmikan? hehe~)


Esoknya, pagi-pagi ada solat Subuh berjemaah & tahlil.. Buat dekat surau resort..  


In term of food, the breakfast is awesome. Variety, banyak choice. Dining hall pun besar. But other than that, food quite hard to get here. Kalau pergi kat area jetty which is about 10 minutes from the resort, ada la seketul KFC and a few stall. Kalau nak order from resort, memang tak banyak choice + expensive lar.. 



Then kalau nak buat activity, diorang ada sediakan bola. Boleh main dekat beach.. Scenery from our hotel room mengadap beach. As now is monsoon season, the wind agak kuat. Ombak pun dah tak dipanggil Ombak Rindu dah, Ombak Mengganas kot, hehe..

Kitorang sempat laa aerobic, tai chi and berfutsal dekat beach dia..Pagi-pagi dok kat beach tu, brrrr, sejuk..


Swimming pool besar jugak.. I bawak Lil DD mandi..Seronok gila dia.. (Gambar tak de la pulak sebab masing-masing kemaruk berendam, haha~)










By the way our long journey worth it though everyone is a bit tired. Since holiday sampai Monday, the next day tu ada yang masuk Singapore & melawat-lawat area Johor since bukan selalu dapat datang Johor ni..

As for me and family, we choose to stay over in Tg Leman. Monday tu kitorg pergi tgk kambing.. Nanti la next entry cite..


Pix bawah ni gambar my family from my father side. Some of them tak dapat attend due to work.

Really proud to be in this family. 
I LOVE KKDM !

December 21, 2011

New Job - Day 2: My Very Bad Day..

Bismillah.&.Assalamualaikum..

Semalam hari kedua with my new job..
Kalau hari pertama, hubby & I balik basah kuyup, second day lagi kelakar..

Since hubby boleh masuk kerja kul 10.30am, so hubby hantar I g kerja naik motor lah..
Then I pun ingat nak meringan kan beban hubby, offer nak bawak helmet..

Bila balik, I balik naik tren & tunggu hubby di KJ station..
Bila hubby sampai, I naik motor & tanya hubby "Tak nak bagi I pakai helmet ke?"
Hubby pandang muka I, puzzled..
Helmet bukan dekat u ker?
I tepuk dahi! Helmet tertinggal dekat office..
So, turun balik motor hubby, then decide nak naik bas je la balik Puchong..
Tunggu punya tunggu, bas tak datang-datang..
At last hubby datang naik kereta sekali dengan lil' DD.. -_-'

Itu lah cerita nya hari kedua with my new job..

Conclusion of the story..

Tobat tak nak offer bawak helmet dah..
Hari ni, helmet diletakkan betul-betul di atas beg supaya aku tak lupa sekali lagi..
Betul lah bak kata Tun Dr M, Melayu mudah lupa.. (tetiba lak)

Hopefully today tak ada cerita suspens lagi.. (praying hard!)

December 19, 2011

A whole new day!


Bismillah.&.Assalamualaikum.

First day with new job.

A bit susah nak bangun pagi.. Biasa lepas Subuh tidur balik.. -.-'

LiL' DD pun terjaga awal, so terus I suruh hubby mandikan (belakang I terseliuh, so Opah yang mengurut I suruh I jangan angkat barang berat a few days..luckily ada mr.hubby yang berkeyakinan tinggi untuk menguruskan anak, hehe. Tq sayang.)

Lil' DD mengamuk. Ye la, she's actually still half awake, then suddenly kena siram air. Memang melalak la si kecik tu.

Alhamdulillah, she's ok bila I hantar dia pergi rumah baby sitter. Maybe sebab mengantuk sangat kot, huhu...

Like every other morning, hectic is a normal for me, hehe..

LUCKILY ada shake, goncang2 & i'm ready to go. Hari ni minum tea byk &  pekat sikit sbb nk EXTRA fresh.

Today off to work merempit to kelana jaya dengan mr.hubby.

From there naik tren straight ke KL Sentral.

Yang bestnya boleh pulak terlepas stop kat KL Sentral, semua sebab ralit sangat tengok orang sekeliling I yang tersengguk-sengguk tidur..haha..

Tiba-tiba teringat,  aku pun dulu macam tu jugak kot. Hahaha..

Sampai office baru, terserempak dengan HR staff yang interview i.

Terkejut sebab dia ingat I masuk next week.

Sumpah rase nak balik je time tu, haha..

But then I masuk jugak since dah sampai..

As expected memang dah ada task yang menunggu ku..

But compare to my previous, job scope, insyallah the task should be not a problem to me.. (erm, actually dah settle first task pun, kui kui..)

It's already lunch time here. Need to have lunch with my new colleague. :D

.Chiow.


Updated 20/12/2011:
Semalam balik kerja merempit dakam hujan dengan mr.hubby. Best sekali bila ada 1 kereta ni splash water kat kitorang, memang lenjun aa.. Pengalaman first day balik kerja..hahaha~

Location : Jalan Bukit Rimau, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor,
Posted via Blogaway

December 17, 2011

It's Time To Say Good Bye..


Bismillah.&.Assalamualaikum.

Quite a while x update entry..

A bit busy nak habiskan minggu-minggu terakhir di V-Work..

So yesterday  is my last day..

Sedih jugak nak say good bye to my colleagues..

Some of them have been working with me for about 3 years..

Since v-work is my first job after my graduation, lot of things I had learn from this company..

Ingat lagi masa first join v-work, staff just ada 7 orang je termasuk boss, sekarang dah grow to around 20 people.

Not only the company grow, I pun mengalami the most important changes of my life dekat vwork.

Dari start kenal my hubby, bercinta, bertunang, kahwin, sampai la sekarang dah jadi mummy to my little DD.

To all my colleague, if you had a chance to read this, it's a pleasure knowing you all. Take care &  wish you all the best in the future undertakings.



Location : Persiaran Puchong Permai, Taman Puchong Permai, 47100 Puchong, Selangor,
Posted via Blogaway

December 06, 2011

Little DD First Steps

Bismillah & Assalamualaikum..

My Hubby & I sangat happy..
Semalam, tanggal 10 muharram my little DD had took her first steps..
Alhamdulillah, after months of cruising..
I baru je spoke dengan my sister cousin (she's a gynae at PPUM) that I'm a bit concern with my little DD yang nearly 17 months tapi tak nak berjalan..
Actually my little DD dah boleh berjalan, but maybe lack of confident..

So semalam dekat rumah my aunt, tiba-tiba she took few steps towards me yang duduk bersembang dengan my aunt kat coffee table..
Bila dah start tu, she's got excited!
Tapi bila nak patah balik crawling pulak, hehe..
Alhamdulillah..
Maybe sebab rumah my aunt carpet tebal, so little DD feels confident, jatuh pun takkan sakit punya..
Hai la cik DD..
But don't worry, Abah & Ummi takkan beli carpet tebal, sebab susah nak jaga, haha..


Insyaallah, in a few days, my hubby and I akan masuk ke alam toddling la pulak
Toddling = Banyak pergerakan = Both Abah & Ummi will be more Buzy!
Haha..
But we are okay with that..

Abah & Ummi loves you so much sayang..
So proud of you.
MUAHHHH!

I ingat nak letak video little DD but mintak kat encik Hubby, tak bagi-bagi lagi..
So will just post it later.
Excited nak post this entry, haha..

Till then, see ya..

December 04, 2011

Yay!! Dah boleh pakai baju itu...


Bismillah & Assalamualaikum...

Alhamdulillah, heppi giler. Baju kurung vietnam favourite aku, yang last aku boleh pakai before pregnant, which is  about 2years ago, aku dah boleh sarung balik, yeay!! Before this, nak sarung baju tu pun x leh nak muat. Aku dah siap2 lipat bju tu nk masuk kat bag nak bagi kat orang, huhu, sedey gila.

Sumenya start bape bulan lepas, I went to my cousin punya anak punya birthday.

Most probably because of the dress yang I pakai , my cousin tanya  whether I'm pregnant ke ????  SENTAP GILA.. I memang la notice perubahan ketara especially di bahagian perut ituhh! But x ada  awareness to take action until that day la.. So sejak hari itu, mind aku berfikir-fikir macam mana nak turunkan perut aku ni dengan pemakanan yang aku ambik sekarang (aku dengan my hubby suka jalan-jalan cari makan, well typical Malaysian, normal lah kan?)

Then this 1 blessed day, time wedding one of my cousin( my dad side) , a close relative from my mom side pun datang & ajak I datang an event on a weekend at PD.

And i just go and i see a lot of amazing loose weight testimonial!! I like macam.. okay..kalau diorang boleh buat aku pun mesti boleh buat..

So i pun follow la program loose weight tu..Alhamdulillah,  berkat kesabaran, kedisiplinan & full support from my beloved hubby, I have follow this program for about 1 month something , & dah lost about 4kg! Ok maybe setengah orang akan cakap, "Ala, 4kg je, bukan banyak pun". Yes, ikutkan kg memang tak banyak, but yang bestnyer, aku boleh sarung bju favourite ku itu.

But i still have long way to go to reach my ideal weight. The fights will continue. I also have target to get fit before my family day( dad's side)...OK Nora.. let's do it!!!

Location : Address not available
Posted via Blogaway

November 24, 2011

Children See. Childen Do.

Bismillah & Assalamualaikum..

Last 2 days masa tgh naik lift dkt rumah, ada 1 family ni masuk dalam lift sekali dgn kitorg..
Ada ayah, mama & 2 wonderful child..
The eldest is a son, while the youngest is a daughter around 3 y.o..
Then this girl nak open & eat the french fries but the dad tak bagi..
This girl selamba je cakap kat dad dia, "Ayah Bab*..ayah bab*.."
Berulang-ulang kali..
I think the dad tu macam malu la kot dgn kitorang, so dia boleh just cakap,
"Ayah cili kang mulut tu"
The mom mcm selamba, sibuk dengan handphone dia..

I was like, "Erk.."

I don't want to jumpe into conclusion sebab i tak penah tengok the parent mencarut ke hapa..
But this little fella use the word to protest her dad's decision of not letting her eat the french fries! 

So there must be from somewhere la the little girl know about the word..
It can be from her brother, kids that she know, only God knows..

But apa yang i nak stresskan di sini ialah betapa anak-anak kita terdedah dengan isu-isu negative ni..
Kids is like sponge, copy cat, parrots..
Following and absorbing anything that they saw or heard..

I myself pun selalu jugak keluarkan perkataan-perkataan negatif ni bila marah..
But when you have a kids, you should always be aware of your behaviour..
Like my hubby, pun selalu jugak terkeluar those 'words'..
Memang sah-sah la kene cubit dengan i oke..
Bila dah dengar sendiri macam mana budak perempuan tu cakap kat ayah dia,
baru la nak rase *gulp* kan?

So parents..
We may not able to change other people lifestyles, but we can change ours..
Let us build a family with positive environment..
Our future society behaviour starts from us..
Small changes do comes with BIG impact..




 I ended my entry with a short clips worth for our thinking..



November 23, 2011

Rezeki Yang Datang Mencurah

Bismillah & Assalamualaikum..

Dah 2 hari notebook aku rosak.. 
Hubby tengah tolong check..(nasib baik mr.hubby terror bab-bab hardware nih)
Rase macam hilang purse pulak..
Sumer bende dalam tu especially hal-hal kerja laa..
Aku pun datang office dah tak tau nak buat apa dah..
Nasib baik memang tak banyak sangat dah kerja..
Just tinggal a bit of project yang nak kena settlekan & hand-over documentation..

Alhamdulillah, bila nak berenti kerja ni, offer demi offer datang..
Rezeki anak..

Memang akan rambang mata laa sebab offer yang menarik tertarik kau memang kebom..
But to me, my child is my top priority..
No more extra office hour.. no more bring work back home.. no more stress in job!
So, macam mana bagus pun offer yang diri, aku tetap akan tanya workload & environment kerja..
& of course benefits to my family!

I haven't done my solat istikharah yet..
Insya allah will do it tonight.. 
As only He knows what's the best for us

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:
Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.




November 18, 2011

My Home Made Cook Lunch..

Bismillah & Assalamualaikum..

My lunch today is a home made cooking..
Aku masak before pergi kerja..

Sebabnya:

Boring asyik makan kat Hassan tu, nak pergi Ubi Kayu kat seberang tu jauh sangat, macam malas la pulak. Lagi pun cuaca sekarang time tengah hari sungguh panas.

Nak menghabiskan segala apa yang ada dalam peti ais. Kalau tak, busuk, sayang pulak.

Save budget. Hari-hari kalo aku lunch paling kurang mesti 7-8 ringgit. Memang boleh ambik lauk yang murah-murah, but lauk yang murah-murah adalah tidak healthy which is berminyak & berlemak. At least bila aku masak ni, hubby pun boleh makan, which double up our saving cost! 

So bahan-bahan sume aku dah siap potong before aku masuk tido malam semalam
So pagi ni just bangun & start masak


Masak simple-simple je.Start kul 7.30am masak, pukul 8am lebih dah siap semua.
Termasuk makanan si kecik DD.

Menu DD hari ni ialah Pasta Mushroom Carbonara. (Sorry, lupa nak amik gamba, tak sempat pun..)
Senang je nak buat,
Capsicum potong dadu
Pastu boil sekali dengan pasta sampai pasta tu lembut
Then buang air rebusan, biar tinggal sikit je
Then masukkan mushroom carbonara (ala, yang campbell dalam tin tu)
Bagi mendidih sikit, angkat.
Simple kan? 15 minit je masak, hehe~

Menu untuk parent dia pulak is 
Nasi putih, daging black pepper & sayur kailan ikan bilis.
2 very simple dish.
Daging black pepper:
Potong kentang  panjang-panjang & goreng, then put aside..
Bawang merah & bawang putih di mayang & ditumis sampai naik bau..
Masukkan black pepper & oyster sauce, garam & gula secukup rasa
Masukkan air segelas.
Msukkan daging (daging ni kalo nak lembut rebus dulu lama sikit which aku dah buat a night before)
Biar daging tu smpai la air tu agak-agak nak kering (kacau sikit-sikit)
Then masukkan kentang yg digoreng.
Siap!

Sayur Kailan Ikan bilis lagi senang..
Bawang putih, bawang merah, ikan bilis tumbuk je sume sekali smpai lumat
Then tumis (aku guna sunflower oil, kurang cholestrol :D) sampai naik bau
Masukkan air (ikut suka korang kalau nak berkuah masuk la banyak air)
Masukkan batang sayur dulu
Agak-agak half cooked then masukkan daun pulak..
Jgn lama-lama sangat, nanti layu pulak sayur kailan korang tu.. Dah abis vitamin..

3 dish in less than 1 hour, siap! hehe~




November 16, 2011

My Dream Board...


Truly a picture worth a thousand meaning..
A dream board derives from my list of 50 Most Important Dreams That I Want to Achieve

November 15, 2011

Recipe Sihat: Yong Taufu Vegetable Soup

Bismillah & Assalamualaikum..

Quick entry for today..
Nak update a very healthy recipe for those yang tengah berdiet oke..

Recipe ni aku belasah je masak, sedap gak & yg penting mengenyangkan..

Recipe: 
Sayur Ala-ala Yong Tau Fu Soup

Bahan-bahan:
  • Olive oil (1 sudu)
  • Bawang putih 2 ulas
  • Halia (lebih kurang macam bawang putih)
  • Tauhu telur
  • Fuchuk kering
  • Sayur (nanti akan diupdate nama sayur ini sebab aku lupe nak amek nama dia, tapi boleh tengok gamba bawah kalau nak tau rupa dia)
  • Oyster sos (1 sudu kecil)
  • Garam
Cara masak:
  1. Halia & bawang putih ditumbuk halus
  2. Panaskan olive oil, masukkan halia & bawang putih yang ditumbuk. Tumis sampai naik bau.
  3. Masukkan air setengah periuk - (ikut suka u ols la, kalo nak kuah banyak, letak la air banyak)
  4. Biarkan air mendidih, masukkan oyster sos dan garam.
  5. Then masukkan tauhu telur & sayur.
  6. Last sekali baru masukkan fuchuk kering.
Masa penyediaan: 15 min
Masa masak: 15 min
Total: 30 minit je!

Ini ler hasil nya

















SELAMAT MENCUBA!



November 12, 2011

50 Most Important Things that I want in My Life

Bismillah & Assalamualaikum

Pagi semalam tak macam pagi-pagi Sabtu yang biasa
Pagi-pagi lagi kitorang dah gerak pergi Taman Melawati untuk attend Focus Group Training
The half day training best gila..
Banyak group activity, teringat pulak masa time-time study dulu, huhu~
Well, most of the attandance pun student, so we are among the veteran there, haha..
Takde masalah bagi aku untuk joing this kind of activity as aku memang suka group-group activity cam gini dari dulu lagi.
A lot of things that we learn, most of it focusing on increasing self motivation..

Untuk aku, banyak jugak la ketinggalan sebab DD quite moody semalam..
Asyik mengamuk je..
Maybe sebab dia tak berapa sihat..
Sian sweet heart Ummi..

Ok, that's for the berjela-jela introduction.
Go back to the main focus of this entry, I'm sure kita sume ada impian yang nak kita achieve, right?
Kalo korang tak ada dreams, mean your live is CLUELESS, AIMLESS
Macam bawak kete tapi tak tau nak pegi mana..
& this is dangerous..
At least, as for my Muslim friends, main target kita mesti lah di AKHIRAT nanti..

Everything that we want to achieve in our live will bring us to the next level of our live..
Well, takkan korang nak duduk same level sampai umur 60s nanti, kan?

During the training, we were need to list out 50 most important things to achieve in our live..
Hmm, macam banyak gile kan?
Well, yesterday i didn't have time to list it out since DD's not in a good mood..
So, here is the lists, jeng jeng jeng!!

1.   Kurus
2.   Settle semua debt especially PTPTN !!
3.   Taknak ada worries about money at all!
4.   Upgrade rumah sekarang - dapur, living room (nak pasang cabinet IKEA, toilet, etc)
5.   Tukar sofa leather (sbb anak eczema, kalo sofa kain cpt perangkap habuk)
6.   Tukar washing machine - front load (current washing machine nak bagi je kat adik terunaku itu, heh~)
7.   Beli dryer so that aku tak yah susah-susah sidai baju, hehe~
8.   Completekan peralatan rumah
9.   Disebabkan shopping adalah my hobby, shopping tanpa tengok tag, bestnyerr..
10. Boleh bagi parent at least RM1k sebulan
11. Boleh tolong sponsor family members on any kind of event
12. Beli Alphard so that bila travel bole angkut 1 family in one car, best! 
13. Beli satu kondo di area KL untuk investment
14. Beli 1 rumah atas tanah - ala-ala modern english style
15. Berhenti kerja
16. More time dengan family
17. Enroll DD dalam the best pre-school in town
18. Enroll  DD dalam Genius Aulad
19. Enroll DD dalam Fencing class
20. Enroll DD dalam swimming class
21. Enroll myself, hubby & DD dalam horse riding class
22. Enroll myself dalam kelas memanah
23. Belajar bahasa German & Jepun
24. Enroll myself & DD dalam piano class
25. Enroll DD dalam third language class
26. Enroll DD dalam chinese school
27. Enroll DD dalam KAFA / PASTI
28. Sponsor the whole family pegi umrah
29. Naik haji before umur 45
30. Tolong saudara mara ku yang tak berkemampuan
31. Tolong mana-mana orang susah kat Malaysia
32. Ikut misi keamanan tolong orang susah luar negara
33. Travel all over the world
34. Jadi health consultant
35. Tolong orang kuruskan badan
36. Tolong orang jadi sihat
37. Hantar anak-anak belajar luar negara
38. Dapat baby baru
39. Fully breastfeed coming baby sampai umur 2 tahun
40. Jadi role model untuk breastfeed mom
41. Jadi model mom muslimah! :D
42. Nak ada satu barang e.g. bag, kasut, jam tangan or baju berharga lebih dari RM5k (hak hak! materialistic giler!!) Beli piano satu
43. Bina masjid
44. Sponsor satu rumah anak yatim yang dhaif
45. Jadi role model yang baik untuk anak
46. Masuk TV untuk cakap pasal kesihatan
47. Dapat anak-anak yang solehah & berjaya
48. Organize satu event parenting
49. Jadi host/speaker untuk parenting macam Wardina
50. Internation speaker for muslim parenting

Fuh! Excited giler listkan sampai tak sedar dah 50 list!! FYI, yang merah-merah tu semua yang sangat-sangat aku nak achieve. 

Apa kata korang pun buat list macam ni? Just suka-suka.. best gak, boleh berangan, hehe~

Ok, my next entry would be Goals to be achieved in 1,3,5,10 years dari 50 dreams yang aku listkan ni.. 


"You see things and say, 'Why?", but I dream things and say, 'Why not? "
  ~ George Bernard Shaw



Jon Schmidt (piano) Steven Sharp Nelson (cello) - Love Story meets Viva La Vida
*Credit to my friend Shahinaz Amiruddin for introducing this song. *_*

Powered by mp3ye.eu

November 11, 2011

My Darlings Sakit Sape Nak Jaga?

Bismillah and Assalamualaikum..
Today both my hubby and my precious baby is not well..
My DD sejak dua ari lepas asyik muntah2, arini lak cerry berry..My hubby lak siang td kata nye muntah2 & pening kepala.. Sian my hubby, dah la sakit, kena ambik wifey pulak.. Nak wat cane, dah kete ngn dia.. Then tonite, demam pulak..
Sian both my darling sakit..
Rase macam nak cuti jaga both my darling ni, tapi cuti I dah abis.
Ari Selasa aritu da cuti pasal baby sitter my DD nak cuti.. Ari Rabu lak EL sbb my DD x sihat.. Actually EL itupun adalah unpaid leave.. Kalau ikutkan ape nak kisah, amek je la cuti, dah nak berenti pun.. Tapi secara ethical nyer, macam x best pulak.. Lagipun banyak benda x settle2 lagi ni..
Haish, ini lah masalah nyer kalo keje office ni.. Kalo keje sendiri kan senang, tak payah susah2 pikir pasal cuti..
Self employment giving big advantage in term of time flexibility, & that is one thing yang sangat aku nak.. Business Herbalife is offering this but before that, you will need to work on it.
Semoga Allah merestui perjalanan ku ini. Semoga ini adalah jalan terbaik untuk diriku menjadi insan yang lebih baik.
P/s: ini adalah effect dari minum tea herbalife.. now is already 1am and i didn't feel sleepy, huhu...luar biasa...

Sent from Samsung Mobile

October 28, 2011

Asian Pear and Strawberry Smoothies

Bismillah & Assalamualaikum..

This is a quick entry..
Sambil tunggu Mr. Hubby, surf internet..
Terjumpa recipe smoothies yang sungguh sedap



Asian Pear and Strawberry Smoothies
  • 1/2 cup ice
  • 1 Asian pear, cored and cubed
  • 2 large strawberries, hulled
  • 2/3 cup vanilla fat-free yogurt
  • 3 spoon of F1 Strawberry flavour

PErghhh..
Balik kena try ni..

October 26, 2011

A Day Off

Bismillah & Assalamualaikum..

Hari ni cuti, adalah hari untuk house general cleaning..
Alhamdulillah, after consume Herbalife, masalah mengantuk di waktu pagi dah tak ada..
After Subuh prayer, i took 400 ml aloe vera, 400 ml tea mix and 200 ml plain water..
So early morning je aku dah minum around 1 liter of water..
Memang flush habis laa segala kesan2 kotoran degil dalam badan..
That's why tak rasa mengantuk di pagi hari.. ::wink::

So bila dah boleh bangun pagi, boleh la start buat kerja rumah..
Tapi hari ni cik Dalili adalah bangun sangat awal..
Ummi dia bangun solat Subuh, dia pun bangun jugak..
So, lepas solat subuh, buat kan Herbalife untuk dia & main-main dengan my precious tu..

Menurut kajian, baby sangat alert antara pukul 6 - 11 pagi..
So time ni kalau kita ajar dia apa-apa, cepat laa dia catch up..
Pagi tadi aku ajar dia tunjuk anggota badan, mouth, nose, etc.
Well, dia tak paham lagi the word mouth, nose, so on, but dia tau bila kita cakap "Tunjuk",
dia terus akan letak jari telunjuk dekat pipi, mulut, ikut suka hati dia..
Means dia paham yang kita nak suruh dia tunjuk something..

So pada pagi ini, selepas puas bermain-main, sampai dia pun dah boring aku asyik suruh dia tunjuk je,
aku pun bawak cik Dalili ke bilik sebelah (kejut Abah dia)
Then, i pass the shift to my hubby lar, hehe~
Cause aku ada 1 list kerja rumah yang perlu disettlekan di hari cuti-cuti ini..

Sambil buat kerja rumah, aku masak pasta untuk cik Dalili as breakfast..
My precious ni memang sangat favourite pasta.. 
Sambil my precious makan, aku pun buat kerja rumah..
Bila jadi working mommy ni wajib tau multi tasking + time management..
Aku bab time management memang fail..
Nasib baik my hubby ada, dia la penjaga masa, hehe~

Settle kemas-kemas dapur & basuh baju, dalam list kena potong kuku cik Dalili..
Mak ai, berperang nak potong kuku si kecik ni.
Abah dia kene jadi badut nak distract dia, haish...

Dah potong kuku, mandi + potong rambut yang serabai
Mandi pun berperang..
Anti betul dengan air sejuk..

Habis mandi, merengek-rengek - bagi puting..
Siap-siap, terus tidur kan my precious..
Pagi bangun awal ditambah pula perut yang kenyang, mesti la senang tidur, betul tak?
So settle..

So it's just a half of my day off activities..
Got a tonnes of things to do after this..
Petang pulak nak pergi Nutrition Club Abang Long..
Bye Bye..

Owh, lupa..

Happy Deepavali to all my Indian friends..

Till, then, Stay Healthy ya.. ;)

October 24, 2011

I have Found My Living Purpose ~ Do you Find Yours?

Bismillah & Assalamualaikum semua..

Beberapa hari ni schedule ku begitu pack
Sejak last week lagi..
Training on weekend, kerja, etc..

Aku dah decide secara seriously untuk involve dalam business Herbalife
Well, at the time being as a part time
Insyaallah, kalau ada rezeki dalam busines ni, I will go as a Full time job

Why?
Banyak sebab!

First of all, melihat perkembangan positif anak kesayangan..
Entry sebelum ni aku cerita pasal Jerslin Oil yang memang sesuai dengan kulit luaran nya..
For inner health, i gave her Herbalife F1 Shake and Omega 3 Fish Oil.
Aku boleh tengok Dalili semakin kurang menggaru
& she likes the taste too! :D

Secondly, my physical condition that getting bigger & bigger
Besau kat perut pulak tuh!
(tu la, lepas deliver tak pantang betul-betul, kan dah naik perut)
Sampai tu the extend cousin aku ingat aku pregnant anak kedua!
That's it! Must take action!
So I took Herbalife, because i know how effective it is..
(I've tried before)

Thirdly, keadaan economy yang makin tinggi sekarang ni.
Rase nye kat KL ni gaji 5k pun tak cukup.
So, side income is a must kalau kita nak hidup selesa 
(without 'gaji cukup-cukup makan' by the end of the month)
I know we will be able to hidup dengan selesa kalau kita selalu ukur baju di badan sendiri
But to me, it's not wrong to go for something more
Rasulullah pun ada bersabda..
"Bersembahyang lah kamu seperti mana kamu akan mati pada keesokan hari nya dan
Berusaha lah kamu sebagai mana kamu akan hidup 1000 tahun lagi"

Forth, I want to change my lifestyle.
Aku tak nak hidup dalam keadaan lara for my whole life
Macam tak ada purpose untuk hidup
I have been wasting my whole life, and now it is time to change
Aku tak nak nanti di akhirat Tuhan mempersoalkan apa yang aku buat dengan hidup aku.
At least with this business, i foresee something that i can do not only to help myself, but others as well..
I see positive people in this business and i want to be like them too

Disebabkan WHY-WHY di atas la aku dah nekad nak serious into this business

Alhamdulillah, Mr.Hubby support 100%
Thank you Sayang~

So, I've find my living purpose
Do you find yours?

October 10, 2011

Jerslin Oil

Bismillah..

Sepatutnye enty kali ni nak cite pasal resignation aku, tapi macam tak ada mood..
Today nak share pasal this owesome oil..
Actually this oil aku pakai untuk anak aku..
Okay, quick story about my daughter laa..
Actually my daughter suffer severe eczema..
Habis satu badan merah-merah..




Macam-macam krim kitorang dah try..
Banyak jugak la duit habis beli krim..

Then one day my mom bagi this one oil suruh try..
My mom dapat dari nenek sedara aku..
And i just try..

The oil have a pleasent scent..
For those yang knew about eczema, they should know that baby with eczema not avoid any cream / baby bath which is scented.
So, anak aku memang pakai crean yang tak ada bau langsung!
Sian anak aku..

Then bila aku apply, at first a bit worry la takut dia jadi lagi teruk..
But a few minutes later, seems like she don't bother to scratch!

So i just apply to her everyday..
She still scrathing, just not that teruk laa..
My baby sitter pun notice, kalau we stop bagi Jerslin oil tu, kulit dia akan jadi kering sangat-sangat..

Alhamdulillah,
As for today, my baby skin is smother..
Tak pernah aku rasa kulit my baby licin macam tu..
Huhu, terharu oke..
Bau pun wangiii (macam iklan perfume silky girl, hehe~)


Actually this oil banyak purpose dia..
Aku pernah gatal-gatal nyamuk gigit, sapu minyak ni, alhamdulillah hilang after few minutes.
Kalau mak ayah korang sakit-sakit sendi, sakit lutut (sakit common) pun leh, insyaallah boleh hilang sakit..
My mom pun guna, hehe..




UPDATED (7th December 2011)

Ni gambar latest my little DD.. :)

October 07, 2011

Motherly Instinct..

Assalamualaikum..
Few days tak update blog..
A bit busy recently..
Will be resigning from current company..
So banyak benda nak kena settle kan before resign..

OK, stop talk about that first..
Subsequent entry insyaallah cerita panjang lebar..

Now nak cerita pasal diri ku yg semakin tebal sifat keibuan..
Sekarang ni kalau tengok video / baca cerita yang ada involve baby / kids mesti akan terkenang-kenang sampai dua tiga hari..
Especially video yg tunjuk kisah horror..
Macam kisah baby yg kena buang dari tingkat 2, kisah budak yang tercampak dari kereta..
All these stories really makes me shivers..
Imagine if it is my little daughter.. Nauzubillah..

Then ada 1story about this little boy who suffer few of heart complication,
I read the stories and crying like hell..
Masa tu dekat office oke.. Teresak2... Sedaya upaya tahan takut orang dengar..

Oh my, menjadi seorg ibu bukan setakat menjaga anaknya..
Tetapi juga perlu memikirkan cara bagaimana untuk mendidik anaknya supaya menjadi anak yang excellent bila besar nanti..
Trust me it's not easy..

Ya Allah, beri ku kekuatan untuk menjadi seorang ibu yang terbaik terhadap anak ku..
Yang dapat membimbing anak ku menjadi seorang yang solehah & berjaya dalam hidup nya di dunia & akhirat..

AMIN.

September 28, 2011

Creativity that come out when i'm in Hungry mode..

Arini aku pose 6 last day..
Tak tau nape rase lapa..
Padahal pagi tadi sahur, mkn nasi lagi..
Then rase mcm lambat sgt hari berjalan even though aku masuk lambat arini..

Sepatut nya mmg ade keje, tp sume nye tergendala di sebabkan mcm2 hal..
So aku tak leh nak wat keje sgt..
So aku bukak gamba, bukak Picnik & edit gamba
Ini la hasil nya, huhu~

Haha..itu je la..
Tata..

September 19, 2011

Photography - My New Hobby

Skrg ni kalo tgk mane2 sume bwk camera DSLR..
Dah macam trend dah..
Bile melihatkan ramainye org yg ade camera DSLR tu, nampak mcm senang je nak dpt camera tu kan?
Padahal beribu2 harga camera tuh..

Aku pun minat gak photography ni..
Tapi name nak beli camera harga beribu2 tak mampu laa..
Unless gaji aku melebihi RM6k (haha, bile laa nak dpt range gaji ni tah)
Plg mahal camera yg penah aku beli camera harga RM500..
Samsung ES620..
Biase2 je cameranyer, janji ada camera..

Tapi percaya atau tidak, tak payah ada camera yg mahal pun kita boleh menghasilkan 
image yg cun..
& kalo kita creative, kite mampu menghasilkan image yg same best qualitynyer dgn photo yg di'shot'kan dgn kamera yg mahal..

For example, tgk gamba kt bwh ni, just pakai camera hp & touch up sikit2 pakai online tools,
da dpt image mcm kt bwh ni..
masa yg di ambil, tak lebih dari 10 minit..
sesuai bagi mereka yg nak referesher kalo2 rase mengantuk kat office, hahaha~

Coklat wedding gift ex-officemate


Kalo korg browse kat internet, mcm2 photo editor yg korang leh jumpe..
Yg the best pernah aku jmpe is Picnik..
& aku guna Picasa (kene download) untuk manage photo dlm pc ku..
Boleh direct link dgn blog korang (bg blogger2) & the facebook as well..

Birthday cupcakes for the Twins - Myra & Aydan

Maybe korang leh share photo editor yang best pernah korang jumpe?
Or share amazing photo yang hanya diambil dgn camera yang biase?

September 15, 2011

PNB Darby Park Hotel

Dah lama nak post pasal PNB Darby Hotel tapi asyik busy je..

Sebenarnyer aku and family gi PNB Darby Park ni lama dah, since before raya..
Hubby aku la, dpt complementary voucher..
So dari mengwastekan vaoucher tu baik gune je kan?

PNB Darby Park ni terletak dkt Jalan Binjai..
Berdekatan ngan menara tabung haji & bangunan Citibank..
Hotel ni convinient sbb dkt ngn LRT Putra Station Ampang Park..
Yes, meaning kalo nak shopping or makan2 leh g Ampang Park..
Kalo nak g KLCC, naik LRT 1 train jek..

So kat hotel ni kitorg dok kat Standard room.. 
Normal rate dlm RM250+ but we just pay dalam seratus lebih je..

Hotel ni OK laa, kata standar 4-stars kan..
Yang best nyer, bilik die mmg complete..

Jom kite tgk ape ade kt hotel room nieh..

Living room die ok la, kecik je, but cozy..
kat belah kiri living room tu die letak study table, siap ade machine fax lagi, huhu~

Hubby ku yg hepi-go-lucky

Berhadapan dgn living room bilik kitorg ada balcony, betul2 mengadap bangunan tabung haji..
View mmg cantik, boleh nampak serata KL..

Ha, ni dapur die..
Aku mmg salute laa, complete habis..
Siap ade microwave..
Kalo nak buat kenduri kendara mmg best la sbb pinggan, sudu pisau masak, bekas tos, periuk nasik pun ade!
Rugi aku tak bawak segala brg dlm peti ais aku.. Kot dak boleh masak,kan? hehe~
Dapur die ni jugak boleh ditutup kalo korang rase pemandangan dapur tu menyakitkan mata korang..
Ada pintu at both sides, so just tarik & tutup..

Ni lak bedroom die..
Kecik tapi ade tingkap, 
So korang leh main chak2 ngna anak or hubby korang yang kat living room..
Pada aku bedroom die quite sempit laa, nak solat pun di ujung katil..but still ok..


Kat dlm closet bedroom ni (sorry, lupe nak amek gambo) macam2 ada..
Sejadah, payung..
Ade safety box lagi tau..
Hubby aku agak laa excited ngan safetu box tu, tok tek tok tek dok set pin..
Tapinyer mane de letak brg pun, haha~

Ni lak bathroom dia..
Takde ape yg special, mcm bathroom hotel lain gak
Just die sediakan hair dryer, itu saje, oke..

In term of foods, pada aku biase aje.. (aku ade jumpe hotel yg lebih mantop breakfast die dr hotel ni)..
Restoran dia pun tak besar sgt.. A bit sempit bile time breakfast..
Sorry, no available pic for restoren die sbb aku & hubby asyik melantak, lupe nak snap picture..

Dari segi facilities ade gym yang best, ade playground, bilik sauna, etc..

Yang paling penting kitorg takkan melepaskan peluang mandi kat swimming pool die kat tingkat 12..

Hotel ni byk pak, mak & family arab, sampaikan instruction die pun ade translation bahasa arab..
Masa kat hotel ni la kitorg kenal ngn sorang mak arab dari Dubai..
Die bagi business card die suh kitorg contact die sbb die nak bagi ubat eczema untuk anak aku..
Sampai sekarang tak contact2 pun, hehe~

All in all, aku rate hotel ni 4/5..
Mmg standard 4-stars lah. hehe..
Buat sape2 yg hometown jauh dr kl, bole la duduk sini sbb hotel ni mmg easy access..
Best!

September 13, 2011

Nasi Arab - Restoran Saba' Cyberjaya

Assalamualaikum..

Lama aku tak update blog, sakan beraya nok, hehe~

Arini aku nak cite pasal nasi arab..
Aritu parent aku dtg sbb cousin aku nikah jumaat mlm..
So on Saturday tu, bwk parent aku g mkn nasi arab..
Name restoran tu Restoran Saba kat Cyberjaya..
Ni hubby aku la yg beriya2 ajak sebab sedap katanyer...

Hubby ada call nak wat reservation, but then org tu kata tak payah sebab tak ramai org aritu..
Sekali gi tgk punyr laa rmai org, hampeh tul..
Kene laa dok kat luar, nasib baik mlm tu angin sepoi2 bahasa..

So kitorg pun start la mengorder..
Hubby aku yg mmg hantu kambing ni order Lamb Hanith, nasi ngan daging kambing yg dikukus..

Mak aku order Ayam Mandi..Nasi beriyani & 1/2 ekor ayam.. byk gile, mmg tak abis..


Aku lak order Mix Barbeque..
Ade french fries, kebab ayam, daging & kambing, serves dgn roti prata..
Aku punye plg mahal, RM30, muahahaha~!
Tapi aku share2 ngn org lain laa~
Sorry la, gambo tak berape nak molek sbb x sabo2 nak mkn, lupe nak snap gambo dulu, hehehe~

Ni lak bapak aku order (plg kurang sedap antara sume)..
Aku tak tau la pulak ape name dish ni..
Tp yg mcm korg tgk, die ade french fries, ayam, mayonis and sos..
Dihidang bersama 2 keping roti prata..
Aku rase die ala2 stail kebab, tp korg kene balut sendiri, hehehe~

Rating:
Food:
Pada aku nasi beriyani die mmg terbaek...
Kitorg siap tapau extra nasi sbb nak cover lauk2 yg tak terhabis makan..

Price:
Price pun ok.. tak mahal sgt.. Ayam Manis tu kalo yg quarter baru RM15 (kalo tak silap la..)

Location:
Tempat tu lebih kurang cam korang makan kat kedai mamak, haa, gitu laa suasana nyer..
Tp kalo dpt makan kat dlm, ada aircond.. Toilet pun ok, bersih (time yg aku pegi laa..tak tau laa time lain cane).. Siap ade surau lagi..

My Rating:
So overal rating, out or 10 aku leh bg 7.. leh include dlm senarai restoran yg kalo nak bwk org mkn2..

Owh, upload 1 lg gambo beverages for the last...

Buat sape2 yang terase nak try nasi arab ni, ni address die:


SABA' RESTAURANT
4800 SUITE, 0-2 GROUND FLOOR
BLOCK A1, JALAN PERDANA
CBD PERDANA CYBERJAYA
TEL: 03-83202544

Happy food hunting!


August 24, 2011

Raya Oh Raya.. Duit Oh Duit.. Sob Sob.. Part 2

Alhamdulillah, gaji da masuk..
Boss release gaji aku awal sket sebab nak raya..
Bln ni x sempat nak submit claim pun,
nasib baik claim bln lepas ada..
(patut laa bln lepas aku sengkek gile, rupenye xde claim bln lepas, huhu~)

Dpt gaji mcm biase byr sume2 yg perlu di settlekan dulu..
Terbatuk2 aku tgk balance gaji after byr sume2..

Duit umah pun lawyer janji 23hb boleh dpt, haremm x dpt gak...
Pas raye lak janji nyer..
Pas raye tu x tau la bile pulak kan?
Aku rase nak cam nak @$#$!@$..
Nasib baik laa pose, sabo..sabo..

Nampak gayanyer thn ni raye biase2 je la..
Baru ingat nak beli jeans baru,huhu~
Takpe lah, bersyukur sbb at least ade gak sepsg baju raya da siap..
Yg penting keperluan anak sume da complete..


Company aku xde bonus sbb bonus hanya dpt masa CNY..
Tapi this year, boss bagi hamper..
Tadaa....

August 22, 2011

Raya Oh Raya.. Duit Oh Duit.. Sob Sob..

Kejap je puasa, da nak raye lagi seminggu..
Aku masih belum shopping raya lagi, huhu [sedih]
Bulan ni tight sikit, so terpaksa la tunggu next month nyer gaji..
Itu pun tak sure bile leh dpt,
Hopefully boss release gaji aku awal sikit..

Tunggu duit rumah pun tak dapat2 lagi..
Setahun tunggu smpai sekarang belum settle,
Adoyaii..
Ari Jumaat aritu disbbkan tahap kesabaran dah tu the max, 
abis secretary lawyer tu kene sembur ngan aku..
Siannn die.. tp nak wat cane, kene la mengadap..
Kalo diorg wat keje ngn effisyen, mesti x kene sembur kan?

Gaji > RM3k pn cukup2 makan..
Cane la yg gaji kurang dari tu?
Haish.. Insaf2..

Hm, ok la korg..
Tatau nak tulis ape dah..
Mood down sbb belum abis shopping, huhu~


August 15, 2011

Huggies Give Away!

Semalam bawak my parent g Mydin..
Sekali pampers Damia bocor..
Tension tul aku..
Ni dah kali yg keberapa tah..
Nak kate pampers dah kecik, mcm x logik ar sbb Damia 7kg pn takde kot..
Size M drypers 6-12 kg..
Try gak suh hubby beli yg L nak try..
Bapak beso Damia pakai..
We all ade gak try Huggies..
Sungguh x sesuai dgn bontot Damia..
Abis merah2 + melecet..
So kitorg tukar balik pakai drypers..

Tension tul aku nieh..
Nk try Mami Poko cam mahal sgt la pulak, huhu~
So aku telah membeli DRYPANTZ..
Maybe Damia lasak sgt time pakai pampers smpai pampers salah parking..
We'll try and see lah..

But aku still ada separuh pampers Huggies yg nak di'waste'kan..
So sempena bulan baik ni, aku ingt nk sedekah kn kat reader2 blog aku ni (kalo ade lar, haha)

Tapi kene jawap teka teki dulu (saje nak bg fun sket, haha~)

Teka-teki ni diberi oleh Rasulullah s.a.w kepada para sahabatnya.
Baginda bersabda yang bermaksud:
Daripada pelbagai jenis pokok, ada pokok daunnya tidak pernah gugur and sifatnya seperti orang Muslim,
apakah pokok tersebut?"

Sempena bulan Ramadan ni, teka-teki pun kene lah ala2 Islamic siit kan, hehe~

So sape2 yg anak die pakai Huggies (biru) size M & nak free leh la jawap teka-teki ni eh..
First come first serves, hehehe~

TQ! ;)

August 06, 2011

Argghh!!! Tak Sahur!!!


Pagi tadi kul 3 camtu pampers Damia bocor..

So aku pun bgn tukar pampers & bagi minum susu..

Pas minum susu pun dia cam tak nak tido so aku amek letak atas dada, baru dia tido...

Then bile terjaga lik ingt dah kul 5.15am, coz ingat nak bgn kul 4, masak...

Lagi terkejut bile tgk dah kul 6.15 rupenyer, huhuhu~...

Alarm tak dgr coz HP charged kt bilik sebelah..

So hari ni aku & hubby berpose Tampa bersahurlah..adoyaiii..

Location : 2-20 Jalan Permai 1/15, Taman Puchong Permai, 47100 Puchong, Selangor,
Posted via Blogaway

August 04, 2011

Happy Birthday @ Ramadhan

This year my birthday falls in Ramadhan month
My 29th birthday..
(I'm turning into an old women already, huhu~)

Thank you to all family and friends who had wish me..
Thru sms and facebook..

Most thankful to my beloved Hubby..
For the surprise that he gave me..

It's a small nice celebration between us..
With secret recipe new york cheese cake..
(my favourite cake of course)
Siap ada 'Happy Birthday' tag & candle lg, keless..
(Amek dari our baby nyer birthday last time, huahuahua)

At first i was so angry because he wakes me up from my sleep..
But then bile nampak cake dgn candle bagai, then with my hubby sing happy birthday song,
i'm a bit lost before i'm getting into the whole situation..
Mane tak blur, baru bgn tido, oke..

Patut la tetibe je die nak g solat terawih kt subang,
Aku cam confus, jauh giler...
Rupenye nak beli secret recipe kat area Taipan
Adoi, bersungguh2..
My Hubby bab wat surprise mmg kelesss...

What ever it is, thank you dear..
Really1000x appreciate what you have done
Added 100000000x love..
Muahhh.. 

Nyum nyum sedapnyer cake..