Daisypath Anniversary tickers Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
♥ A humble servant of Allah SWT ♥ Devoting to be a good Muslims ♥ Blessed with a wonderful husband & daughter ♥

May 29, 2012

On.Accident.to.Baby Sitter Yang Hampeh.




Jumaat lepas I accident motor dengan Mr.Hubby dekat LDP..
Ni semua sebab ada 'indian auntie' berenti tengah-tengah jalan..
Dah la time tu turun bukit..
Sepatutnya boleh elak, tapi tiba-tiba pulak auntie tu sengetkan motor dia menyebabkan kitorang berlanggar handle..
Apa lagi, dua-dua jatuh tergolek dok dekat jalan..
Dah nak jadi..

I'm okay, just some cut and bruises dekat tangan & kaki..

Mr. Hubby still dekat hospital..
Tangan terseget dekat jalan, so luka teruk 
Kena undergo minor operation to attach the peeled skin back..
Hari Rabu (esok) Insya Allah boleh keluar..

Alhamdulillah hari accident tu kitorang pakai berlapis sebab hujan renyai-renyai..
That's why takde luka teruk sangat..
Kalau tengok baju hujan kitorang dah macam kain perca!
Other than that, nothing serious..
Maybe kitorang ni banyak sangat dosa, so Allah bagi peringatan manja-manja untuk hamba-hamba Nya ya lalai..huhuhuhu~


OK, enough story of the accident..
Actually hari ni I sangat geram dengan baby sitter I..
Geram yang sampai tahap I menangis-nangis cerita dekat Mr.Hubby..


My baby sitter ni dari last week lagi I dah stress dah dengan dia..
Dia mintak extra sebab dia kene jaga anak I seminggu dari tarikh I start hantar anak I..
I tak kisah dia mintak extra, tapi dia tak ingat ke yang I tak hantar anak I seminggu, takde pun I potong gaji dia..
I tetap bayar fix amount, tak pernah kurang..
OK - that part I still ok lagi, sebab pada I takpe la, bayar je la berapa yang dia mintak..
Kalau itu memang bahagian dia, I tak bayar, nanti I lak dosa..
Kalau bukan bahagian dia, itu antara dia & Allah...


Tapi hari ni adalah sangat geram..
I tengah meeting, dia call sampai 2 kali..
Then I call dia balik, dia tanya "Tak hantar anak ke?"
I cakap, 
"Sekarang ni mama jaga anak saya. Sorry la kak lambat sikit bayar gaji akak bln ni. Saya rushing sangat dua tiga hari ni ulang alik hospital"
Boleh dia jawap,
"Aii, nak pergi hospital takkan tak boleh singgah hantar duit. Bukannya jauh pun"
Sentap I tau!
Dia ingat I nak lari tak nak bayar duit dia ke?
Selama ni pun I dapat-dapat gaji je terus bayar duit dia kot..
Hangin!!!!
Nasib laa ni last I kena deal dengan dia..
Mengenangkan jasa dia selama ni jaga anak I, tahan sabar je la...


Sekarang tengah stress nak cari orang nak jaga lil DD..
Ya Allah, permudahkan lah urusan ku..
:'(


May 11, 2012

Vulnerable Lil DD




Blog semakin jarang di update..
Masa semakin busy.
Then lil DD pulak lately ni asyik sakit je..


Last 2 weeks, kena Rota Virus..
Babysitter call kata lil DD muntah-muntah & cirit-birit..
I terus amek half day leave balik rumah..
Kat rumah babysitter, tengok lil DD dah lembik..
Kesian hunny bunny ummi..


I dengan Mr.Hubby terus bawak pergi KPMC Puchong..
Bila jumpa doc, doc suruh minum ubat..
Lil DD minum ubat & minum air sikit, then muntah balik banyak gila..
Then doc terpaksa masuk ubat kat montot..
Kesian hunny bunny ummi..


Then doc tengok lil DD nangis tapi tak keluar air mata.. 
Doc cakap, "It's a bad sign"
Takut dehydrated..
Huhu~


Since I baru tukar kerja, I tak dapat entitled medical untuk child..
Nasib baik sign up insurans prudential..
But kat KPMC tu tak accept prudential, so we brought her to Columbia hospital untuk admitted..


So parents.. Kalau company korang tak cover medical untuk child, adalah sangat disarankan untuk sign up insurans untuk anak korang..
Kalau boleh as early as possible, lahir-lahir terus sign up..
Macam lil DD kitorang sign up a bit late, lil DD ada history kena hospitalized untuk eczema, so insurans tak cover if diagnosed eczema..
Spend la duit sikit monthly dalam RM150 ke..
Kalau tak guna boleh buat saving.. so tak rugi pun..
& satu lagi, penting untuk mencari agent yang bertanggung jawab oke.. macam agent I..
She's help me a lot!


So berbalik pada cerita lil DD, kena admitted dekat Columbia hospital for 3 days..
For costing ingatkan mahal sangat la Columbia ni, tengok total bill tak sampai RM2k..
I just byr extra RM400 untuk bilik sebab prudential just cover RM100 per night..


lil DD & Mr.hubby..



Lil DD tengah khusyuk tengok TV


Macam mana boleh kena Rota virus?
Biasanya rota virus ni disebabkan jangkitan @ daripada makanan/minuman yang tak bersih..
I pun tak sure.. but yang penting, if anak korang muntah-muntah or cirit-birit, terus la bawak jumpa doctor..
jangan la nak sapu minyak angin ke apa..
Rota virus ni to the extend can caused death oke!
So be alert & don't take for granted..


Okay, abis cerita pasal rota virus, last Tuesday lil DD demam pulak..
High fever.. check temperature reach 40.5!
Tak pergi kerja lagi ummi..
But this time ummi kena independant sebab abah kena pergi kerja..


So I bawak lil DD pergi KPMC lagi..
Doc bagi lagi ubat masuk montot..
Doc bagi anti biotic & bagi balik rumah..
Doc kata it's important to reduce the temperature, if not possibility of seizures..
Doc suruh monitor closely for any sign for seizure..
Kalau ada, cepat-cepat datang balik KPMC..


Balik rumah, cool fever, air asam jawa, even ais batu pun I letak kat kepala & badan lil DD
Mengamuk-ngamuk lil DD (dia memang tak suka air sejuk)
Alhamdulillah, by noon temperature dia dah turun to 37.5


Satu yang aku kagum dengan lil DD ni, even dia sakit macam mana pun, 
kalau dengar lagu mesti terhenjut-henjut..
Haishh, budak-budak zaman sekarang..


Tu lah dia bila dah ada anak ni, banyak annual leave dihabiskan untuk anak..
Hari tu dah AL 3 hari, pastu AL lagi..
Nasib la cuti banyak, hehe..


*********