Daisypath Anniversary tickers Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
♥ A humble servant of Allah SWT ♥ Devoting to be a good Muslims ♥ Blessed with a wonderful husband & daughter ♥

November 24, 2011

Children See. Childen Do.

Bismillah & Assalamualaikum..

Last 2 days masa tgh naik lift dkt rumah, ada 1 family ni masuk dalam lift sekali dgn kitorg..
Ada ayah, mama & 2 wonderful child..
The eldest is a son, while the youngest is a daughter around 3 y.o..
Then this girl nak open & eat the french fries but the dad tak bagi..
This girl selamba je cakap kat dad dia, "Ayah Bab*..ayah bab*.."
Berulang-ulang kali..
I think the dad tu macam malu la kot dgn kitorang, so dia boleh just cakap,
"Ayah cili kang mulut tu"
The mom mcm selamba, sibuk dengan handphone dia..

I was like, "Erk.."

I don't want to jumpe into conclusion sebab i tak penah tengok the parent mencarut ke hapa..
But this little fella use the word to protest her dad's decision of not letting her eat the french fries! 

So there must be from somewhere la the little girl know about the word..
It can be from her brother, kids that she know, only God knows..

But apa yang i nak stresskan di sini ialah betapa anak-anak kita terdedah dengan isu-isu negative ni..
Kids is like sponge, copy cat, parrots..
Following and absorbing anything that they saw or heard..

I myself pun selalu jugak keluarkan perkataan-perkataan negatif ni bila marah..
But when you have a kids, you should always be aware of your behaviour..
Like my hubby, pun selalu jugak terkeluar those 'words'..
Memang sah-sah la kene cubit dengan i oke..
Bila dah dengar sendiri macam mana budak perempuan tu cakap kat ayah dia,
baru la nak rase *gulp* kan?

So parents..
We may not able to change other people lifestyles, but we can change ours..
Let us build a family with positive environment..
Our future society behaviour starts from us..
Small changes do comes with BIG impact..




 I ended my entry with a short clips worth for our thinking..



November 23, 2011

Rezeki Yang Datang Mencurah

Bismillah & Assalamualaikum..

Dah 2 hari notebook aku rosak.. 
Hubby tengah tolong check..(nasib baik mr.hubby terror bab-bab hardware nih)
Rase macam hilang purse pulak..
Sumer bende dalam tu especially hal-hal kerja laa..
Aku pun datang office dah tak tau nak buat apa dah..
Nasib baik memang tak banyak sangat dah kerja..
Just tinggal a bit of project yang nak kena settlekan & hand-over documentation..

Alhamdulillah, bila nak berenti kerja ni, offer demi offer datang..
Rezeki anak..

Memang akan rambang mata laa sebab offer yang menarik tertarik kau memang kebom..
But to me, my child is my top priority..
No more extra office hour.. no more bring work back home.. no more stress in job!
So, macam mana bagus pun offer yang diri, aku tetap akan tanya workload & environment kerja..
& of course benefits to my family!

I haven't done my solat istikharah yet..
Insya allah will do it tonight.. 
As only He knows what's the best for us

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:
Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.




November 18, 2011

My Home Made Cook Lunch..

Bismillah & Assalamualaikum..

My lunch today is a home made cooking..
Aku masak before pergi kerja..

Sebabnya:

Boring asyik makan kat Hassan tu, nak pergi Ubi Kayu kat seberang tu jauh sangat, macam malas la pulak. Lagi pun cuaca sekarang time tengah hari sungguh panas.

Nak menghabiskan segala apa yang ada dalam peti ais. Kalau tak, busuk, sayang pulak.

Save budget. Hari-hari kalo aku lunch paling kurang mesti 7-8 ringgit. Memang boleh ambik lauk yang murah-murah, but lauk yang murah-murah adalah tidak healthy which is berminyak & berlemak. At least bila aku masak ni, hubby pun boleh makan, which double up our saving cost! 

So bahan-bahan sume aku dah siap potong before aku masuk tido malam semalam
So pagi ni just bangun & start masak


Masak simple-simple je.Start kul 7.30am masak, pukul 8am lebih dah siap semua.
Termasuk makanan si kecik DD.

Menu DD hari ni ialah Pasta Mushroom Carbonara. (Sorry, lupa nak amik gamba, tak sempat pun..)
Senang je nak buat,
Capsicum potong dadu
Pastu boil sekali dengan pasta sampai pasta tu lembut
Then buang air rebusan, biar tinggal sikit je
Then masukkan mushroom carbonara (ala, yang campbell dalam tin tu)
Bagi mendidih sikit, angkat.
Simple kan? 15 minit je masak, hehe~

Menu untuk parent dia pulak is 
Nasi putih, daging black pepper & sayur kailan ikan bilis.
2 very simple dish.
Daging black pepper:
Potong kentang  panjang-panjang & goreng, then put aside..
Bawang merah & bawang putih di mayang & ditumis sampai naik bau..
Masukkan black pepper & oyster sauce, garam & gula secukup rasa
Masukkan air segelas.
Msukkan daging (daging ni kalo nak lembut rebus dulu lama sikit which aku dah buat a night before)
Biar daging tu smpai la air tu agak-agak nak kering (kacau sikit-sikit)
Then masukkan kentang yg digoreng.
Siap!

Sayur Kailan Ikan bilis lagi senang..
Bawang putih, bawang merah, ikan bilis tumbuk je sume sekali smpai lumat
Then tumis (aku guna sunflower oil, kurang cholestrol :D) sampai naik bau
Masukkan air (ikut suka korang kalau nak berkuah masuk la banyak air)
Masukkan batang sayur dulu
Agak-agak half cooked then masukkan daun pulak..
Jgn lama-lama sangat, nanti layu pulak sayur kailan korang tu.. Dah abis vitamin..

3 dish in less than 1 hour, siap! hehe~




November 16, 2011

My Dream Board...


Truly a picture worth a thousand meaning..
A dream board derives from my list of 50 Most Important Dreams That I Want to Achieve

November 15, 2011

Recipe Sihat: Yong Taufu Vegetable Soup

Bismillah & Assalamualaikum..

Quick entry for today..
Nak update a very healthy recipe for those yang tengah berdiet oke..

Recipe ni aku belasah je masak, sedap gak & yg penting mengenyangkan..

Recipe: 
Sayur Ala-ala Yong Tau Fu Soup

Bahan-bahan:
  • Olive oil (1 sudu)
  • Bawang putih 2 ulas
  • Halia (lebih kurang macam bawang putih)
  • Tauhu telur
  • Fuchuk kering
  • Sayur (nanti akan diupdate nama sayur ini sebab aku lupe nak amek nama dia, tapi boleh tengok gamba bawah kalau nak tau rupa dia)
  • Oyster sos (1 sudu kecil)
  • Garam
Cara masak:
  1. Halia & bawang putih ditumbuk halus
  2. Panaskan olive oil, masukkan halia & bawang putih yang ditumbuk. Tumis sampai naik bau.
  3. Masukkan air setengah periuk - (ikut suka u ols la, kalo nak kuah banyak, letak la air banyak)
  4. Biarkan air mendidih, masukkan oyster sos dan garam.
  5. Then masukkan tauhu telur & sayur.
  6. Last sekali baru masukkan fuchuk kering.
Masa penyediaan: 15 min
Masa masak: 15 min
Total: 30 minit je!

Ini ler hasil nya

















SELAMAT MENCUBA!



November 12, 2011

50 Most Important Things that I want in My Life

Bismillah & Assalamualaikum

Pagi semalam tak macam pagi-pagi Sabtu yang biasa
Pagi-pagi lagi kitorang dah gerak pergi Taman Melawati untuk attend Focus Group Training
The half day training best gila..
Banyak group activity, teringat pulak masa time-time study dulu, huhu~
Well, most of the attandance pun student, so we are among the veteran there, haha..
Takde masalah bagi aku untuk joing this kind of activity as aku memang suka group-group activity cam gini dari dulu lagi.
A lot of things that we learn, most of it focusing on increasing self motivation..

Untuk aku, banyak jugak la ketinggalan sebab DD quite moody semalam..
Asyik mengamuk je..
Maybe sebab dia tak berapa sihat..
Sian sweet heart Ummi..

Ok, that's for the berjela-jela introduction.
Go back to the main focus of this entry, I'm sure kita sume ada impian yang nak kita achieve, right?
Kalo korang tak ada dreams, mean your live is CLUELESS, AIMLESS
Macam bawak kete tapi tak tau nak pegi mana..
& this is dangerous..
At least, as for my Muslim friends, main target kita mesti lah di AKHIRAT nanti..

Everything that we want to achieve in our live will bring us to the next level of our live..
Well, takkan korang nak duduk same level sampai umur 60s nanti, kan?

During the training, we were need to list out 50 most important things to achieve in our live..
Hmm, macam banyak gile kan?
Well, yesterday i didn't have time to list it out since DD's not in a good mood..
So, here is the lists, jeng jeng jeng!!

1.   Kurus
2.   Settle semua debt especially PTPTN !!
3.   Taknak ada worries about money at all!
4.   Upgrade rumah sekarang - dapur, living room (nak pasang cabinet IKEA, toilet, etc)
5.   Tukar sofa leather (sbb anak eczema, kalo sofa kain cpt perangkap habuk)
6.   Tukar washing machine - front load (current washing machine nak bagi je kat adik terunaku itu, heh~)
7.   Beli dryer so that aku tak yah susah-susah sidai baju, hehe~
8.   Completekan peralatan rumah
9.   Disebabkan shopping adalah my hobby, shopping tanpa tengok tag, bestnyerr..
10. Boleh bagi parent at least RM1k sebulan
11. Boleh tolong sponsor family members on any kind of event
12. Beli Alphard so that bila travel bole angkut 1 family in one car, best! 
13. Beli satu kondo di area KL untuk investment
14. Beli 1 rumah atas tanah - ala-ala modern english style
15. Berhenti kerja
16. More time dengan family
17. Enroll DD dalam the best pre-school in town
18. Enroll  DD dalam Genius Aulad
19. Enroll DD dalam Fencing class
20. Enroll DD dalam swimming class
21. Enroll myself, hubby & DD dalam horse riding class
22. Enroll myself dalam kelas memanah
23. Belajar bahasa German & Jepun
24. Enroll myself & DD dalam piano class
25. Enroll DD dalam third language class
26. Enroll DD dalam chinese school
27. Enroll DD dalam KAFA / PASTI
28. Sponsor the whole family pegi umrah
29. Naik haji before umur 45
30. Tolong saudara mara ku yang tak berkemampuan
31. Tolong mana-mana orang susah kat Malaysia
32. Ikut misi keamanan tolong orang susah luar negara
33. Travel all over the world
34. Jadi health consultant
35. Tolong orang kuruskan badan
36. Tolong orang jadi sihat
37. Hantar anak-anak belajar luar negara
38. Dapat baby baru
39. Fully breastfeed coming baby sampai umur 2 tahun
40. Jadi role model untuk breastfeed mom
41. Jadi model mom muslimah! :D
42. Nak ada satu barang e.g. bag, kasut, jam tangan or baju berharga lebih dari RM5k (hak hak! materialistic giler!!) Beli piano satu
43. Bina masjid
44. Sponsor satu rumah anak yatim yang dhaif
45. Jadi role model yang baik untuk anak
46. Masuk TV untuk cakap pasal kesihatan
47. Dapat anak-anak yang solehah & berjaya
48. Organize satu event parenting
49. Jadi host/speaker untuk parenting macam Wardina
50. Internation speaker for muslim parenting

Fuh! Excited giler listkan sampai tak sedar dah 50 list!! FYI, yang merah-merah tu semua yang sangat-sangat aku nak achieve. 

Apa kata korang pun buat list macam ni? Just suka-suka.. best gak, boleh berangan, hehe~

Ok, my next entry would be Goals to be achieved in 1,3,5,10 years dari 50 dreams yang aku listkan ni.. 


"You see things and say, 'Why?", but I dream things and say, 'Why not? "
  ~ George Bernard Shaw



Jon Schmidt (piano) Steven Sharp Nelson (cello) - Love Story meets Viva La Vida
*Credit to my friend Shahinaz Amiruddin for introducing this song. *_*

Powered by mp3ye.eu

November 11, 2011

My Darlings Sakit Sape Nak Jaga?

Bismillah and Assalamualaikum..
Today both my hubby and my precious baby is not well..
My DD sejak dua ari lepas asyik muntah2, arini lak cerry berry..My hubby lak siang td kata nye muntah2 & pening kepala.. Sian my hubby, dah la sakit, kena ambik wifey pulak.. Nak wat cane, dah kete ngn dia.. Then tonite, demam pulak..
Sian both my darling sakit..
Rase macam nak cuti jaga both my darling ni, tapi cuti I dah abis.
Ari Selasa aritu da cuti pasal baby sitter my DD nak cuti.. Ari Rabu lak EL sbb my DD x sihat.. Actually EL itupun adalah unpaid leave.. Kalau ikutkan ape nak kisah, amek je la cuti, dah nak berenti pun.. Tapi secara ethical nyer, macam x best pulak.. Lagipun banyak benda x settle2 lagi ni..
Haish, ini lah masalah nyer kalo keje office ni.. Kalo keje sendiri kan senang, tak payah susah2 pikir pasal cuti..
Self employment giving big advantage in term of time flexibility, & that is one thing yang sangat aku nak.. Business Herbalife is offering this but before that, you will need to work on it.
Semoga Allah merestui perjalanan ku ini. Semoga ini adalah jalan terbaik untuk diriku menjadi insan yang lebih baik.
P/s: ini adalah effect dari minum tea herbalife.. now is already 1am and i didn't feel sleepy, huhu...luar biasa...

Sent from Samsung Mobile