Daisypath Anniversary tickers Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
♥ A humble servant of Allah SWT ♥ Devoting to be a good Muslims ♥ Blessed with a wonderful husband & daughter ♥

July 25, 2012

Salam Ramadhan..



Salam ramadhan semua..
This is my first entry on this holy Ramadhan month..
Sekejap je dah Ramadhan, kan?
Kang tup tup dah nak raya, huhu~


For today entry nak start dengan cerita my lil DD..
First day I test bawak lil DD pergi terawih kat surau apartment I..
Masya Allah, ramai gila!
Aircond dalam surau pun sampai dah tak terasa dah..
I dah 'bekalkan' her favourite drinks (Herbalife vanilla) & her selimut busuk so that dia tak merengek time I solat..
Lil DD bertahan sampai la solat teraweh rakaat ke-7, dia start merengek..
Probably sebab panas kot..
But yang tak tahannya, time orang solat dia berjalan sampai ke hujung saf..
Then siap ruku' depan orang solat, time orang ruku' dia pergi main kepala orang!
Disaster sungguh..
I terpaksa mintak mahap dengan akak sebelah tu sebab lil DD siap baring terlentang time akak tu nak sujud! Howaaa!!
Itu je la I bawak lil DD pergi teraweh..
Mama kata kecik sangat lagi.. kacau jemaah, tak baik..
Tunggu besar sikit, I beli mini telekung untuk lil DD, ajak dia solat jemaah sama, hmm, macam kiut je kan??
(perasan)


Ok, that it about lil DD..
Now nak share pasal kuliah zohor yang I pergi semalam..
Penceramah dia Ustaz Zul Ramli, selalu keluar dekat rancangan Tanyalah Ustaz & radio IKIM..
Ustaz ni memang kelakar gila la..
First masa masuk I lemau je sebab tengah hari, mengantuk..
Habis je ceramah, segar bugar mata ni, hehe~ Alhamdulillah...
Sessi ceramat ni organize by my company..
Ada 5 sessi semuanya..
Semua pasal solat..
So yang semalam more towards introduction la..
So I just nak share some of the things yang perhaps useful untuk kita, Insya Allah..


Seorang ibu/ayah masih berdosa sekiranya menyuruh anak mereka solat tetapi tidak memastikan wudu', solat & bacaan dalam solat itu dibuat dengan betul


Jangan naik tannga yang tidak ada sandaran, kelak, bila terjatuh lagi teruk dari orang yang tidak pernah menaiki tangga..
Jika ingin mengejar kejayaan/kekayaan, kejarlah tetapi pastikan kejayaan itu ada sandaran i.e bersandarkan ajaran Islam


Untuk memastikan hati kita baik, letak tangan pada dada & baca:
"Allahumma Solli Wassallim 'Ala Qalbi Saiyidina Muhammad"
Pegang ubun-ubun anak & baca selawat di atas, sangat bagus untuk mendidik jiwa

Islam ni seperti pokok tamar.
Korang tahu tak pokok tamar boleh hidup sehingga 1000 tahun?
Lama gila!



Ignore drawing yang tahapahapa tu, ambik message nya sahaja oke.. hehe~



Hari tu nampak ada sorang auntie foreigner ni baca Quran dalam tren..
Membangkitkan semangat I nak buat perkara yang sama..
Selalunya dalam tren I ber'fb' or twitter.. tak pun tidur!
Alhamdulillah, pagi tadi naik tren dapat baca sikit..
Mana la tau boleh khatam Quran bulan puasa ni, ngeh3x..



Sempena bulan puasa tahun ni, I harap ia akan jadi bulan puasa yang terbaik untuk I..
Kalau haji ada istilah haji mabrur, kalau nak sebut puasa mabrur boleh ke ha??


Jom kita sama-sama memperbanyakkan amalan & hopefully Allah will granted His blessed to us in this fasting month!


Tabarakallah everybody!

July 16, 2012

Tipah Tertipu ~ Roset ~ AMD Italy ~ Star Live Living Trading




Hari ni share pasal I yang nyaris-nyaris nak kena tipu dengan syarikat gores & menang..
Peristiwa hampeh ni berlaku 2 minggu yang lepas di Giant, Puchong..


Masa tu pergi Giant sebab nak borong susu Lil DD..
(Isomil 1-10 tahun RM55 - biasa beli RM60++)
Then lepas bayar tu Mr. Hubby pun call laa member dia nak mewar-warkan harga susu yang murah itu..
Masa tu la I kena..


Ada sorang mamat cina ni datang kat I offer cawan free, tak yah sign up apa-apa pun..
I pun buta-buta ikut la mamat ni..
(Sebab kan nak cawan free tu la I terkena tau, huhu~)
Mamat ni start la bagitau company diorang baru bukak, ada jual electrical item..
Lepas tu dia bagitau la ada induction cooker which cost RM3k+ and then microwave yang anti panas RM3k+ jugak..
(Macam menarik je masa dia terangkan tu)
Then mamat ni bagitau diorang buat promotion..
Kena koyak coupun & akan dapat barang dalam coupon tu..
Barang-barang dalam coupon tu barang-barang biase yang harga dalam RM500-RM1K..


Then bila I koyak, tengok-tengok I dapat induction cooker, water-based vacuum & RM100 discount for every purchase of their product..
Mamat chinese ni punya la pandai berlakon, siap tak percaya i boleh dapat coupun tu..
I pun happy la dapat barang free, kan...
Dia siap telefon management lagi tanya kesahihan coupon tuh..
Yang management diorang pulak konon-konon suruh I baca bar code dekat coupon tu..
I pun baca la & dia kata memang betul dapat, sempena ulang tahun company diorang
(Tadi masa awal-awal kata company baru bukak?? - Ok, masa tu I tak dapat detect lagi..)
Muka promoter masing-masing excited gila..
I pun terdetik gak, takkan la budak-budak promoter ni tak tau kot company dia ada nak buat special coupon sempena ulang tahun.. 
(Kalau ingat balik muka sekor-sekor promoter kat situ, sakit hati ku okeh!)


Then tiba-tiba diorang mintak credit card..
I tanya nak wat apa?
Then diorang kata coupon tu dapat free tapi you kena beli salah satu daripada barang diorang..
I pun bodoh-bodoh bagi la credit card I..
Sekali tak boleh swipe sbb tak cukup kredit..
Boleh pulak tanya kalau i ada cash.. 
hah, mengarut dah ni!
Then diorang cakap diorang boleh pulak nak tolong applykan loan CIMB..
Memang sangat mengarut..
(Masa tu baru perasan muka hubby dah macam jeruk amra..)
Cepat-cepat settlekan & balik..
Masuk kereta kena marah kaw-kaw dengan Mr.Hubby, huhu..
So kawan-kawan, jangan jadi macam I yeh..
(Ke I sorang je yang terlalu lurus untuk mempercayai benda-benda ni???)
Some of the link yang I Google yang terkena macam I:
http://www.complain.com.my/showthread.php/18-STAR-LIFE-LIVING-TRADING-SELLING-ELECTRICAL-items-IN-GIANT-PUCHONG-(KIOSK)-cheat
http://welleywatch.heritage-tech.net/32/new-welley-corporation-scam-proxy-worldwide-freshway-sdn-bhd/
http://bukitmertajam.olx.com.my/itc/comment-about-roset-germany-induction-cooker-id-39224394-c-14

Moral of the story: Jangan terlalu excited nak dapat cawan free.... +__+'