Daisypath Anniversary tickers Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
♥ A humble servant of Allah SWT ♥ Devoting to be a good Muslims ♥ Blessed with a wonderful husband & daughter ♥

January 31, 2012

Lil DD New Hair & Binky Blanket



Entry to start my day..

Lil DD new hair cut..
Cut by Tok Mama.. :D

Tak payah letak gel pun dah tegak, huhu..



Lil DD ada new binky blanket..
Ke mana-mana nak heret blanket tu..
Hari tu dia nampak I basuh blanket tu & dia nak tapi I tak kasi sebab basah lagi..
Mengamuk-ngamuk nak sambai boleh duduk dekat clothes dryer tu sambil pegang bucu blanket tu..
Bila I nak bawak dia tido, 2 jam lebih tak tidur-tidur even nampak sangat mata dah mengantuk..
At last I give up.
I amek blanket tu, iron bagi kering sikit & bagi dia..
5 minit je, terus tido  (-_-')...
Dah tido I ambik balik sidai..
Haish...
Tengah pening pikir mana nak cari blanket yang sama..
Tak silap blanket ni beli before lil DD lahir lagi & masa tu ada sale tapi tak ingat kat mana, huhu~
Yang tau jenama BEBE je..
Sapa-sapa yang ada ternampak similar blanket jual dekat mana-mana please inform yeh..
Macam dah tak tahan tengok kekusaman blanket tu, huhu.. 


January 30, 2012

Accident.. ambik pengajaran!

Bismillah.&.Assalamualaikum...

Journey to work today is challenging..
Penuh dengan debaran, seriau & asyik terkejut beruk..

Semua ni sebab accident last Thursday time balik dari kerja
I think tak perlu kot nak describe panjang-panjang how's the accident happen
Benda dah jadi..
Bukan kesalahan siapa yang perlu difocuskan,
Tapi pengajaran di atas apa yang terjadi..
Allah allowing that to happen to us and we should accept it..

A few lesson yang I dapat dari accident ni..

First lesson: The risk
Naik motor memang sangat risky..
Especially bila accident & kita adalah penumpang..
In my case, masa accident tu I memang jatuh tergolek dok atas jalan..
I pejam mata, tak nak tengok apa yang bakal terjadi..
Alhamdulillah, Allah lindungi, just jatuh with several bruises and cuts on my left body..
Memange kena extra careful kalau naik motor ni..



Second lesson: Put ourselves in other people situation

Naik motor, whether kita salah or not, kita lah yang paling teruk impact sekali..
Kalau kita tak pernah naik motor, kita tau pasal benda ni, but we usually tak ambik port sangat
"Alah, ko naik motor, pandai-pandai la bawak elok-elok.."
Dulu masa I bawak kereta, I selalu mengutuk orang bawak motor..
Especially bila I nak tukar lane & ada motor yang bawak laju & hon-hon dekat I
Tapi, bila I dah naik motor ni, selalu ngutuk orang yang naik kereta yang suka-suka hati stay kat tengah bila nak tukar lane..
Orang naik motor ni lagi takut & seriau oke!
Hmm, teruk betul I ni kan, dah merasa naik motor baru nak faham benda-benda tu semua..

Third lesson: Sabar!
Bila semua orang tak sabar, semua nak cepat, semua tak nak beralah,
Time tu la possibility untuk accident tinggi
Kalau semua orang bersabar, mungkin issue jammed pun kita boleh solves..
Heran la, kita ni especially Muslim, ungkapan, "Sabar sebahagian dari iman.." tu dah terlalu synonym
Tapi ramai jugak yang tak sabar.. 
Mama cakap kalau dekat US, the drivers are all very patient & ikut law..
Even naik bas pun beratur elok..
Then dekat Indonesia, diorang jammed jugak, bising dengan horn, tapi jarang accident..
Diorang menggunakan hon untuk communicate, & diorang selalu bagi can dekat orang lain untuk 'passed away' (bak kata apek)..
Tapi Malaysian? Lagi nampak orang bagi signal nak masuk lane, lagi dia laju..
Haish, susah mentality orang yang macam ni..


Forth lesson: Attire naik motor
Masa I accident I pakai baju kurung, sangat susah nak handle even myself!
So today, I pakai tights kat dalam kain..
Thinking of nak cari knee & elbow protector, kalau boleh whole body protector suit termasuk muka, ade tak?
Hehe, poyos giler..
But seriously, to be safe ok. Sakit tau bila jatuh..huhu..



Fifth lesson: We are too fragile!
Bila dah accident & hurt myself, I terfikir, betapa rapuhnya hidup kita ni..
Semuanya Allah yang tentukan..
Bila-bila kita boleh ditimpa musibah
Mati pun entah bila..
I paling risaukan my lil DD
If anything happens to me or mr. hubby, sapa nak jaga my lil DD?
Sedih sangat bila fikir
But then I leave it all to Allah
As He known best..
Some how tak payah la kita rasa diri kita hebat sangat..
Sebab di mata Allah, kita ni umpama semut, bila-bila Allah boleh pinch kita..

Sixth lesson: Gratitude!
Despite of the unpleasant experience that I have, I am sooo thankful to Allah
Allah has protect me from the worse scenario..
Just a minor cuts and bruises..
Alhamdulillah sangat-sangat..
Mungkin Allah nak hapuskan my dosa-dosa kecil..
Few days before the accident I jatuh tangga, lebam kaki ku..
Banyak betul dosa-dosa I ni..huhu :'(

Fifth lesson: Tawakkal!
So here I am today riding motorbike dengan my husband
Bukan tak makan saman, seriously, I'm a bit phobia tau naik motor..
Tapi naik motor is the best option.. for now..
Sebabnya kalau naik kereta, jammed..
Kena keluar rumah awal, balik pulak lambat..
Kesian dekat my lil DD..
How much time she can spent with her parent kalau macam tu?
Nanti dia lagi sayang babysitter dari ummi dengan abah dia sebab lagi banyak spend masa dengan babysitter dia tu macam mana?
Owhh, no.. Tak mauu!!
We are looking other option.
Maybe nanti I akan drive to Putrajaya, naik ERL..
A bit expensive la tapi, huhu~ 
GOVERNMENT, PLEASE LA BUILD LRT DEKAT AREA PUCHONG NI..
Dah congested sangat dah Puchong ni, sangat stress.. huhu~

Friends, be safe..
Mama ajar, before keluar rumah, 
Baca Ayat 3 Qul, Ayat Kursi &doa naik kenderaan 
Ending with this dua..
Terjemahan: "Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan izin Allah"

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Jika seseorang keluar dari rumahnya lalu membaca: Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, walaa haula wala quwwata illa billah, maka malaikat akan berkata kepadanya: “kamu telah diberi petunjuk oleh Allah Ta’ala, dicukupkan dalam segala keperluanmu dan dijaga dari semua keburukan”, sehingga syaitan pun tidak boleh mendekatinya, dan syaitan yang lain berkata kepada temannya: Bagaimana mungkin kamu dapat memperdaya seorang yang telah diberi petunjuk, dicukupkan dan dijaga oleh Allah Ta’ala ?” (HR Abu Dawud (no. 5095), at-Tirmidzi (no. 3426) dan Ibnu Hibban (no. 822), dinyatakan shahih oleh imam at-Tirmidzi, Ibnu Hibban dan Syaikh al-Albani.)

Bulatkan hati menyerah diri kepada Allah SWT..
Kerana Allah ialah sebaik-baik pelindung..



January 26, 2012

Lepas Geram pada Ummi & Abah?

Bismillah.&.Assalamualaikum..

Sleepy sangat..
Lil DD tak tidur satu malam semalam..
Menggaru..
Eczema dia pun nampak naik..
Susah hati I..

******************

Semalam dinner dengan Mama & Kak Dina sefamily
I dah promise everyone I nak belanja makan bila dapat gaji
It's my first salary dengan company baru, kan, ehem-ehem..

Diorang gerak dari Ipoh around 4pm something
Then pergi Ikea lak, pukul 10 lebih baru jumpa diorang..

Lil DD seems to be happy bila tengok ummi & abah dia..
But amatlah merap gila.. nak berpegang je..
Most probably takut kena tinggal lagi, huhu~

Mama kata she's doing fine, though agak diam..
Kak Dina cakap,
"Dia tak nangis, tapi nampak dia unhappy.." sob sob :'(
Sian anak ummi..
Rashes pada muka & badan seems to flares up..
Maybe stress kot..
Budak-budak sekarang, kecik lagi dah pandai stress.. dan merajuk..

Mama ada mention, masa I call Mama nak tanya how is she, Mama offer,
"Nak cakap dengan ummi tak?"
Geleng kepala tak nak cakap.. haishh.. (-_-')


Masa nak siap tidur malam tadi, punya lah mengamuk..
& she even scream at me..
Nampak sangat macam nak lepaskan kemarahan..
Marah sebab I nak pakaikan baju cover body, nanti dia dah tak boleh menggaru.
& melepaskan kegeraman yang terpendam sejak kena tinggal..

I buat tak tau je..
Terus pakaikan baju..
Tangan ni dah expert dah nak pegang kat mana supaya dapat jugak I sarungkan baju tu..
Kadang-kadang I jegilkan mata and just said,
 "I'm not happy with your behaviour right now.."
Geram jugak tapi kalau I jerit balik kat dia kang things will be worse..

Mama dah bagi sign suruh lil DD tidur dengan dia..
Oo, no no.. cukup la satu malam berpisah tempat tidur..huhu~
I want my baby to sleep with me..

Itu ler cerita nya..

As a result hari ni tersengguk-sengguk kat office

5.15pm..babai, nak solat..
5.30pm nak cabut..

January 25, 2012

I Miss My Lil DD :'(

Bismillah.&.Assalamualaikum..

Semalam Mr. hubby & I balik KL without our lil DD
Terpaksa tinggalkan lil DD di kampung sebab Mama nak ikut my sis, Kak Dina dtg KL hari ni..

I mintak tolong Mama untuk jagakan lil DD sebab my babysitter, Kak Zira, cuti raya cina seminggu
Since I baru tukar kerja, I tak boleh nak cuti.. 
Lagi pun a week before dah apply cuti sebab Kak Zira ada hal nak kena settle..

Initial plan was to bring over Mama datang KL on Monday with us
Tapi since Kak Dina from JB balik kampung & they want to go back today, so Mama nak follow Kak Dina..
Tak kisah la, yang kisah nya nak tinggalkan lil DD with Mama over a nite!
Actually I risau lebih takut lil DD tak tido, kesian pulak dekat Mama..
(last time Mama jaga lil DD, lepas tu terus Mama demam.. #_#')
Lagi pun ni first time after a year lil DD tidur dengan orang lain selain I..
Last time ialah masa dia 5months sebab time tu eczema dia sangat teruk..
But masa tu dia baby lagi kot..
Sekarang dah besar, dah tau differentiate her parent dengan somebody else..huhu~

But eventually, everything went smoothly..
She's been crying masa Mr.Hubby & I balik, but it just last for a few minutes
Tak sampai sejam kitorang gerak, I call rumah tanya pasal my lil DD
Mama cakap dia tengah main-main..
Betul cakap Mama,
"Tak payah nak risau, belum sempat korang sampai KL, dia dah ok dah.."
Lega... (tapi a bit kecik hati sbab kejap je dia menangis)   (-_-')
Maybe sebab she's been with her cousins.. So main-main, lupa la dengan ummi & abah dia.. 
Tidur pun Mama cakap ok je, tak ada bangun-bangun..
Mama cakap lagi,
"Dengan korang je dia mengada-ngada.." (^,^')

Malam tadi Mr.Hubby & I kusam je..
Maybe penat sama kot..
Walaupun tidur kami tak diganggu, tapi still tak lena tidur ingatkan anak..
Adoyai..
Bukan anak yang kesian, mak bapak yang kesian sebab rindu kat anak..
 Drama gila me & mr.hubby ni kan?
Satu malam je kot.. 

But seriously I memang tak paham la orang yang boleh sengaja meninggalkan anak mereka dengan orang lain berhari-hari..
Yes, most of them is because they have no choice..
But some of them choose wealth over their child..
Macam I, I have no choice but to let someone else take care of my daughter during day time..
Alhamdulillah, Allah help me to find someone nice such as my babysitter, Kak Zira..
But then I try to do whatever I can for my lil DD..
Masakkan makanan, mandikan dia sendiri..
Teach her whenever possible..
And the most important thing, sleep at night..
Because that is the least moment I can spend with her after I left her for a whole day..

Money is important, but LOVE is what our child need..

Seek for money but don't neglected your child..
Mama selalu cakap,
"Apa yang parent buat dekat anak-anak masa kecik, bila anak-anak dah besar, dia akan buat benda yang sama dekat mak bapak dia.."
Contohnya, macam my parent, ke mana diorang pergi pun, mesti nak angkut anak-anak..
As a result, anak-anak bila dah besar, ke mana-mana pun, mesti nak angkut mak bapak.. :D
Macam mana kita nak anak-anak kita layan kita bila kita dah tua nanti, macam tu jugak la kita kena treat anak kita sekarang..

Tak sabar nak jumpa my lil DD, another 2 hours
Til then, bye peeps!






January 20, 2012

Aku, TV Flat Screen, Astro & Anak Excellent

Bismillah.&.Assalamualaikum..

Weekend hari tu keluar pergi follow up my cousin dekat Melawati..
So plannya, lepas follow up nak terus pergi lunch sekali..
Kitorang lunch dekat Jusco (lupe Jusco mana ;p)
After lunch bawak lil DD jalan-jalan *kasi practise sket jalan si kecik tu*

Jalan-jalan sampai la dekat section TV flat screen..
Nak CNY ni, memang tengah sale gila-gila la..
Banyak jugak yang out-of-stock..
Flat screen yang 40 inch tak silap aku RM2k+ je kot..
& yang paling best boleh pakai credit card, zero interest..

Memandangkan we all datang just untuk cuti-cuti (?) mata, we decide untuk balik & fikir dulu..

After a few days, I kept on thinking of the TV..
Sebab murah kot, hehe..
Tapi bila fikir-fikir balik, hmmm..
I tanya my hubby "Kenapa nak beli TV besar-besar tu eh?"
My hubby cakap "Gamba cantik, puas la sikit tengok TV.."
I jawab balik, "Sebab tu je ke?" *termenung*

TV ni macam satu kemestian dalam rumah, sama macam handphone sekarang ni..
Kadang-kadang, even rumah cikai je, TV mesti flat screen, beso lak tu..
Lagi satu ASTRO, rumah setinggan dekat Kg. Baru tu pun ada astro kot..
Betapa besarnya impact TV dengan masyarakat kita nih kan?

I teringat my sis pernah cakap,
"Mostly orang yang anak-anak nya excellent, jarang yang ada TV besar-besar"
Excellent in what?
Not only in academic, but their attitude, their religious belief pun excellent..

Kenapa macam tu pulak?
Yer la, kalau kita tengok TV sekarang, mostly rancangan nya is a western show..
Bila western, mostly show yang me'lara'kan..
Even Malaysia pun dah sarat dengan program-program yang berunsurkan western style ni..
Program-program yang bercerita pasal artist, membuka aib orang..
Kalau drama, asyik cerita pasal orang-orang kaya yang busines berbillion ringgit, tak pun cerita seram yang tunjuk pasal benda-benda syirik..
Semua show ni sebenarnya sangat mempengaruhi kita..

Bila kita terlalu involve in TV, we will tend to be the person inside the TV..
Sebab tu ramai remaja-remaja melayu kita yang dressing macam omputih..
Sebab dalam TV, heroin semua yang cantik-cantik, seksi-seksi, menjadi pujaan orang ramai..
Jadinya, "Tak apa la tak pakai pakai seksi, janji I baik & I solat.." *Oh my* +_+' 
Bila nak kahwin, kalau boleh nak dapat yang kaya raya + hensem + baik + romantik!
Tu semua dalam cerita je dik, realitinya, jarang sangat ada lelaki yang PERFECT macam tu..

I dulu pun masa remaja macam tu jugak..
Cepat sangat terpengaruh dengan TV..
& honestly, memang sampai sekarang I ni kaki TV..
Kalau tengok TV ternganga, shut down world outside..huhu.. +_+'

Despite of all the negativity yang ada pada show TV, it still have a lot of good things..
Ceramah agama, news, discovery channel, education channel..
Semua tu sangat bagus untuk kita tambah ilmu kita yang serba kekurangan ni..

That's why I'm trying to watch more useful show nowadays..
Hari tu set TV nak cari TV Al-Hijrah, last-last habis lari semua setting channel,
& mr hubby pun marah sebab dia kena pergi ke TV & tekan banyak-banyak kali untuk dapatkan channel yang dia nak tengok..
(remote TV kitorang rosak kena ketuk dengan lil DD..)


Even I pun memang akan subscribe for ASTRO..
Sebabnya reception TV kat rumah I sangat terrible.. 
Sampai tak nampak ape kot.. Beli ariel pun tak mampu menjernihkan gambar TV tu..
Dah 2 tahun I dengan my hubby dok fikir-fikir nak subscribe ke tak ASTRO..
Sebabnya kitorang pun bukan selalu ada dekat rumah..
Kalau ada yang boleh suggest camana nak clearkan gambar TV rumah I tu sila tampil ke depan eh.. ;p
& maybe I will also buy a flat screen TV
Tapi tak nak yang besar-besar, biasa-biasa je, janji boleh tengok
rancangan USTAZ DON, hehehe~
My current TV sekarang ingat nak letak dalam bilik guest..
Nanti my parent datang, my dad boleh la tengok news dalam bilik je..


Semuanya terpulang pada kita..
Kalau buku orang pernah cakap, "We are what we read"
So kalau TV boleh kot cakap, "We are what we watch" (pandai-pandai je kan?hehe~)


Untuk lil DD, I wish I can apply a knowledge-eagerness in her..
Tak kisah la through readings or watching TV..
Janji ilmu yang berguna..
"Ya Allah, semoga anakku menjadi seorang yang sukakan ilmu"
Once of my dua after solah for lil DD..
For the sake of preparing an excellent child, I'll need to change first..
Allah, please guide me... 

January 17, 2012

Parental Readings: The Wonder Years By Dr Martin Ward Platt

Bismillah.&.Assalamualaikum..

Entri hari ni adalah untuk book review.
Dekat KL Sentral sekarang sampai 20hb (3 hari je lagi!) ada MPH book fair
Last week, memang adalah hari-hari I pergi melepak situ..
Sangat excited sebab dah lama tak sopping buku..

Bila dah ada anak ni, asyik nak tgk learning book untuk anak je..
Board book la, coloring book laa, macam-macam ada..
Tengah-tengah wondering around the shelves tu, tiba-tiba macam teringat nak cari this one book yang dah lama gila I nak cari..
Buku ni I dah cari dari my anak baby lagi, my sis yang suggestkan..
Cari online pun macam tak jumpa..
Subhanallah, rezeki I, di saat-saat I dah rasa malas nak cari, tiba-tiba boleh ternampak buku ni..
*Bayangkan ada sparkle dekat buku tu.. wink wink..* 
Ya Allah, seronok sangat..
Tengok harga, ialah RM55..*gulp*
Tapi kalau tak beli sekarang, nanti tak ada rezeki jumpa lagi macam mana?
So, I tawakkal je la, takpe, ilmu tak baik kedekut, huhu~
Siap ambik another book untuk ajar anak suka membaca, hehe~
Sanggup ikat perut asalkan dapat beli buku.. :')

Bila pergi dekat kaunter, I pun siap-siap la bawak keluar duit..
Both book total of nearly RM80
Sekali bila kira-kira, tak sampai RM30!
Aku macam.. jaw drop! :O
Gila murah!
Beza RM50 tu..
Alhamdulillah, nasib baik Allah gerakkan hati aku untuk beli..

So memang sangat gumbira la dapat buku ni..

So aku letakkan some screen shot of the book as review..
Malas nak cerita panjang, a picture worth thousand words kan? He he...

Cover

One of the Chapter


Summary on baby development
One of a topic in a chapter

Good to know
Tips





January 16, 2012

Kalau kita kedekut, Allah pun kedekut dengan kita... (^__^)

Bismillah.&.Assalamualaikum..

Syukur alhamdulillah, murah rezeki hari ni..
I pergi lunch a bit late, dalam 1.30 camtu manager datang bagi nasi beringin..

Bulan ni financial tight sikit..
Sebabnya from last company just dapat gaji 1/2 month..
Then, since I masa I masuk company baru dah lepas financial date cycle..
Kena carry ke bulan ni..

Haish, hidup kat KL ni expenses tinggi..
Rumah, kereta, insurance, credit card..
Basic expensas pun dah separuh gaji..
Tu belum masuk expenses untuk anak lagi..
Sekarang ni nasib baik la pergi kerja naik motor dengan Mr. Hubby, then naik tren..
Kalau tak, kena campur dengan minyak kereta lagi..
Tu tak masuk makan lagi tu..

Hari ni 16hb, ada lagi 9 hari nak masuk gaji..
Korang mesti tak percaya kalau aku cakap dalam account bank aku tinggal seratus lebih je.. 

Tapi alhamdulillah, nasib baik lah ada buat part time Herbalife..
At least bila sengkek2 macam ni, ada orang nak beli product, at least dapat la duit untung sikit..
Kalau nak harapkan gaji basic, mungkin sekarang dah terpaksa meminjam dengan orang..

Tapi sebenarnya, percaya tak bila aku cakap, 
kalau kita tengah tak ada duit, try la belanja orang makan  or banyak-banyakkan sedekah..
Insyaallah, Allah akan return balik kat kita rezeki berganda-ganda..
Lagi satu yang sangat penting ialah bagi duit dekat parent..
Ada one time tu, I ada skip bagi duit dekat parent I.. 
Sebab masa tu I tengah short duit, so takut tak dapat survive..
Time tu memang rasa sangat susah, asyik tak ada duit..
Then fikir-fikir balik kenapa lah sempit sangat rezeki I ni..
Baru teringat dah berapa lama I tak bagi duit dekat my parent..
So, I balik kampung & bagi RM30 je kat my mom..
I cakap kat my mom,
"Mama, sorry, Nora tengah tak ada duit. Nora bagi 30 ringgit dulu eh, ma. Nanti ada rezeki, Nora bagi lagi dekat mama"
Sedih sangat rasa time tu..
My mom senyum, amek duit tu and cakap,
"Insyallah, banyak rezeki Allah bagi nanti"
Lepas dari tu, alhamdulillah, duit aku sentiasa cukup untuk diri sendiri & bagi dekat parent aku..
Betapa mustajabnya doa ibu tu kan?
Sejak hari tu macam mana susah pun aku memang tak akan miss la bagi kat parent aku, walaupun RM10..
Bukan nilai duit tu yang penting..
Yang penting keikhlasan kita untuk menghappykan parent kita..
Kadang-kadang bila kita tak ada duit, tapi kita bagi duit dengan jumlah yang sikit, parent kita mesti tau kita tak mampu nak bagi banyak..
Tapi diorang tau yang kita sangat concernkan diorang..
Itu yang membuatkan diorang gembira.. :)

Setiap rezeki yang Allah bagi tu bukan untuk kita je, tapi ada bahagian orang lain jugak..
So, bayangkan kalau kita spend all the money to ourselves,
ala-ala macam kita makan harta orang lain la jugak kan?
Ish..ish, patut la sempit rezeki, kan?


I selalu ingat my uncle pesan,
"The more you give, the more you get.."
Kadang-kadang nilai yang kita dapat tu mungkin bukan dalam wang ringgit, tapi dalam bentuk lain,
misalnya ketenangan, kegembiraan, kesihatan, etc.
Allah lebih tau apa yang kita nak..
So, dia bagi apa yang kita perlukan instead of apa yang kita inginkan.. :)


So, jangan la risau kalau tak ada duit eh..
Duit boleh dicari..
Just berjimat cermat lah..
& buat la apa sahaja untuk cari duit asalkan ianya halal..
Tapi, kalau sengkek akhlak, memang tak dapat tolong la.....
Itu sendiri kena mau ingat...


~v(^o^)v~












January 12, 2012

A STORY OF TAWAKKAL & DEEP FAITH TO ALLAH

Bismillah.&.Assalamualaikum..

Hari ni terasa nak tulis pasal TAWAKAL..
I nak cerita pasal kejadian yang menimpa my parent few years ago..

Masa tu I still doing my Diploma at UiTM Manjung, tak ingat which semester..
I remember masa tu I baru habis final exam for that semester..
That late night, I got a called from my sister that my parent kena robbed..

So the stories goes like this..
My parent baru lepas visit my sister..
Tak ingat, dari JB kot..
Then they stopped dekat R&R Rawang, time tu nearly 12am if I'm not mistaken..
They stopped sebab my dad nak ke toilet, then rest sebab my dad dah mengantuk..
Masa nak masuk kereta, my mom dah terperasan ada orang nak hijack & manage to get away..
Tapi the robber tangkap my dad and threaten my mom, kalau my mom lari, diorang akan kill my dad..
FYI, diorang ada pistol, I mean a real pistol..
(my dad tau real pistol because once the robber acu pistol tu kat leher my dad & he can feels it is a real steel)
MY mom have no choice, then masuk la balik dalam kereta, she site at the passenger site..
There are 3 robbers, 1 dekat depan, 2 dekat belakang..
My dad actually dah duduk dekat driver side, 2 robbers yang dekat belakang tu tarik my dad ke seat belakang..
(When I imagine macam mana diorang tarik my dad ke seat belakang, I was macam "Kesiannya abah aku!!!")
So the 2 robbers mengapit my dad, take out his belt and lilit my dad's hand ke belakang. 
Some more acu pistol lagi..
The 2 robbers suruh robber yang kat depan ni ikat my mom, tapi dia tak ikat pun..
Maybe sebab dia tengok my mom kecik kot, huhu~

So the robbers drive my parent car, dari Rawang sampai ke mane Lembah Beringin..
Kalau korang yang biasa lalu highway UTARA-SELATAN tu, Rawang to Lembah Beringin will took around 45 minutes to reach..

Sepanjang perjalanan tu my mom cerita, masa tu hanya Allah je tau macam mana takutnya dia..
Tapi my mom cakap dia sempat muhasabah diri.. :)
She's been thinking that the robbers is just a normal human being..
And she is CONVINCE that Allah is with her and WILL PROTECT her..

Disebabkan kekuatan ni, kalau korang nak tau, my mom siap bagi khutbah lagi dekat robbers tu..
& yang paling I rasa amazing sekali, my mom boleh baca ayat kursi kuat-kuat & sembur kat robber yg drive tu..
Robber tu siap menggigil..

Bila sampai dekat Lembah Beringin, that time dah nak dekat pukul 1am..
They stopped and change the car's plate number.
My parent, diorang bawak dekat tepi jalan & gari my parent dekat pokok..
That time my dad kena athma attack, my mom jerit dekat robber tu suruh bawak my dad punya inhaler..
My mom siap cakap, 
"Apa-apa jadi dekat laki aku, dunia akhirat aku carik korang!"
Kelam kabut robbers tu carik my dad punya inhaler.. Haha, tau pun takut..
Masa nak tinggalkan my parent tu, the robbers siap cakap,
"Makcik jagan risau, nanti kitorang panggil orang PLUS datang ambik makcik dengan pakcik.."  *__*'
Ala-ala robin hood la pulak, huhu~

Of course la my parent tak tunggu, kan..
Tah ye tah idak diorang nak panggil PLUS..
Alhamdulillah, nasib baik tangan my mom kecik, so boleh loose dari gari..
So they both run tu the nearest toll..
My mom cakap masa lari-lari tu siap jatuh-jatuh sebab gelap..
(Sob sob rasa nak bunuh perompak itu!!)
If I'm not mistaken after 30 minutes baru sampai toll kot..

Both my parent memang trauma..
My dad nampak serabut sangat..
But I can see my mom lebih tenang and focus..
That's why, during the investigation with police, my mom yang bagi all the evidence..
And she can remember it all..

Actually the robbers ada gang..
Diorang memang aim for the luxury car.
My dad time tu bawak Mercedez, so memang kena target la..
Alhamdulillah, kalau tak silap a few months or maybe a year after, 
The whole gang crumpled..
Kalau korang ingat dulu ada Gang Gagak ke ape tah, tak ingat..
Yang ketua dia kena tembak mati tu..
And antara sentence power yang my mom bagi dekat robber tu is,
"Hang tengok la, dengan kuasa Allah, hang semua akan kena tangkap nanti"
Mesti perompak tu teringat kata-kata my mom tu kan? huhu~
& alhamdulillah, my dad punya kereta dapat balik..
Itu ler kereta yang dipakai sampai sekarang..
Tak jual-jual walaupun banyak problem. Banyak sentimental value katanya, haishh..   -_-'

And few months after that, my parent back on their rutine..
Travelling berdua ke sana sini..
My mom said,
"Buat apa nak takut, tawakal tu 'alallah"

Yakinlah bahawa musibah yang Allah turunkan kepada kita, pasti membawa kebaikan yang lebih besar..
Bila kita yakin sangat yang Allah sentiasa bersama kita, nothing in the world can make us fear..
Paling-paling teruk pun kita dekat dunia ni kita akan mati je, huhu~ -_-'
Things that happen after our death tu lagi scary for those yang tidak mengikut syariat Allah..
Nau'zubillah..




January 11, 2012

Allah Had Send Me the Best Person Ever!

Bismillah.&.Assalamualaikum.

Hari ni entri syahdu sikit..
Entri pasal Mr.Hubby..
Asyik-asyik pasal lil DD je kan..

*********

Pernah tak korang tengok hubby korang (of course time diorang tak perasan)
and speak to yourself how lucky you are to have been married to a wonderful husband?

I did.. THOUGH......
Hari-hari gaduh I dengan Mr.Hubby..
Hari-hari I membebel.. asyik tak puas hati je..

Despite of all the chaos, the truth is.....
I RASA SANGAT TAK BEST KALAU MR.HUBBY TAK ADA AROUND..

My hubby and I memang tak pernah berenggang ever since kitorang kahwin..
Eh, ada.. masa I dalam pantang..
That is the most boring time of my entire life!
Dah la everything is limited, Mr.Hubby pulak jauh di mata..
I terpaksa admit yang I have become more and more dependent since I got married..
Lelaki ini telah menspoilkan I, hehehehe~

Bila I kena basuh, sidai, angkat, lipat baju, I rase macam nak marah!
Kenapa I kena buat semua? Tak fair betul!
Sama-sama cari rejeki kan???
So I akan babbling bla bla bla dekat Mr.Hubby & Mr Hubby akan tolong mana-mana yang patut..
But bila dah macam tu, suddenly I  rasa macam tak patut je kan?
Itu kan my duty as a wife, and I should NOT question it!
Bila dah terfikir camtu, tiba-tiba rasa kesian pulak dengan Mr. Hubby..

Mr.hubby pulak bila tengok I bertungkus-lumus buat kerja..
Dia akan bawak lil DD datang dekat I & cakap,
"Tengok ummi dari tadi buat kerja tak berenti demi untuk awak. Kalau awak lawan cakap ummi, abah piap montot awak!"
The words actually sangat meng'cooling'kan perasaan, eventhough I buat-buat tak heran..
(biasa la, ego perempuan.. :P)

I remember my aunt's did mention that
"Usually, a working wife will have a husband who manage to do the house chores.." 

I'm not sure how true it is, but for me, Alhamdulillah, Allah grant me a PERFECT husband FOR ME, who always help with the house chores, who I am able to rely if I am ever get sick - to handle my lil DD..

Mr.Hubby selalu sakat I..
Dia akan cakap,
"Sayang, you sayang I tak?"
I malas tul nak jawap, so normally I jawab,
"Napenye?"
& Mr.Hubby akan terus tanya sampai I admit I sayang dia..
Lepas tu dia akan suruh I cakap I Love You dengan penuh kasih sayang..
I pandang Mr.Hubby slack je..
Malas nak layan....
& muka Mr. Hubby akan monyok..
Usually ayatnya..
"Macam ni la.. dulu before kahwin, every night cakap I Love you.." 

Eventhough I tak speak out the words, didn't mean my love for you is lesser..
But the love is stronger each day..
Because I love you because of Allah, & to seek Allah bless..
I love you so much Sayang..

**********

P/S:
Tak ada apa-apa occasion, tak payah tunggu special occasion pun kalau nak express love dekat Mr.Hubby, kan..
Sorry kalau buat you all loya with all the gediks words, hehehe~

January 09, 2012

Decision Making: Perlu ke Aku Hire Orang Bersihkan Rumah?

Bismillah.&.Assalamualaikum..

Sejak keerja kat tempat baru ni, terasa agak boring
Kerja tak banyak, asyik surf internet je, boring tuh..
Maybe because I dah synonym dengan busy & hectic life dari tempat kerja lama dulu..
So bila datang kerja & nothing to do, rasa macam aimless..
Mula la I start tweet benda tahapahapa..huhu~

Tapi 1 thing la..
Bila tak banyak kerja = which means tak payah banyak kerja balik rumah,
Kepala tak serabut, & alhamdulillah, I dapat menguruskan rumah tangga dengan baik..
Last weekend I berjaya menyetelkan kerja-kerja rumah pada;
Clearkan basuh baju, lipat baju, masak, kemas rumah..
Kalau korang nak tau, baju kitorang 3 bakul tak lipat kot.. selama ni main tarik-tarik dari bakul je..huhu~
Tapi sekarang tidak lagi.. bilik laundry pun dah clear.. Alhamdulillah..

Sekarang terpikir samada nak hire someone datang twice a month untuk bersihkan rumah..
Mr. Hubby tak suka sebenarnya, tapi I suka je SEBAB
kalau tak de orang datang bersihkan, all the cleaning I la kena bersihkan..

U ols rase cane?
Should I hire someone???

January 04, 2012

A SICK New Year

Bismillah.&.Assalamualaikum..

Hari ni dah hari ke-4 kita berada dalam tahun 2012..
Dari penghujung tahun 2011 sampai la ke hari ni, I have not feeling well at all..
Hari Jumaat (30hb) I terpaksa MC sebab demam..
Then after consume ubat yang doc bagi, the whole body starts to feel itchy & timbul merah-merah macam rashes..
Sangat gatal oke..
Then after Mr.Hubby comes back from work, we went back to the clinic..
Doc kata, ialah allergic to ubat, suspected antibiotic..
But she ask me to keep taking the antibiotics as the Flu medicine will help to cover the ichiness..
Memang TAKKAN la..
Dan I memang tak amek antibiotic itu sebab takut gatal balik..
SEKSA oke..
& lagi satu yang 'best',
Since antibiotic tu ambik once a day je, so the effect of the medicine will last for 24 hours!
Sabor jer ler..
So memang malam tu menggaru je la kerja I..
Lil DD menggaru, ummi dia menggaru.. memang TERBAEK!
(Baru faham perasaan my lil DD bila dapat garu tu best gila ah, huhu~)

 Hari Sabtu (31st), my fever dah ok sikit but gatal-gatal tu still ada lagi..
Despite that, afternoon I bawak lil DD jalan-jalan KLCC sebab Mr.Hubby kena pergi office..
So saja nak bagi new experience to lil DD, I bawak naik LRT..
Kitorang anak beranak naik dekat Kelana Jaya..
So for the first 2 & 3 stations still ok lagi, start dekat mana tah, suddenly ramai pulak umat!
Padat gila + PANAS!
Uk oh, lil DD kan tak boleh panas-panas ni..
Menggosok-gosok muka je la kerja nya, huhu~
Sampai KLCC cepat-cepat I keluar tren, dapat angin aircond, fuh, lega...
Sampai-sampai KLCC, bawak lil DD pergi makan dulu..
Lepas makan, bawak jalan-jalan..
Lil DD tak mo jalan, nak berdukung!!!
Penat gilaa! Nasib baik bawak sling, tapi itu pun sakit belakang dah, huhu..
Menyesal tak bawak stroller, huhu~

I dah penat tahap gaban sebab berat bawak beg baby & the baby .. +__+
Cari tempat dudul pun tak ada, semua full house..
Last-last I mintak je permission duduk kat kerusi dalam Petrosains tu sebab lil DD dah mengamuk nak susu..

At about 6pm my cousin datang join me..
Fuh, lega, at least ada jugak orang datang teman..

Mr.Hubby joined us at nearly 9pm..
Since jalan around KLCC sangat padat dengan orang yang nak celebrate new year,
Mr. Hubby pun ajak la stay tengok firecracker..
I kata I tak kisah janji kena masuk kereta sebab kaki I dah sangat sakit..
So Mr. Hubby pun bawak la round-round dalam kereta sambil mencari port yang best nak tengok firecracker..

Tepat pukul 12, berdentum-dentam la firecracker di KLCC..
Lil DD before that bising mulut jerit-jerit terus diam terkedu..
Maybe sebab bunyi yang kuat + cahaya firecracker itself kot..
Sampai habis laa dia dok diam, hehe~

On the way balik rumah aku memang pass out..
Sedar-sedar dah sampai rumah..

Esok, demam balik... +__+'