Bismillah.&.Assalamualaikum..
Syukur alhamdulillah, murah rezeki hari ni..
I pergi lunch a bit late, dalam 1.30 camtu manager datang bagi nasi beringin..
Bulan ni financial tight sikit..
Sebabnya from last company just dapat gaji 1/2 month..
Then, since I masa I masuk company baru dah lepas financial date cycle..
Kena carry ke bulan ni..
Haish, hidup kat KL ni expenses tinggi..
Rumah, kereta, insurance, credit card..
Basic expensas pun dah separuh gaji..
Tu belum masuk expenses untuk anak lagi..
Sekarang ni nasib baik la pergi kerja naik motor dengan Mr. Hubby, then naik tren..
Kalau tak, kena campur dengan minyak kereta lagi..
Tu tak masuk makan lagi tu..
Hari ni 16hb, ada lagi 9 hari nak masuk gaji..
Korang mesti tak percaya kalau aku cakap dalam account bank aku tinggal seratus lebih je..
Tapi alhamdulillah, nasib baik lah ada buat part time Herbalife..
At least bila sengkek2 macam ni, ada orang nak beli product, at least dapat la duit untung sikit..
Kalau nak harapkan gaji basic, mungkin sekarang dah terpaksa meminjam dengan orang..
Tapi sebenarnya, percaya tak bila aku cakap,
kalau kita tengah tak ada duit, try la belanja orang makan or banyak-banyakkan sedekah..
Insyaallah, Allah akan return balik kat kita rezeki berganda-ganda..
Lagi satu yang sangat penting ialah bagi duit dekat parent..
Ada one time tu, I ada skip bagi duit dekat parent I..
Sebab masa tu I tengah short duit, so takut tak dapat survive..
Time tu memang rasa sangat susah, asyik tak ada duit..
Then fikir-fikir balik kenapa lah sempit sangat rezeki I ni..
Baru teringat dah berapa lama I tak bagi duit dekat my parent..
So, I balik kampung & bagi RM30 je kat my mom..
I cakap kat my mom,
"Mama, sorry, Nora tengah tak ada duit. Nora bagi 30 ringgit dulu eh, ma. Nanti ada rezeki, Nora bagi lagi dekat mama"
Sedih sangat rasa time tu..
My mom senyum, amek duit tu and cakap,
"Insyallah, banyak rezeki Allah bagi nanti"
Lepas dari tu, alhamdulillah, duit aku sentiasa cukup untuk diri sendiri & bagi dekat parent aku..
Betapa mustajabnya doa ibu tu kan?
Sejak hari tu macam mana susah pun aku memang tak akan miss la bagi kat parent aku, walaupun RM10..
Bukan nilai duit tu yang penting..
Yang penting keikhlasan kita untuk menghappykan parent kita..
Kadang-kadang bila kita tak ada duit, tapi kita bagi duit dengan jumlah yang sikit, parent kita mesti tau kita tak mampu nak bagi banyak..
Tapi diorang tau yang kita sangat concernkan diorang..
Itu yang membuatkan diorang gembira.. :)
Setiap rezeki yang Allah bagi tu bukan untuk kita je, tapi ada bahagian orang lain jugak..
So, bayangkan kalau kita spend all the money to ourselves,
ala-ala macam kita makan harta orang lain la jugak kan?
Ish..ish, patut la sempit rezeki, kan?
I selalu ingat my uncle pesan,
"The more you give, the more you get.."
Kadang-kadang nilai yang kita dapat tu mungkin bukan dalam wang ringgit, tapi dalam bentuk lain,
misalnya ketenangan, kegembiraan, kesihatan, etc.
Allah lebih tau apa yang kita nak..
So, dia bagi apa yang kita perlukan instead of apa yang kita inginkan.. :)
So, jangan la risau kalau tak ada duit eh..
Duit boleh dicari..
Just berjimat cermat lah..
& buat la apa sahaja untuk cari duit asalkan ianya halal..
Tapi, kalau sengkek akhlak, memang tak dapat tolong la.....
Itu sendiri kena mau ingat...
~v(^o^)v~
