Daisypath Anniversary tickers Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
♥ A humble servant of Allah SWT ♥ Devoting to be a good Muslims ♥ Blessed with a wonderful husband & daughter ♥
Showing posts with label Little DD. Show all posts
Showing posts with label Little DD. Show all posts

June 06, 2012

Mode Happy: Dilema Mak-Mak yang Bekerja.. Part 2




Hari ni I nak follow up pasal lil DD kat nursery baru..
Punya laa risau I nak tinggalkan lil DD kat nursery tu, rupa-rupanya Mr.Hubby cerita,
time amek lil DD petang Isnin tu, siap bye bye orang yang jaga tu dengan riang gembira lagi..
Akak yang jaga tu kata dia siap menari-nari lagi (wahhh2)..
Alhamdulillah, lega hati I..
Hari-hari yang seterusnya I dah tak risau sebab dah tau dia ok..


I lupa nak mention, nama taska ni TASKA CAHAYA HAZEEQ
Fees RM280.
Actually it is kind of school la..
Ada learning time sekali..
I sangat suka sebab memang I nak start lil DD sekolah awal..
So at least kat sini lil DD dah boleh learn to mix up dengan other kids..
Takde la susah nak hantar sekolah betul-betul nanti kan..


Some of the pic I dapat dari FourSquare



Bila cakap pasal nak jaga anak ni, kita sebagai working mom ni memang la sangat pening kepala..
Pening sebab nak cari orang yang mengasuh..
Kalau orang yang mengasuh tu ok, alhamdulillah..
Kalau tak, terpaksa cari orang lain..


Ikut pengalaman I yang ciput ni, kalau kita nak hantar anak kat rumah orang,
masa nak hantar tu la kita kena clarify betul-betul..
Benda penting yang perlu di discuss kan ialah:
Masa penjagaan
Kalau korang ambik anak korang lambat, baby sitter tu ok tak? Or what if kalau korang kerja shift? Or kerja Sabtu? Or kalau tiba-tiba time cuti sekolah dia jaga ke tak? Semua ni kena discuss..
Cara penjagaan
Especially yang breastfeed, setengah orang tak suka nak handle baby yang breastfeed. So kalau orang tu ok nak handle anak korang yang breastfeed, korang kena ready untuk supply everything untuk keperluan babysitter tu - contohnya warmer - warmer ada suhu yang sesuai untuk panaskan breastmilk.. Kot tak kang kot dia panaskan susu korang tu  dengan air panas, dah rosak susu tu..
Kalau anak korang ada problem, (macam lil DD ada eczema), kena mention la.. Meaning dia kena take extra care laa for the special baby..
Bayaran
Pada I, bayaran ialah the last thing you should discuss, after they agreed on my condition yang kat atas tu la.. Rate orang yang jaga baby sekarang dalam RM250-RM350.. & tanya jugak kalau korang amek anak korang lambat dia charge ke tak (selalunya charge, tengok orang).. Lagi satu I think elok jugak korang tanya siap-siap, kalau korang tak hantar anak korang lama, 1-2 weeks, bayaran kurang or sama jugak?


Once dah discuss & agree dengan babysitter korang tu, korang boleh la start hantar anak korang..
So during period korang dengan babysitter tu, my advise is A LOT OF GIVE AND TAKE..
Kalau ada perangai-perangai babysitter tu yang korang rase tak best but boleh tolerate, just buat dek je...
Janji dia jaga anak korang elok..
Jangan sebab hal kecik, anak korang yang jadi mangsa..
Hmm, memang rase tak best, tapi kita kene ingat WE DON'T HAVE CHOICE..
Sebab tu kita hantar anak kita untuk orang jaga..
Or WE DO HAVE A CHOICE, which we choose to go work and let other to take care of our child..
Mana-mana la, sama je..


Memang agak susah nak cari orang yang akan jaga anak macam mana yang kita nak..
But, ramai jugak yang boleh sayang & jaga anak kita dengan baik..
Just mintak dengan Allah, He will give it to you.. :)


Another option - bagi parent jaga anak?
Hmm, my personal opinion, tak payah la kot..
Just give them a break..
Our parent dah tua - they are suppose to do their own thing - beribadat, go where ever they want, etc..
It's not fair laa kalau kita nak membebankan diorang by asking them to take care our child..
Kadang-kadang parent ni kalau anak mintak jaga cucu, tak sampai hati nak tolak..
Jadinya sampai budak tu lagi close dengan tok nenek dari their own parent..
Hmm, macam dah lepas tangan la pulak, betul tak?
Tak pe la susah sikit cari orang jaga anak kita..
This is life experience for us.. ;)


Apa-apa pun, balik pada basic..
Trust Allah to give you the very best..



June 04, 2012

Mode Emosional: Dilema Mak-Mak yang Bekerja..




Hari ni first day hantar lil DD pergi nursery area Kelana Jaya..
I dengan Mr.Hubby decide untuk go for this nursery since dekat dengan office Mr.Hubby..
I amek half day leave today, masuk office lambat..
First teman Mr.Hubby cuci luka dekat KJMC, then baru hantar lil DD..
Saje je hantar lil DD lambat-lambat..
2 3 hari ni I sangat risau nak hantar lil DD ke tempat baru..
In lil DD skin condition & perangai nya yang sangat cengeng + garang itew..


Bila sampai ke nursery tu, owner dia, Kak Kam greet us..
Lil DD all the way dalam kereta tido dengkur-dengkur, tak nangis pun bila Kak Kam tu ambik dia..
I sebenarnya suka cara Kak Kam tu..
Sangat lembut and seems like macam educated jugak..
& rupanya she's dealt with eczema baby before..
So lega sikit rasanya..


Masa nak keluar dari nursery tu lil DD paling tengok I..
Rasenya dia tak sangka I nak tinggal dia dekat situ kot..
OMG!!
Mr.Hubby cepat-cepat suruh I keluar..
Dari luar kitorang try la kot-kot dengar dia melalak ke ape, tapi takde pulak..
Hmm....


Dalam kereta, on the way ke office, I diam je..
Time tu rasa nak berenti kerja jaga anak pun anak..
Mula lah berangan nak work from home..  T_T'
Tiba-tiba, Mr.Hubby potong stim, ayat Mr. Hubby yang I tak leh blah..
"Bukannya hantar anak pergi luar negara ke apa. Yang sedih sangat tu kenapa?"
. . .
I ni memang emo sikit, nak buat macam mana..
Agaknya nanti kalau lil DD dah besau nak hantar dia oversea mau melalak kot I, muahahaha (mode berangan) 


A little bit pasal nursery tu..
Nursery tu kat dalam kuarters kastam..
Especially untuk staff kastam..
Kitorang tau pasal nursery ni pun member Mr.Hubby yang suggest kan..
Kalau nak hantar kat nursery ni kena ada reference dari mana-mana staff kastam..
Nursery tu jaga dalam 50 orang (ramai kan???)
Tapi staff dia ada dalam 7 orang camtu..
Setiap kali I datang mesti ada pasang ayat Quran..
Tu yang buat I suka tempat ni..


Well, we see la macam mana lil DD..
Hopefully ok..
I serah bulat-bulat kat Allah untuk jaga anak I kerana Dia lah sebaik-baik penjaga..
AMIN

May 29, 2012

On.Accident.to.Baby Sitter Yang Hampeh.




Jumaat lepas I accident motor dengan Mr.Hubby dekat LDP..
Ni semua sebab ada 'indian auntie' berenti tengah-tengah jalan..
Dah la time tu turun bukit..
Sepatutnya boleh elak, tapi tiba-tiba pulak auntie tu sengetkan motor dia menyebabkan kitorang berlanggar handle..
Apa lagi, dua-dua jatuh tergolek dok dekat jalan..
Dah nak jadi..

I'm okay, just some cut and bruises dekat tangan & kaki..

Mr. Hubby still dekat hospital..
Tangan terseget dekat jalan, so luka teruk 
Kena undergo minor operation to attach the peeled skin back..
Hari Rabu (esok) Insya Allah boleh keluar..

Alhamdulillah hari accident tu kitorang pakai berlapis sebab hujan renyai-renyai..
That's why takde luka teruk sangat..
Kalau tengok baju hujan kitorang dah macam kain perca!
Other than that, nothing serious..
Maybe kitorang ni banyak sangat dosa, so Allah bagi peringatan manja-manja untuk hamba-hamba Nya ya lalai..huhuhuhu~


OK, enough story of the accident..
Actually hari ni I sangat geram dengan baby sitter I..
Geram yang sampai tahap I menangis-nangis cerita dekat Mr.Hubby..


My baby sitter ni dari last week lagi I dah stress dah dengan dia..
Dia mintak extra sebab dia kene jaga anak I seminggu dari tarikh I start hantar anak I..
I tak kisah dia mintak extra, tapi dia tak ingat ke yang I tak hantar anak I seminggu, takde pun I potong gaji dia..
I tetap bayar fix amount, tak pernah kurang..
OK - that part I still ok lagi, sebab pada I takpe la, bayar je la berapa yang dia mintak..
Kalau itu memang bahagian dia, I tak bayar, nanti I lak dosa..
Kalau bukan bahagian dia, itu antara dia & Allah...


Tapi hari ni adalah sangat geram..
I tengah meeting, dia call sampai 2 kali..
Then I call dia balik, dia tanya "Tak hantar anak ke?"
I cakap, 
"Sekarang ni mama jaga anak saya. Sorry la kak lambat sikit bayar gaji akak bln ni. Saya rushing sangat dua tiga hari ni ulang alik hospital"
Boleh dia jawap,
"Aii, nak pergi hospital takkan tak boleh singgah hantar duit. Bukannya jauh pun"
Sentap I tau!
Dia ingat I nak lari tak nak bayar duit dia ke?
Selama ni pun I dapat-dapat gaji je terus bayar duit dia kot..
Hangin!!!!
Nasib laa ni last I kena deal dengan dia..
Mengenangkan jasa dia selama ni jaga anak I, tahan sabar je la...


Sekarang tengah stress nak cari orang nak jaga lil DD..
Ya Allah, permudahkan lah urusan ku..
:'(


May 11, 2012

Vulnerable Lil DD




Blog semakin jarang di update..
Masa semakin busy.
Then lil DD pulak lately ni asyik sakit je..


Last 2 weeks, kena Rota Virus..
Babysitter call kata lil DD muntah-muntah & cirit-birit..
I terus amek half day leave balik rumah..
Kat rumah babysitter, tengok lil DD dah lembik..
Kesian hunny bunny ummi..


I dengan Mr.Hubby terus bawak pergi KPMC Puchong..
Bila jumpa doc, doc suruh minum ubat..
Lil DD minum ubat & minum air sikit, then muntah balik banyak gila..
Then doc terpaksa masuk ubat kat montot..
Kesian hunny bunny ummi..


Then doc tengok lil DD nangis tapi tak keluar air mata.. 
Doc cakap, "It's a bad sign"
Takut dehydrated..
Huhu~


Since I baru tukar kerja, I tak dapat entitled medical untuk child..
Nasib baik sign up insurans prudential..
But kat KPMC tu tak accept prudential, so we brought her to Columbia hospital untuk admitted..


So parents.. Kalau company korang tak cover medical untuk child, adalah sangat disarankan untuk sign up insurans untuk anak korang..
Kalau boleh as early as possible, lahir-lahir terus sign up..
Macam lil DD kitorang sign up a bit late, lil DD ada history kena hospitalized untuk eczema, so insurans tak cover if diagnosed eczema..
Spend la duit sikit monthly dalam RM150 ke..
Kalau tak guna boleh buat saving.. so tak rugi pun..
& satu lagi, penting untuk mencari agent yang bertanggung jawab oke.. macam agent I..
She's help me a lot!


So berbalik pada cerita lil DD, kena admitted dekat Columbia hospital for 3 days..
For costing ingatkan mahal sangat la Columbia ni, tengok total bill tak sampai RM2k..
I just byr extra RM400 untuk bilik sebab prudential just cover RM100 per night..


lil DD & Mr.hubby..



Lil DD tengah khusyuk tengok TV


Macam mana boleh kena Rota virus?
Biasanya rota virus ni disebabkan jangkitan @ daripada makanan/minuman yang tak bersih..
I pun tak sure.. but yang penting, if anak korang muntah-muntah or cirit-birit, terus la bawak jumpa doctor..
jangan la nak sapu minyak angin ke apa..
Rota virus ni to the extend can caused death oke!
So be alert & don't take for granted..


Okay, abis cerita pasal rota virus, last Tuesday lil DD demam pulak..
High fever.. check temperature reach 40.5!
Tak pergi kerja lagi ummi..
But this time ummi kena independant sebab abah kena pergi kerja..


So I bawak lil DD pergi KPMC lagi..
Doc bagi lagi ubat masuk montot..
Doc bagi anti biotic & bagi balik rumah..
Doc kata it's important to reduce the temperature, if not possibility of seizures..
Doc suruh monitor closely for any sign for seizure..
Kalau ada, cepat-cepat datang balik KPMC..


Balik rumah, cool fever, air asam jawa, even ais batu pun I letak kat kepala & badan lil DD
Mengamuk-ngamuk lil DD (dia memang tak suka air sejuk)
Alhamdulillah, by noon temperature dia dah turun to 37.5


Satu yang aku kagum dengan lil DD ni, even dia sakit macam mana pun, 
kalau dengar lagu mesti terhenjut-henjut..
Haishh, budak-budak zaman sekarang..


Tu lah dia bila dah ada anak ni, banyak annual leave dihabiskan untuk anak..
Hari tu dah AL 3 hari, pastu AL lagi..
Nasib la cuti banyak, hehe..


*********



April 09, 2012

Anak Daraku....




Anak daraku yang melaram..





March 07, 2012

Meet My Yoga Therapist !!!




Dear All,


MEET MY YOGA THERAPIST!!




.  .   .   .   .   .






.    .     .  








. . .








Jeng jeng!!



Hellow!


hEHeheEHEE~




Quite a while I tak update pasal lil DD..


My little DD is nearly 19 months old..
A few months and she will be 2 y.o!
Haishh, how time flies..
I pun dah 30 y.o this year (eventhough mostly people say I didn't look that old, muahaha~)


My sleep sekarang ni kelam kabut sikit..
Since lil DD nearly 2, we are in the process of memutuskan dummy lil DD..
Plan dah lama, tapi tak buat-buat.. huhu~
Last-last masa balik kampung Mr.Hubby last 2 weeks, nenek sedara my Mr.Hubby letak asam jawa kat dummy lil DD
Seems like lil DD refusing it, tapi time tido mengamuk..
As a result, pukul 3 pagi baru tidur.. -_-'
First attempt, terpaksa basuh dummy & bagi balik (sebab tak ready..)
The following day, the babysitter cakap lil DD tak mintak dummy, just bila nak tidur je mintak..
Hmm, oke, good sign dah tu~
So last weekend, I did my second attempt..
The whole weekend I letak asam jawa kat dummy lil DD..
Malam memang struggle la nak tido, tapi I berjaya harungi..
The process still ongoing...
Tidur ku kini tidur-tidur ayam je..
Tapi alhamdulillah energy booster ku sentiasa di samping..
Pagi-pagi teguk 1 liter Herbalife tea mix, alhamdulillah, dekat office tak mengantuk..


Lil DD sekarang dah banyak mulut..
Some of the words dah boleh faham, macam semalam, asyik sebut "Amboi amboi" :')
Riuh mulut membebel..
Tantrum pun boleh tahan..
Tak bagi apa yang dia nak je, mengamuk..  
Siap angkat tangan (konon nak pok la tu..) (amboi amboi amboiiii)


Kelatah si kecik ni memang funny gile..
Especially kalau menari.. Ada gaya mutu keunggulan.. huhu~
Balik je dari kerja, cium anak macam terapi..
Hilang letih, hilang penat..
Tak payah pegi join yoga class dah, hehe~
Kan Allah dah cakap, anak tu macam anugerah untuk kita..
Terpulang pada kita untuk manfaatkan anugerah ni..


THANK YOU ALLAH FOR THIS VALUABLE GIFT


So -  ini la dia my yoga therapist, hehehe~


Lil DD suka baca..
Moga Allah jadikan sayang Ummi ni insan  solehah dan berilmu..


Senyuman kanak-kanak adalah senyuman keikhlasan.. 

February 14, 2012

Bila keluar alone dengan anak kecik without your hubby..




Last Saturday Mr.hubby training 1 hari..
I kena pergi Herbalife office to pick up product yang I dah order
and yeah, I kena pergi alone..


So early morning I masa lil DD still sleeping, I'm doing all the house chores..
Vacuum, bersihkan kipas, mop rumah..
Phew, sangat penat..
Tapi bila tengok rumah bersih, sangat suka.. hik! 


Lil DD bangun around 10+am..
Tengah asyik buat kerja rumah tu tengok-tengok dia dah ada kat living room (sambil mengheret Binky Blanket nyer.. +_+')
Alhamdulillah, lil DD tak banyak pe'el pagi tu..
Eventhough mengekor ke mana je aku pergi..
So, dapat la aku settlekan semua kerja rumah..



Around 11 something baru get ready nak keluar..

Perkara penting yang mesti prepare kalau nak keluar rumah is
THE BABY's BAG!
Dalam bag tu selalunya I bawak..
Susu
Sebotol air kosong
Botol susu
Sippy cup - nk minum air masak
1 tupperware of baby biscuits - in case dia lapar, boleh bagi untuk lapik perut & keep them busy as well ;D
Sepasang baju salin -  in case dia bocor
Diapers
Napkin  - ganti towel sebab napkin ni ringan sikit dari towel
All the creams - sangat penting sebab lil DD ada eczema, so kena selalu apply moisturizer
Spray water - ni air paip je..kalau tak jumpa tempat nak tukar diaper, boleh tukar je dalam kereta & guna spray water untuk basuh montot..
Wet baby tissue..
Handkerchief
Tissue

Benda-benda alah ni memang wajib bawak kalau nak keluar..

Then bila keluar of course kena ada aiding tools untuk carry our baby, kan?
Common one of course is stroller..
But for me, kalau I keluar alone, I lagi suka pakai my ring sling..
My sis & I with our ring sling! :D
Pakai stroller adalah sangat hassle..
Pakai ring sling ni both mom & baby sangat convenient..
Bila I pick up Herbalife product, at least I can carry with both hands without worrying lil DD..
(Banyak kot product nak kena bawak  T__T)



When driving, of course, safety first.

So kena ada baby car seat
Tak kisah la brand apa janji boleh secure the baby..
Make sure tied the baby sebab kita tak boleh nak handle diorang while driving..
Lil DD agak tak suka tapi I umpan dengan toys@books, biscuits, etc to keep her well attended..
But after a while lil DD memang akan tidur kalau dalam kereta (like mother like daughter, hahaha~)




Another thing yang penting is..

Hands-free!
Hands- free ni memang sentiasa melekap kat telinga I kalau I travel alone..
Senang nak pickup call..
My handphone pun I ada set up voice command, so senang nak call out..
Explore every function yang ada pada handphone u ols, memang sangat berguna.. :D



Last but not least, untuk I yang buta jalan ni, GPS dah siap sedia dilekatkan kat cermin kereta before start driving..


Dalam kereta tu I dah siap-siap letakkan 
Susu yang dah dibancuh
Biskut
Hankerchief
Tissue
Toys@books
- For easy access :D


This is the kind of things that I will bring if I travel alone with lil DD..


Barang anak punya la complete, sendiri punya barang, yang basic-basic je  T__T
Korang pulak macam mana? Sebeban tak barang anak kalau keluar  jenjalan?


**********************









January 31, 2012

Lil DD New Hair & Binky Blanket



Entry to start my day..

Lil DD new hair cut..
Cut by Tok Mama.. :D

Tak payah letak gel pun dah tegak, huhu..



Lil DD ada new binky blanket..
Ke mana-mana nak heret blanket tu..
Hari tu dia nampak I basuh blanket tu & dia nak tapi I tak kasi sebab basah lagi..
Mengamuk-ngamuk nak sambai boleh duduk dekat clothes dryer tu sambil pegang bucu blanket tu..
Bila I nak bawak dia tido, 2 jam lebih tak tidur-tidur even nampak sangat mata dah mengantuk..
At last I give up.
I amek blanket tu, iron bagi kering sikit & bagi dia..
5 minit je, terus tido  (-_-')...
Dah tido I ambik balik sidai..
Haish...
Tengah pening pikir mana nak cari blanket yang sama..
Tak silap blanket ni beli before lil DD lahir lagi & masa tu ada sale tapi tak ingat kat mana, huhu~
Yang tau jenama BEBE je..
Sapa-sapa yang ada ternampak similar blanket jual dekat mana-mana please inform yeh..
Macam dah tak tahan tengok kekusaman blanket tu, huhu.. 


January 26, 2012

Lepas Geram pada Ummi & Abah?

Bismillah.&.Assalamualaikum..

Sleepy sangat..
Lil DD tak tidur satu malam semalam..
Menggaru..
Eczema dia pun nampak naik..
Susah hati I..

******************

Semalam dinner dengan Mama & Kak Dina sefamily
I dah promise everyone I nak belanja makan bila dapat gaji
It's my first salary dengan company baru, kan, ehem-ehem..

Diorang gerak dari Ipoh around 4pm something
Then pergi Ikea lak, pukul 10 lebih baru jumpa diorang..

Lil DD seems to be happy bila tengok ummi & abah dia..
But amatlah merap gila.. nak berpegang je..
Most probably takut kena tinggal lagi, huhu~

Mama kata she's doing fine, though agak diam..
Kak Dina cakap,
"Dia tak nangis, tapi nampak dia unhappy.." sob sob :'(
Sian anak ummi..
Rashes pada muka & badan seems to flares up..
Maybe stress kot..
Budak-budak sekarang, kecik lagi dah pandai stress.. dan merajuk..

Mama ada mention, masa I call Mama nak tanya how is she, Mama offer,
"Nak cakap dengan ummi tak?"
Geleng kepala tak nak cakap.. haishh.. (-_-')


Masa nak siap tidur malam tadi, punya lah mengamuk..
& she even scream at me..
Nampak sangat macam nak lepaskan kemarahan..
Marah sebab I nak pakaikan baju cover body, nanti dia dah tak boleh menggaru.
& melepaskan kegeraman yang terpendam sejak kena tinggal..

I buat tak tau je..
Terus pakaikan baju..
Tangan ni dah expert dah nak pegang kat mana supaya dapat jugak I sarungkan baju tu..
Kadang-kadang I jegilkan mata and just said,
 "I'm not happy with your behaviour right now.."
Geram jugak tapi kalau I jerit balik kat dia kang things will be worse..

Mama dah bagi sign suruh lil DD tidur dengan dia..
Oo, no no.. cukup la satu malam berpisah tempat tidur..huhu~
I want my baby to sleep with me..

Itu ler cerita nya..

As a result hari ni tersengguk-sengguk kat office

5.15pm..babai, nak solat..
5.30pm nak cabut..

January 25, 2012

I Miss My Lil DD :'(

Bismillah.&.Assalamualaikum..

Semalam Mr. hubby & I balik KL without our lil DD
Terpaksa tinggalkan lil DD di kampung sebab Mama nak ikut my sis, Kak Dina dtg KL hari ni..

I mintak tolong Mama untuk jagakan lil DD sebab my babysitter, Kak Zira, cuti raya cina seminggu
Since I baru tukar kerja, I tak boleh nak cuti.. 
Lagi pun a week before dah apply cuti sebab Kak Zira ada hal nak kena settle..

Initial plan was to bring over Mama datang KL on Monday with us
Tapi since Kak Dina from JB balik kampung & they want to go back today, so Mama nak follow Kak Dina..
Tak kisah la, yang kisah nya nak tinggalkan lil DD with Mama over a nite!
Actually I risau lebih takut lil DD tak tido, kesian pulak dekat Mama..
(last time Mama jaga lil DD, lepas tu terus Mama demam.. #_#')
Lagi pun ni first time after a year lil DD tidur dengan orang lain selain I..
Last time ialah masa dia 5months sebab time tu eczema dia sangat teruk..
But masa tu dia baby lagi kot..
Sekarang dah besar, dah tau differentiate her parent dengan somebody else..huhu~

But eventually, everything went smoothly..
She's been crying masa Mr.Hubby & I balik, but it just last for a few minutes
Tak sampai sejam kitorang gerak, I call rumah tanya pasal my lil DD
Mama cakap dia tengah main-main..
Betul cakap Mama,
"Tak payah nak risau, belum sempat korang sampai KL, dia dah ok dah.."
Lega... (tapi a bit kecik hati sbab kejap je dia menangis)   (-_-')
Maybe sebab she's been with her cousins.. So main-main, lupa la dengan ummi & abah dia.. 
Tidur pun Mama cakap ok je, tak ada bangun-bangun..
Mama cakap lagi,
"Dengan korang je dia mengada-ngada.." (^,^')

Malam tadi Mr.Hubby & I kusam je..
Maybe penat sama kot..
Walaupun tidur kami tak diganggu, tapi still tak lena tidur ingatkan anak..
Adoyai..
Bukan anak yang kesian, mak bapak yang kesian sebab rindu kat anak..
 Drama gila me & mr.hubby ni kan?
Satu malam je kot.. 

But seriously I memang tak paham la orang yang boleh sengaja meninggalkan anak mereka dengan orang lain berhari-hari..
Yes, most of them is because they have no choice..
But some of them choose wealth over their child..
Macam I, I have no choice but to let someone else take care of my daughter during day time..
Alhamdulillah, Allah help me to find someone nice such as my babysitter, Kak Zira..
But then I try to do whatever I can for my lil DD..
Masakkan makanan, mandikan dia sendiri..
Teach her whenever possible..
And the most important thing, sleep at night..
Because that is the least moment I can spend with her after I left her for a whole day..

Money is important, but LOVE is what our child need..

Seek for money but don't neglected your child..
Mama selalu cakap,
"Apa yang parent buat dekat anak-anak masa kecik, bila anak-anak dah besar, dia akan buat benda yang sama dekat mak bapak dia.."
Contohnya, macam my parent, ke mana diorang pergi pun, mesti nak angkut anak-anak..
As a result, anak-anak bila dah besar, ke mana-mana pun, mesti nak angkut mak bapak.. :D
Macam mana kita nak anak-anak kita layan kita bila kita dah tua nanti, macam tu jugak la kita kena treat anak kita sekarang..

Tak sabar nak jumpa my lil DD, another 2 hours
Til then, bye peeps!






December 06, 2011

Little DD First Steps

Bismillah & Assalamualaikum..

My Hubby & I sangat happy..
Semalam, tanggal 10 muharram my little DD had took her first steps..
Alhamdulillah, after months of cruising..
I baru je spoke dengan my sister cousin (she's a gynae at PPUM) that I'm a bit concern with my little DD yang nearly 17 months tapi tak nak berjalan..
Actually my little DD dah boleh berjalan, but maybe lack of confident..

So semalam dekat rumah my aunt, tiba-tiba she took few steps towards me yang duduk bersembang dengan my aunt kat coffee table..
Bila dah start tu, she's got excited!
Tapi bila nak patah balik crawling pulak, hehe..
Alhamdulillah..
Maybe sebab rumah my aunt carpet tebal, so little DD feels confident, jatuh pun takkan sakit punya..
Hai la cik DD..
But don't worry, Abah & Ummi takkan beli carpet tebal, sebab susah nak jaga, haha..


Insyaallah, in a few days, my hubby and I akan masuk ke alam toddling la pulak
Toddling = Banyak pergerakan = Both Abah & Ummi will be more Buzy!
Haha..
But we are okay with that..

Abah & Ummi loves you so much sayang..
So proud of you.
MUAHHHH!

I ingat nak letak video little DD but mintak kat encik Hubby, tak bagi-bagi lagi..
So will just post it later.
Excited nak post this entry, haha..

Till then, see ya..

July 28, 2011

Tak de Dah!

My little doter nowadays sungguh susah untuk tidur..
& makin lasak oke..
Semalam nak dekat 2 jam nak suh die tido, 2x bg minum susu..
2nd time minum baru tido..
Yg bestnyer aku membebel kat die, die membebel balik kat aku tuh
Lg kuat suara die dari suara aku..
Smpai abah yg kat living room pn boleh dgr suara die
Ikut sape tah?
Last2 ummi terpakse give up..
Yg sebenarnyer ummi die ni da ngantuk..
Tu yg nak suh si kecik tu tido cpt..
But terlelap sikit, pokk kene hempuk ngn anak dara tu..

Aduyaiii...

Then semalam time solat abis makeup aku die keje kan..
Dah laa buat keje depan aku tgh solat
Mmg tak khusyuk laa solat aku, huhu~
Sabo je la..

Last but not least,
Skrg da pandai ajuk org..
Si kecik ni sgt la suke pegi kat TV tu..
tgk tv betul2 dpn tv..
Bape kali aku dok angkat letak die jauh2
Akan die beruasaha untuk pergi jugak ke TV tu..
Last2 abah die tutup terus TV tu..
Baru puas ati sume org..
Pastu bile abah die cakap "Takde dah.."
Die boleh ikut sejibik.. "Tak de dah.." 
Siap tgn goyang2 lg..
Hahahaha~

July 18, 2011

My Little one Turns 1!

Alhamdulillah,
My precious Damia turns 1 on 11/07/2011..

So we had a birthday party for her..
Though we knew she won't understand yet..
But I want to have a memory that I can share with her when she's older...
Something sweet for my own remembrance as well..

My little one are pretty chatty nowadays..
Always muttering things in her own words..
She's also toddling around the house now..
She now have 2 teethes at each of top and bottom gum..
And we can even see the 5th teeth coming out from her top gum!!

I still can't believe a whole year has gone since i gave birth to my her..
A lot of things has happened..
Things that is new to me, my hubby and the little one..
Things that makes us learn and loves even more day by day..
Just now, when she sleeps, i stared at her peaceful face..
How i adored her soo much..

Bestnyer jadi mom nih..
Syukur padaMu kerana nikmat yang tak terhingga ini...




August 19, 2010

EBM

Smlm aku try collect EBM guna medela harmony for the first time..
Not bad la, breast x sakit..
Just masa nak tarik tu je patut detach kan dulu breast tu dr corong tu,
aku terus tarik, tu yg sakit tu, huhu~
So, 1st time pump, dpt la 2 0z lebih..
Sikitnye...
Tp maybe my doter pn x minum byk kot..
Tgk la nnt cane..
Kalo mcm x cukup, ingt nk kene minum herbal tea la utk tmbahkn susu bdn..
Aku pn bijak, pump time mlm, sekali bby bgn, isap2, susu xde sbb sume da pump kuar :P
Mengamuk dalili, hehe~
Last2, terpaksa bg yg dlm botol
Tp die xnk, nk nenen gk, huhu~

Td pn same, tp aku sumbat gk..
Sambil tu bgtau kt die,
"Syg, siang2 kne minum dr botol sbb nnt ummi nk g keje.. Mlm2 bru ummi bg nenen,k"
Dalili mcm phm je.. Terkebil2 tgk aku, & den terus isap botol susu smpai abis :D
Bijak anak ummi..
Da nk kne train dr skrg..
Sian anak aku, huhu~

July 26, 2010

Kronology of the Birth of My Lil Princess, Tengku Dalili Damia

Alahai, blog aku, siannye.. empty sokmo.. time pregnant xde mood nak update blog + bz ngn keje.. Skrg ni baru ade mase + mood nk update blog..

Aku skrg da dpt title mommy..Alhamdulillah, pd 11 Julai 2010 @ 0745am, aku selamat melahirkan seorg baby girl yg chumel.. Aku & hubby m'berikannye name Tengku Dalili Damia..

Again, alhamdulillah, baby mendgr kata ummi die.. Mase pregnant, bape kali aku pesan baby dlm pewot supaya keluar lepas aku da start cuti bersalin.. Sepatutnye expected due aku 14 Julai 2010.. So aku da apply cuti start 10 Julai so that lepas maternity leave aku abis, aku leh sambung terus cuti raye.. So pjg laa sket cuti aku..hehehehe~


Saturday, 3rd July 2010...
Nak djadikan cite, a week b4 aku start on leave, aku lik ipoh check up kt pantai puteri sbb plan nak bersalin kt ctu.. Aku request Dr. Mimin, (as advised by my auntie yg penah jd doc kt pantai puteri dulu).. During the check up, Dr. Mimin had done scanning and mention that baby da on the way masuk through the pelvic.. Bile aku bgtau aku start cuti nxt week, Dr. Mimin bg aku MC seminggu coz x kasi aku travel kl-ipoh..very risky katenye.. So kirenye, cuti aku da start seminggu awal la, hehehe~..

So during a week aku dpt mc tu, aku kt umah ipoh, agak bowink sbb xde ape nak di buat.. & it is my first time aku seperate tido ngn my hubby since we get married..huhuhu, sedey gak.. (hubby aku lg la sian kt umah sowg2).. But lepas seminggu pn aku x rase sakit or anything..

Saturday, 10 July 2010..
My next appointment with Dr. Mimin.. Dr. Mimin tnye ade sakit ke tak? Aku pn jwb, "X de sakit ape pn doc" ... So Dr. Mimin pn scan and then die check kt aku nye 'bwh'.. "Dah lembut dah" katenye.. So tunggu je la, anytime.. Dr. Mimin set next Wednesday utk nxt appointment..kalo after a week baby x kuar gak.. kene induce la..Waaaa~ takutnye..Akak aku ckp induce sakittt...

Sok hubby nak lik kl lik, sedeynye..Cane kalo baby kuar time die kt kl? Sempat ke die nak lik? Risaunye aku.. Aku still x rase sakit pape pn lg.. Mama suh hubby bwk aku jln2.. Seminggu dok umah melingkor je lg laa lambat baby nak kuar.. (Tp mase pregnant awal2 dulu aku byk berjln pe).. So mlm tu aku, hubby, mama & abah kuar g uptown ipoh.. Konon2 nak beli stoking.. Baru jln separuh pasar, ujan lak.. So xde mood aku ajak sume lik.. B4 lik abah singgah beli nasi lemak ayam kg + kueytiow ladna.. konon2 nak mkn esok sbb cm da kenyang.. Sekali lik umah, sume pn bedal bg abis daa.. Nasib baik bedal mlm tu gak, kalo x kempunan aku nak mkn ns lemak ayam kg, hehehe~

Sunday, 11 July 2010...
2am..
Aku ngn hubby dok kt ruang tamu, ready nak tgk match German vs Uruguay.. Berkobar2 nak tgk Paul si sotong kene buat sambal ke tak, hahaha~.. Tgh tgk2 tu aku rase cm senggugut + sakit pinggang.. Aku teringat K.Dina ade mention contraction tu rase die cm senggugut.. Betul ke tgh contraction ni? Tp kejap2 je..So aku ignore je la & focus tgk bola..

4am..
Bola da abis.. Like predicted by Paul si sotong, German menang.. nasib baik, kalo x jd sambal sotong la ko Paul..hehehe~ Yg aku lak, makin kerap lak sakit & time tu aku dok pk, "This is it.." The most dreadful thing to think about.. Mintak tlg hubby panggey mama..Mama tanye sejak bile sakit & kerap kali ke tak.. Aku x tau nak xplain, rse mcm everytime je.. Mama kate kalo x kerap baik toksah g hospital lg.. Nnt kt hospital, kalo 'bwh' tu x bukak byk, die akan tunggu gk.. Aku pn ok kn je la..Maybe tunggu kul 8am nnt la g hospital.. Aku suh mama g smbung tdo dulu..

5.30am..
Dr kul 4am td smpai laa 5am, bile rase je contraction aku rase cm nk pengsan dah.. Peluh menjejeh2.. Aku suh hubby tido dulu coz sian die x tido 1 mlm (tgk bola punye psl).. Aku tau hubby ku tdo2 ayam.. Mama turun, tnye cane.. Rupenye mama dr kul 4am td x tido, wat semayang tahajjud kot..Aku ckp kt mama aku da x leh nk tahan.. So mama kate jom je la g hospital..

5.45am..
Smpai hospital, nurse check rupe2nye da bukak 5cm da..so nurse suh aku stay kt labour room while tunggu doc dtg.. Mase tunggu tu ade laa pulak dgr org dok jerit2.. Lg laa tambah panic aku.. Nasib baik hubby boleh temankn sepjg menuggu dlm labour room tu..

7.15am..
Contraction makin frequent..Nurse da suh aku baring je.. According to the nurse baring mengiring leh kurangkan sket rase sakit.. Everytime aku sakit je nurse suh aku sedut oxigen (which is some sort of pain killer called Entonoks).. Time ni aku ade rase cm nak tercirit.. Cpt2 aku ckp kt hubby nak g toilet..Nasib baik nurse dtg & halang.. Rupe2nye yg aku rase tercirit tu is the blood coming out..Nasib x g toilet.. Kalo x, beranak kat toilet aku..

7.30-7.45am..
Dr. Mimin smpai & checked.. It's about time.. Nurse letak both my leg kt atas penghadang.. Then nurse kate mase push nnt hold on to the besi yg disediakan..That is the only time i let go my hubby's hand.. Sepjg contraction i've been holding his hand.. Bile stg sakit lg kuat aku genggam tgn hubby aku..

Aku da ready da nak push.. In fact i'm been pushing since a while ago.. Aku nak cpt2 get through this.. Nk cpt2 lepas sakit ni..Tuhan je yg tau sakitnye.. Dr. Mimin da ready to ujung kaki aku.. Die suh aku baca bismillah & push.. Aku pn baca bismillah & selawat & push sekuat ati aku.. 2x push, aku dgr suara baby nangis..




Doc tunjuk kt aku baby & mention it's a girl.. Alhamdulillah, mase tu sume sakit yg aku rase td lgsg ilang.. Doc letak baby atas perut aku & suh aku pgg.. I can feel my hand shaking a lot! Not sure sbb sakit td @ terlalu heppi tgk baby, hehe~

Moment after deliver..
Hubby aku terus terduduk dgn muke yg pucat.. Nasib baik x pitam, hehe~ Actually, die dok tahan dr nak pitam dr aku contraction lg.. Hubby aku ckp, mase push yg 1st tu doc pecahkan air ketuban, memercik smpai die2 pn kene,hehe~.. Hubby aku ckp, 1st push baby da kuar separuh bdn, 2nd push, terus kua sume..

Mase doc jahit kt bwh tu da x rase ape coz doc da inject bius..So the sewing session tu xla dreadful sgt..Siap leh borak2 ngn hubby terchenta..
......

Alhamdulillah, Allah had made easy for my first pregnancy & delivery all along.. Morning sickness tu biase la, most women pn suffer morning sickness.. But my morning sickness not as bad as my mom & sis.. I only suffer the pain of delivery for about 6hours.. I had my hubby at my side all the time, from i start to know that i'm pregnant, till our baby is born.. Thank u syg, i'm not sure i can handle this without u by my side.. Alhamdulillah, syukur kpd Mu Allah krn nikmat mu ini...

I'm now a person with a big responsibility, to my husband and my little one.. Hopefully Allah will grant His blessed for me to be a faithful wife and a good mother.. AMIN..