Daisypath Anniversary tickers Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
♥ A humble servant of Allah SWT ♥ Devoting to be a good Muslims ♥ Blessed with a wonderful husband & daughter ♥
Showing posts with label Islamic. Show all posts
Showing posts with label Islamic. Show all posts

September 14, 2012

Kisah Ashabul Kahfi



Kalau dulu, especially dekat my sekolah asrama..
Malam jumaat mesti akan baca surah Yaseen..

Sekarang, dapat ilmu baru, elok jugak baca surah Al-Kahfi pada malam jumaat..
Bila baca surah ni, I nak sangat tau actual story pasal Ashabul Kahfi ni..
As usual, tanya Mr. Google laa..
U ols boleh pergi this site untk baca kisah Ashabul Kahfi ni..
Complete story, best!

Tabarakallah!

July 25, 2012

Salam Ramadhan..



Salam ramadhan semua..
This is my first entry on this holy Ramadhan month..
Sekejap je dah Ramadhan, kan?
Kang tup tup dah nak raya, huhu~


For today entry nak start dengan cerita my lil DD..
First day I test bawak lil DD pergi terawih kat surau apartment I..
Masya Allah, ramai gila!
Aircond dalam surau pun sampai dah tak terasa dah..
I dah 'bekalkan' her favourite drinks (Herbalife vanilla) & her selimut busuk so that dia tak merengek time I solat..
Lil DD bertahan sampai la solat teraweh rakaat ke-7, dia start merengek..
Probably sebab panas kot..
But yang tak tahannya, time orang solat dia berjalan sampai ke hujung saf..
Then siap ruku' depan orang solat, time orang ruku' dia pergi main kepala orang!
Disaster sungguh..
I terpaksa mintak mahap dengan akak sebelah tu sebab lil DD siap baring terlentang time akak tu nak sujud! Howaaa!!
Itu je la I bawak lil DD pergi teraweh..
Mama kata kecik sangat lagi.. kacau jemaah, tak baik..
Tunggu besar sikit, I beli mini telekung untuk lil DD, ajak dia solat jemaah sama, hmm, macam kiut je kan??
(perasan)


Ok, that it about lil DD..
Now nak share pasal kuliah zohor yang I pergi semalam..
Penceramah dia Ustaz Zul Ramli, selalu keluar dekat rancangan Tanyalah Ustaz & radio IKIM..
Ustaz ni memang kelakar gila la..
First masa masuk I lemau je sebab tengah hari, mengantuk..
Habis je ceramah, segar bugar mata ni, hehe~ Alhamdulillah...
Sessi ceramat ni organize by my company..
Ada 5 sessi semuanya..
Semua pasal solat..
So yang semalam more towards introduction la..
So I just nak share some of the things yang perhaps useful untuk kita, Insya Allah..


Seorang ibu/ayah masih berdosa sekiranya menyuruh anak mereka solat tetapi tidak memastikan wudu', solat & bacaan dalam solat itu dibuat dengan betul


Jangan naik tannga yang tidak ada sandaran, kelak, bila terjatuh lagi teruk dari orang yang tidak pernah menaiki tangga..
Jika ingin mengejar kejayaan/kekayaan, kejarlah tetapi pastikan kejayaan itu ada sandaran i.e bersandarkan ajaran Islam


Untuk memastikan hati kita baik, letak tangan pada dada & baca:
"Allahumma Solli Wassallim 'Ala Qalbi Saiyidina Muhammad"
Pegang ubun-ubun anak & baca selawat di atas, sangat bagus untuk mendidik jiwa

Islam ni seperti pokok tamar.
Korang tahu tak pokok tamar boleh hidup sehingga 1000 tahun?
Lama gila!



Ignore drawing yang tahapahapa tu, ambik message nya sahaja oke.. hehe~



Hari tu nampak ada sorang auntie foreigner ni baca Quran dalam tren..
Membangkitkan semangat I nak buat perkara yang sama..
Selalunya dalam tren I ber'fb' or twitter.. tak pun tidur!
Alhamdulillah, pagi tadi naik tren dapat baca sikit..
Mana la tau boleh khatam Quran bulan puasa ni, ngeh3x..



Sempena bulan puasa tahun ni, I harap ia akan jadi bulan puasa yang terbaik untuk I..
Kalau haji ada istilah haji mabrur, kalau nak sebut puasa mabrur boleh ke ha??


Jom kita sama-sama memperbanyakkan amalan & hopefully Allah will granted His blessed to us in this fasting month!


Tabarakallah everybody!

March 12, 2012

Struggling to be a Better Muslimah




Teringat Ustaz Don cakap, Rasullah pernah bersabda,
"Zaman remaja adalah zaman yang gila.."
Well, teringat diri sendiri zaman muda-muda..
Hang out at shopping mall, tengok movie, pakai tudung,but baju semua ketat-ketat, ada boyfriend~
 Semua tu adalah "normal" things for teens nowadays..
Betapa kita disogokkan dengan budaya yang tidak langsung melambangkan Islamic culture..
Masa tu, my objective is just to have fun..
Asalkan I tak buat dosa-dosa besar - menagih dadah, minum arak, pergi disco, berzina -
then should be ok la..
Nak pakai baju longgar-longgar, takut nanti orang panggil "akak" pulak..
Keluar rumah, kalau pakai bedak tak tebal 8 inci, tak ber eye shadow bagai, tak sah..
Macam-macam buat untuk nampak cantik..
Sampaikan ada one day tu, I tumbuk bawang putih, letak kat muka (sebab time tu muka ada jerawat, then nampak petua ni dalam majalah)
Pedih gile, tapi tahan (punya la nak cantik) - jadinya, muka  ada parut hitam macam terbakar.. (hambek ko!)
3 hari kot terperuk dalam bilik.. Siap menangis takut parut tak hilang, nanti orang tak nak kawen dengan I..   'o_O
(Nasib baik parut tu hilang, kalau tak mau seminggu tak keluar rumah..huhu~)
See, betapa LOW ESTEEM nya I time tu..
Bila muka dah padat bertepek, bila keluar, malas la nak solat, sebab nanti kena re-apply make up bagai..


Bila dah start keje, solat lintang pukang jugak sebab selalu kena pergi client side..
Then biasa la, chinese company, kemudahan solat tak ada..
Kalau nak solat, solat la dekat meeting room kalau meeting room tak kosong..
Then kalau time makan-makan, asalkan served non-pork, I belasah je walaupun non-pork served tak semestinya HALAL..
I think sebab tu la hati ni keras sangat..
Banyak sangat benda tak betul dalam hidup I..


"Dan Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu, sedang orang-orang (yang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah itu) hendak mendorong kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya."


Surah An-Nisa Ayat 27




Yes, masa-masa yang I habiskan masa zaman muda I adalah untuk hiburan..
Very less to do anything that relates to Deen..
Bila ingat balik diri sendiri before this, betapa rugi nya I..
Jeles pulak dengan orang lain yang masa muda nya dihabiskan dengan mencari ilmu Allah..
At the end, semua keseronokan yang I cari tu is meaningless..
Takde satu pun yang I boleh bawa untuk pegangan hidup
Nampak tak betapa berjayanya Yahudi 'memanipulate' our lifestyle?
We are Muslim on appereance, or worst, kita hanya Islam pada I.C..



I 'hanyut' sampai la I dah kahwin dengan Mr.Hubby..
After marriage, I slow down sikit, but still, a lot of things missing in my life..
Solat still lintang pukang.. baca al-Quran  sebulan sekali pun susah..
Despite of all the sins that I've done, Allah still love me, Allah bagi hidayah dekat I..


I believe semua ni adalah berkat doa Mama..
& probably 1% of myself - I've always wanted to be a better Muslimah, 
Masa zaman kegelapan tu, kalau time I solat je (solat yang jarang-jarang tu~) I mesti doa I nak jadi orang yang baik..
That's why, even though we think it is hard to change, keep praying & keep trying..
Insya Allah, kalau kita betul-betul nak, Allah akan guide kita.. 


"Dan (Allah menerima pula taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga apabila bumi yang luas ini (terasa) sempit kepada mereka (kerana mereka dipulaukan), dan hati mereka pula menjadi sempit (kerana menanggung dukacita), serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari dari (kemurkaan) Allah melainkan (kembali bertaubat) kepadaNya; kemudian Allah (memberi taufiq serta) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat.  Sesungguhnya Allah Dialah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani"
 Surah At-Taubah, ayat 104



Me now - Alhamdulillah, still struggling to be a better Muslimah..
Trying not to skip my solah.. 

Try to read Quran at least once a day, not just read but to understand it.. 
I am more particular choosing places to eat now..
Sushi sushi dah tak ada okay - I dah tanya, most of sushi's restaurant even tak ada pork, but they have sakae which is tak HALAL for us muslim..
So, bye bye sushi..

I still suka make up bila keluar rumah, hehe.. :D
But then my make up is very light & I'm not bother to apply it after solah  (malas, hehe~)
I'm more comfortable with myself, with or without make up..
Islam teach us to value ourselves as we are, not becoming others..
Love ourselves as we are as how Allah love us as we are..


Baju pun, I try pakai baju yang I boleh solat tanpa pakai telekung.. (belajar dengan Ustaz Don jugak, hehe~)
Bila pakai baju yang mencerminkan diri kita as muslimah ni, I notice that people tend to respect you more..
Islam teach us to be simple to protect us, untuk menaikkan darjat kita sebagai seorang wanita..
Sebelum ni I tak nampak, I thought by wearing up-to-date clothes akan buat orang lagi respect kita..
Maybe depan kita ye la kot, tapi belakang kita we don't know what they think of us..
That's why when we do something to please people, it will not be enough..
Tapi bila kita buat something untuk please kan Allah, we will be contented..
Try la buat once in a while, buat something kerana Allah SWT..
Insya Allah, Allah will return you unexplainable feeling
So - bye bye baju ketat & keras (quotes from my ex-colleague - Cyin ;) )


Like I said, I'm still struggling to be a better muslimah..
I know betapa rapuh nya iman I..
Let us all struggle to be better sebab Allah sangat suka orang yang berusaha memperbaiki diri mereka..
Sentiasa memohon kemaafan dari Allah SWT, kerana sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun..


Syukur sangat-sangat Allah bukakan hati I ketika I bakal memasuki 30 tahun hidup di dunia ni..
Better late than never..
Kalau la Allah tak bagi hidayahnya??
Kalau I tak sempat nak bertaubat, dah dipanggil sakaratul maut???
Huhu ~ ampun Allah~

February 03, 2012

The Greatest Jihad



Dah beberapa hari entri ni dalam my draft box..
A bit hesitate nak publish..
Maybe sebab I rasa macam tak layak je nak post something yang relates to agama as myself pun still sangat naive dalam hal-hal ni..

But, let's just take this as a reminder shall we?
Something yang baik better dishare-sharekan..
Daripada cerita pasal hal-hal dalaman orang lain, betul tak?

Actually last few days a friend of mine ada post satu video dekat FB dia..
Video ni is a part of scenes dari drama Sleeper Cell
Sleeper Cell ni cerita pasal terrorism (korang boleh Google kalau nak tau details)

This clip is to me contain valuable message for us as Muslim..
Sila la tengok dulu..


I summarizekan quote-quote yang I rasa mendalam sangat ayat dia..

"Instead of allowing islam to transform us, some Muslim are trying to transform Islam to serve their political agenda. They are using the label "Islam" to kill, murder innocent people."

In Malaysia, mungkin kita tak sampai tahap membunuh orang, tapi memang ada orang yang menggunakan Islam untuk kepentingan diri. 
Selalunya orang-orang ni memang ada ilmu dalam hal-hal Islamic which lead to below sentence..
"There are many false teachers taking verses from the glorious quran out of the context, corrupting the teachings of the holy prophet"
Golongan ni pada I sangat bahaya sebab..
Diorang selalunya tahu hukum hakam agama, tapi diorang manipulate untuk kepentingan sendiri..

Penceramah : Sura 53, verse 38, says, "No soul shall bear the burden of another"
Hero: The holy quran also says "and kill them wherever you find them and drive them out of the place where they drove you out, for persecution is worse than killing"
Penceramah: You forgot the first part of the verse, brother. "Fight in God cause against those who fight you, but do not commit aggression. God does not love aggressors."

Dari sini, kita boleh nampak, Hero ni mengambil ayat dari al-Quran untuk mengiyakan tindakan terrorism..
Tapi dia ambik some part je..
By right, kita kena understand the whole surah to get the overall meaning yang Allah nak sampaikan pada kita..
Bukan just ambik certain ayat yang kita rasa penting je..
Contoh paling simple, Islam membenarkan lelaki boleh mempunyai empat isteri..
So itu lah yang digembar gemburkan lelaki-lelaki yang nak berpoligami ni without even thinking the whole concept of polygamy
Yes, seorang lelaki memang boleh mempunyai lebih dari seorang isteri JIKA dia mampu dari segi harta & dari segi memberi keadilan kepada isteri-isteri..
Kalau tak, tak payah la berangan nak beristeri lebih..
Poligami ni Allah permitted sebab dulu-dulu, ramai isteri-isteri yang jadi balu & budak-budak jadi anak yatim sebab suami/bapak diorang mati masa perang..
So Allah benarkan poligami so that balu-balu & anak-anak diorang terjaga..
Cerita pasal poligami ni, teringat Mama pernah cakap,
"Mama akan izinkan abah kahwin lain only kalau calon isterinya tu orang susah, janda (yang tak meletop) yang anak ramai" 
Maksudnya, kalau my dad nak berpoligami untuk memelihara ibu tunggal yang kurang bernasib baik, then is okay..
Tapi kalau nak kahwin dengan perempuan yang lagi muda, cantik, bergetah, tu namanya dah ikut nafsu..
Pada I even if you have a lot of money & mampu nak beristeri empat, tapi kalau solat sendiri pun tunggang terbalik, baik tak payah laa..
Kang anak-anak yang lahir semua pun agama lintang pukang..

"There are many who seeking God, but instead end up following the devil."

Na'uzubillahi min zalik..
Moga-moga dijauhkan..
Ini I pun tak berani nak komen hanya boleh berdoa semoga tak jatuh dalam golongan ni..

"The greatest jihad, is to battle your own soul, to fight the evil within yourself"


Evil dalam diri kita is nafsu..
Nak lawan nafsu dalam diri ni pada I sangat susah oke..
Contoh paling dekat dengan kita especially parent ialah barang-barang anak..
Kalau tengok trend sekarang, yang loaded-loaded ni botol susu mesti Avent, stroller McLarren, baju yang boy Polo, yang perempuan lak Poney..
Kita kalau tengok memang tau laa, harga barang-barang tu bukan murah punya..
Frankly speaking I pun ada perasaan macam tu, nak barang-barang yang branded..
Until now, bab tu I memang tak boleh nak lawan nafsu I, haishh...  ~>_<~

This is reminder to us.. ESPECIALLY MYSELF..
I need to blog this so that bila I baca balik, ada something untuk mengingati diri sendiri..
Kalau tak, kadang-kadang tu boleh hanyut jugak, huhu~

Sebelum kita sibukkan diri nak membetulkan orang lain, betulkan diri sendiri dulu..
Itu yang lebih afdhal untuk kita

Wallahualam...

January 16, 2012

Kalau kita kedekut, Allah pun kedekut dengan kita... (^__^)

Bismillah.&.Assalamualaikum..

Syukur alhamdulillah, murah rezeki hari ni..
I pergi lunch a bit late, dalam 1.30 camtu manager datang bagi nasi beringin..

Bulan ni financial tight sikit..
Sebabnya from last company just dapat gaji 1/2 month..
Then, since I masa I masuk company baru dah lepas financial date cycle..
Kena carry ke bulan ni..

Haish, hidup kat KL ni expenses tinggi..
Rumah, kereta, insurance, credit card..
Basic expensas pun dah separuh gaji..
Tu belum masuk expenses untuk anak lagi..
Sekarang ni nasib baik la pergi kerja naik motor dengan Mr. Hubby, then naik tren..
Kalau tak, kena campur dengan minyak kereta lagi..
Tu tak masuk makan lagi tu..

Hari ni 16hb, ada lagi 9 hari nak masuk gaji..
Korang mesti tak percaya kalau aku cakap dalam account bank aku tinggal seratus lebih je.. 

Tapi alhamdulillah, nasib baik lah ada buat part time Herbalife..
At least bila sengkek2 macam ni, ada orang nak beli product, at least dapat la duit untung sikit..
Kalau nak harapkan gaji basic, mungkin sekarang dah terpaksa meminjam dengan orang..

Tapi sebenarnya, percaya tak bila aku cakap, 
kalau kita tengah tak ada duit, try la belanja orang makan  or banyak-banyakkan sedekah..
Insyaallah, Allah akan return balik kat kita rezeki berganda-ganda..
Lagi satu yang sangat penting ialah bagi duit dekat parent..
Ada one time tu, I ada skip bagi duit dekat parent I.. 
Sebab masa tu I tengah short duit, so takut tak dapat survive..
Time tu memang rasa sangat susah, asyik tak ada duit..
Then fikir-fikir balik kenapa lah sempit sangat rezeki I ni..
Baru teringat dah berapa lama I tak bagi duit dekat my parent..
So, I balik kampung & bagi RM30 je kat my mom..
I cakap kat my mom,
"Mama, sorry, Nora tengah tak ada duit. Nora bagi 30 ringgit dulu eh, ma. Nanti ada rezeki, Nora bagi lagi dekat mama"
Sedih sangat rasa time tu..
My mom senyum, amek duit tu and cakap,
"Insyallah, banyak rezeki Allah bagi nanti"
Lepas dari tu, alhamdulillah, duit aku sentiasa cukup untuk diri sendiri & bagi dekat parent aku..
Betapa mustajabnya doa ibu tu kan?
Sejak hari tu macam mana susah pun aku memang tak akan miss la bagi kat parent aku, walaupun RM10..
Bukan nilai duit tu yang penting..
Yang penting keikhlasan kita untuk menghappykan parent kita..
Kadang-kadang bila kita tak ada duit, tapi kita bagi duit dengan jumlah yang sikit, parent kita mesti tau kita tak mampu nak bagi banyak..
Tapi diorang tau yang kita sangat concernkan diorang..
Itu yang membuatkan diorang gembira.. :)

Setiap rezeki yang Allah bagi tu bukan untuk kita je, tapi ada bahagian orang lain jugak..
So, bayangkan kalau kita spend all the money to ourselves,
ala-ala macam kita makan harta orang lain la jugak kan?
Ish..ish, patut la sempit rezeki, kan?


I selalu ingat my uncle pesan,
"The more you give, the more you get.."
Kadang-kadang nilai yang kita dapat tu mungkin bukan dalam wang ringgit, tapi dalam bentuk lain,
misalnya ketenangan, kegembiraan, kesihatan, etc.
Allah lebih tau apa yang kita nak..
So, dia bagi apa yang kita perlukan instead of apa yang kita inginkan.. :)


So, jangan la risau kalau tak ada duit eh..
Duit boleh dicari..
Just berjimat cermat lah..
& buat la apa sahaja untuk cari duit asalkan ianya halal..
Tapi, kalau sengkek akhlak, memang tak dapat tolong la.....
Itu sendiri kena mau ingat...


~v(^o^)v~












January 12, 2012

A STORY OF TAWAKKAL & DEEP FAITH TO ALLAH

Bismillah.&.Assalamualaikum..

Hari ni terasa nak tulis pasal TAWAKAL..
I nak cerita pasal kejadian yang menimpa my parent few years ago..

Masa tu I still doing my Diploma at UiTM Manjung, tak ingat which semester..
I remember masa tu I baru habis final exam for that semester..
That late night, I got a called from my sister that my parent kena robbed..

So the stories goes like this..
My parent baru lepas visit my sister..
Tak ingat, dari JB kot..
Then they stopped dekat R&R Rawang, time tu nearly 12am if I'm not mistaken..
They stopped sebab my dad nak ke toilet, then rest sebab my dad dah mengantuk..
Masa nak masuk kereta, my mom dah terperasan ada orang nak hijack & manage to get away..
Tapi the robber tangkap my dad and threaten my mom, kalau my mom lari, diorang akan kill my dad..
FYI, diorang ada pistol, I mean a real pistol..
(my dad tau real pistol because once the robber acu pistol tu kat leher my dad & he can feels it is a real steel)
MY mom have no choice, then masuk la balik dalam kereta, she site at the passenger site..
There are 3 robbers, 1 dekat depan, 2 dekat belakang..
My dad actually dah duduk dekat driver side, 2 robbers yang dekat belakang tu tarik my dad ke seat belakang..
(When I imagine macam mana diorang tarik my dad ke seat belakang, I was macam "Kesiannya abah aku!!!")
So the 2 robbers mengapit my dad, take out his belt and lilit my dad's hand ke belakang. 
Some more acu pistol lagi..
The 2 robbers suruh robber yang kat depan ni ikat my mom, tapi dia tak ikat pun..
Maybe sebab dia tengok my mom kecik kot, huhu~

So the robbers drive my parent car, dari Rawang sampai ke mane Lembah Beringin..
Kalau korang yang biasa lalu highway UTARA-SELATAN tu, Rawang to Lembah Beringin will took around 45 minutes to reach..

Sepanjang perjalanan tu my mom cerita, masa tu hanya Allah je tau macam mana takutnya dia..
Tapi my mom cakap dia sempat muhasabah diri.. :)
She's been thinking that the robbers is just a normal human being..
And she is CONVINCE that Allah is with her and WILL PROTECT her..

Disebabkan kekuatan ni, kalau korang nak tau, my mom siap bagi khutbah lagi dekat robbers tu..
& yang paling I rasa amazing sekali, my mom boleh baca ayat kursi kuat-kuat & sembur kat robber yg drive tu..
Robber tu siap menggigil..

Bila sampai dekat Lembah Beringin, that time dah nak dekat pukul 1am..
They stopped and change the car's plate number.
My parent, diorang bawak dekat tepi jalan & gari my parent dekat pokok..
That time my dad kena athma attack, my mom jerit dekat robber tu suruh bawak my dad punya inhaler..
My mom siap cakap, 
"Apa-apa jadi dekat laki aku, dunia akhirat aku carik korang!"
Kelam kabut robbers tu carik my dad punya inhaler.. Haha, tau pun takut..
Masa nak tinggalkan my parent tu, the robbers siap cakap,
"Makcik jagan risau, nanti kitorang panggil orang PLUS datang ambik makcik dengan pakcik.."  *__*'
Ala-ala robin hood la pulak, huhu~

Of course la my parent tak tunggu, kan..
Tah ye tah idak diorang nak panggil PLUS..
Alhamdulillah, nasib baik tangan my mom kecik, so boleh loose dari gari..
So they both run tu the nearest toll..
My mom cakap masa lari-lari tu siap jatuh-jatuh sebab gelap..
(Sob sob rasa nak bunuh perompak itu!!)
If I'm not mistaken after 30 minutes baru sampai toll kot..

Both my parent memang trauma..
My dad nampak serabut sangat..
But I can see my mom lebih tenang and focus..
That's why, during the investigation with police, my mom yang bagi all the evidence..
And she can remember it all..

Actually the robbers ada gang..
Diorang memang aim for the luxury car.
My dad time tu bawak Mercedez, so memang kena target la..
Alhamdulillah, kalau tak silap a few months or maybe a year after, 
The whole gang crumpled..
Kalau korang ingat dulu ada Gang Gagak ke ape tah, tak ingat..
Yang ketua dia kena tembak mati tu..
And antara sentence power yang my mom bagi dekat robber tu is,
"Hang tengok la, dengan kuasa Allah, hang semua akan kena tangkap nanti"
Mesti perompak tu teringat kata-kata my mom tu kan? huhu~
& alhamdulillah, my dad punya kereta dapat balik..
Itu ler kereta yang dipakai sampai sekarang..
Tak jual-jual walaupun banyak problem. Banyak sentimental value katanya, haishh..   -_-'

And few months after that, my parent back on their rutine..
Travelling berdua ke sana sini..
My mom said,
"Buat apa nak takut, tawakal tu 'alallah"

Yakinlah bahawa musibah yang Allah turunkan kepada kita, pasti membawa kebaikan yang lebih besar..
Bila kita yakin sangat yang Allah sentiasa bersama kita, nothing in the world can make us fear..
Paling-paling teruk pun kita dekat dunia ni kita akan mati je, huhu~ -_-'
Things that happen after our death tu lagi scary for those yang tidak mengikut syariat Allah..
Nau'zubillah..