Daisypath Anniversary tickers Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
♥ A humble servant of Allah SWT ♥ Devoting to be a good Muslims ♥ Blessed with a wonderful husband & daughter ♥
Showing posts with label entertainment. Show all posts
Showing posts with label entertainment. Show all posts

January 20, 2012

Aku, TV Flat Screen, Astro & Anak Excellent

Bismillah.&.Assalamualaikum..

Weekend hari tu keluar pergi follow up my cousin dekat Melawati..
So plannya, lepas follow up nak terus pergi lunch sekali..
Kitorang lunch dekat Jusco (lupe Jusco mana ;p)
After lunch bawak lil DD jalan-jalan *kasi practise sket jalan si kecik tu*

Jalan-jalan sampai la dekat section TV flat screen..
Nak CNY ni, memang tengah sale gila-gila la..
Banyak jugak yang out-of-stock..
Flat screen yang 40 inch tak silap aku RM2k+ je kot..
& yang paling best boleh pakai credit card, zero interest..

Memandangkan we all datang just untuk cuti-cuti (?) mata, we decide untuk balik & fikir dulu..

After a few days, I kept on thinking of the TV..
Sebab murah kot, hehe..
Tapi bila fikir-fikir balik, hmmm..
I tanya my hubby "Kenapa nak beli TV besar-besar tu eh?"
My hubby cakap "Gamba cantik, puas la sikit tengok TV.."
I jawab balik, "Sebab tu je ke?" *termenung*

TV ni macam satu kemestian dalam rumah, sama macam handphone sekarang ni..
Kadang-kadang, even rumah cikai je, TV mesti flat screen, beso lak tu..
Lagi satu ASTRO, rumah setinggan dekat Kg. Baru tu pun ada astro kot..
Betapa besarnya impact TV dengan masyarakat kita nih kan?

I teringat my sis pernah cakap,
"Mostly orang yang anak-anak nya excellent, jarang yang ada TV besar-besar"
Excellent in what?
Not only in academic, but their attitude, their religious belief pun excellent..

Kenapa macam tu pulak?
Yer la, kalau kita tengok TV sekarang, mostly rancangan nya is a western show..
Bila western, mostly show yang me'lara'kan..
Even Malaysia pun dah sarat dengan program-program yang berunsurkan western style ni..
Program-program yang bercerita pasal artist, membuka aib orang..
Kalau drama, asyik cerita pasal orang-orang kaya yang busines berbillion ringgit, tak pun cerita seram yang tunjuk pasal benda-benda syirik..
Semua show ni sebenarnya sangat mempengaruhi kita..

Bila kita terlalu involve in TV, we will tend to be the person inside the TV..
Sebab tu ramai remaja-remaja melayu kita yang dressing macam omputih..
Sebab dalam TV, heroin semua yang cantik-cantik, seksi-seksi, menjadi pujaan orang ramai..
Jadinya, "Tak apa la tak pakai pakai seksi, janji I baik & I solat.." *Oh my* +_+' 
Bila nak kahwin, kalau boleh nak dapat yang kaya raya + hensem + baik + romantik!
Tu semua dalam cerita je dik, realitinya, jarang sangat ada lelaki yang PERFECT macam tu..

I dulu pun masa remaja macam tu jugak..
Cepat sangat terpengaruh dengan TV..
& honestly, memang sampai sekarang I ni kaki TV..
Kalau tengok TV ternganga, shut down world outside..huhu.. +_+'

Despite of all the negativity yang ada pada show TV, it still have a lot of good things..
Ceramah agama, news, discovery channel, education channel..
Semua tu sangat bagus untuk kita tambah ilmu kita yang serba kekurangan ni..

That's why I'm trying to watch more useful show nowadays..
Hari tu set TV nak cari TV Al-Hijrah, last-last habis lari semua setting channel,
& mr hubby pun marah sebab dia kena pergi ke TV & tekan banyak-banyak kali untuk dapatkan channel yang dia nak tengok..
(remote TV kitorang rosak kena ketuk dengan lil DD..)


Even I pun memang akan subscribe for ASTRO..
Sebabnya reception TV kat rumah I sangat terrible.. 
Sampai tak nampak ape kot.. Beli ariel pun tak mampu menjernihkan gambar TV tu..
Dah 2 tahun I dengan my hubby dok fikir-fikir nak subscribe ke tak ASTRO..
Sebabnya kitorang pun bukan selalu ada dekat rumah..
Kalau ada yang boleh suggest camana nak clearkan gambar TV rumah I tu sila tampil ke depan eh.. ;p
& maybe I will also buy a flat screen TV
Tapi tak nak yang besar-besar, biasa-biasa je, janji boleh tengok
rancangan USTAZ DON, hehehe~
My current TV sekarang ingat nak letak dalam bilik guest..
Nanti my parent datang, my dad boleh la tengok news dalam bilik je..


Semuanya terpulang pada kita..
Kalau buku orang pernah cakap, "We are what we read"
So kalau TV boleh kot cakap, "We are what we watch" (pandai-pandai je kan?hehe~)


Untuk lil DD, I wish I can apply a knowledge-eagerness in her..
Tak kisah la through readings or watching TV..
Janji ilmu yang berguna..
"Ya Allah, semoga anakku menjadi seorang yang sukakan ilmu"
Once of my dua after solah for lil DD..
For the sake of preparing an excellent child, I'll need to change first..
Allah, please guide me... 

December 29, 2011

Tentang Dhia

Bismillah.&.Assalamualaikum..


Aku sangat suka cerita ni
Hari-hari kat office mesti layan cerita Tentang Dhia kat tonton.com.my since tak sempat nak balik tengok kat rumah..

Kenapa aku suka drama ni?
Sebab aku sangat suka tengok Nora Danish bawak watak Dhia..
Aku sebenarnya tak suka Nora Danish, rasa macam mengada-ngada je dia berlakon dalam sitkom Puteri tuh & macam tak pandai berlakon..
Tapi dalam cerita ni, Nora Danish memang terbaek..

Boleh feel kesedihan Dhia masa mak dia meninggal, 
Nampak Dhia bahagia sangat masa dia berborak dengan Zikir dekat rumah kampung Dhia..
& boleh bayangkan macam mana geram nya Dhia masa dia gaduh dengan mak mertua dia kat dalam kereta sampai accident..
She really represent Dhia as a virtuous woman..

Satu lagi yang aku suka, director cerita ni mengambil berat small-small thing such as masa Dhia kena admit kat hospital, Dhia still pakai tudung, tutup leher.
Then Nora Danish dengan Adi Putra even berlakon as husband & wife, tak ade lah peluk over-over sampai kadang-kadang tu malu aku nak tengok, huhu..

Then this story pun takde la macam cerita drama Indonesia tu, heroin terlampau baik sampai menyampah lak tengok asyik kena buli jer.. 
Dhia ni at least ada la jugak melawan mak mentua dia tu..

Yang aku tak suka cerita ni..
Of course la mak mentua dia yang kepoh tu..
By the way Liza Abdullah is put on weight giler..
Kalau la jumpa dia, mesti aku dah suggest suruh dia amek herbalife so that dia boleh slim melim macam dulu balik..
Har har har..

Lagu tema cerita ni.. 
Dia Untuk Ku - sing by Adi Putra himself..
Boleh nyanyi jugak encik Adi Putra ni, not bad..

Other song yang aku suka dalam cerita ni..
Opick - Cahaya Hati
Opick - Dengan Mu Aku Hidup
Opick - Rapuh

Ayat yang paling aku suka dalam cerita ni..
"Azmi cinta pertama ku, tapi Abang Zikir cinta terakhirku. Aku milik Abang Zikir pada saat akad dilafazkan"
Mak aii.. memang power laa.. Ehem-ehem, boleh bagi kat Mr.Hubby ni, kasi cair sket, hahahaha~
So today will be Tentang Dhia final episode
Nak balik awal & tengok tentang Dhia kat rumah

Okay, off solat Asar first.
Bye~